Monday, November 8, 2010

Tak Tahu Ada Kaitan ke Tak...

Kebetulan atau apa…saya pun tak pasti…

Kan ada hari itu, saya bercerita pasal BERMIMPI

Tapi saya tak mahu cerita itu. Ingat tak?


Sebenarnya, saya bermimpi yang gigi geraham kanan saya longgar. Saya tidak tahu apa petanda.


Orang-orang tua cakap, kalau gigi tertanggal, ada orang terdekat akan/hendak meninggal dunia. Tapi yang saya mimpi ialah gigi gereham kanan bawah saya longgar. Belum tanggal lagi.


Ada lah juga saya saja search petanda mimpi. Tak tahu lah boleh percaya atau kebetulan. Saja sahaja.

Dikatakan bahawa, kalau gigi kita longgar, ada orang sedang/akan jatuh sakit. Sama ada ahli keluarga atau orang terdekat.


Saya mimpi dalam lebih kurang 2 minggu lebih sudah.


Semalam
(ahad), saya dapat khabar dari rakan saya, yang ibunya sakit. Di tahan di hospital sudah 2 minggu…saya baru sahaja tahu…


Tidak saya ketahui, mimpi saya ada kena mengena ke tak.


Sebab selepas saya menyemak tafsir mimpi, saya tengok-tengok juga takut-takut ibu bapa atau adik-adik saya tidak sihat (ditimpa sakit)…tapi tiada pula. Tapi saya kerisauan.


Saya dan rakan saya ini rapat.


Katanya ada bengkak di usus. Saya berdoa semoga Ibunya akan sembuh dan sihat. Insya-Allah.

  • saya terkilan pula saya fikir bukan-bukan sebab dia diam sahaja, tak memberitahu khabar, rupanya hatinya tak keruan ibunya sakit.

Berdoa banyak-banyak...

2 comments:

M.A.M.A said...

petanda mimpi yg ade kaitan dgn gigi ni mmg besenye btol. klu utk aku la...aku wat research dlm diam2 la..
mase mimpi gigi depan aku patah, after 2 month, arwah abah pergi tgglkn aku..
sebelum tu aku ade mimpi geraham tumbuh, smggu pastu..akak aku brsalin, dptla aku anak buah..
hmm..wallahualam.

Azira...Nozie...Kechik said...

hmm...itu lah kan...orang cakap mainan tidur..kalau tak..takkan lah ada buku "tafsir mimpi"

hmm...