Bapa saya seorang bekas tentera. Dia tegas. Di waktu mudanya dia amat garang kau tahu? Aku pernah kena penangannya akibat kedegilan aku. Tapi tidak lah selalu. Aku dapat “hadiah” bile tiba-tiba aku dilanda “angin”. Biasalah budak-budak, suka main protes-protes bila something goes wrong dengan fikiran/kehendak dia…bila kau ada anak, kau tahu lah nanti…kau tunggu (jika ada rezeki lah)
Aku ini degil. Keras. Tapi aku ini patuh jugak! (apa nih? Kata degil, tapi patuh??) Tapi memang benar. Itu aku. Hingga kini aku masih lagi keras dan kebal tapi lembut hatinya. Ada sesetengah orang kelihatan lembut di luar, tapi keras di dalam…aku adalah sebaliknya. Kamu? Hahahaha..
OK..abaikan pasal keras lembut tuh. Langsung tak penting
Saya masih ingat antara kenangan waktu aku masih kecil. Abah memang orang nya bersungguh-sungguh. Dia sangat lah bertanggungjawap. Selalu bertanggungjawap menghantar dan menjemput aku ke sekolah atau pergi mengaji. Jika dia tidak dapat berbuat demikian, ayah kepada kawan aku (Jiran aku la)…akan hantarkan. Aku dan anaknya sebaya, sekelas dan setempat mengaji. Kami jugak mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama. Saya khatam umur 8 tahun, dia umur 9 tahun. Jadi saya sempat mengulang mengaji sementara menunggunya.
Aiseh…saya kan nak cerita tentang abah aku…apa pasal jadi cerita mengaji nih? Ok…back to the topic…
Abah orang nya pengemas. Baju nya mesti bergosok diwaktu muda. Dia juga teliti. Saya masih ingat, sewaktu saya tadika, cikgu menyuruh kami untuk meminta ibu-bapa masing-masing membuat kad kecil yang mengandungi abjad A-Z & 1-10 untuk sesi pembelanjaran. Abah buat dengan sangat kemas, tahu? Zaman dulu-dulu mana lah berkomputer berlaptop bagai…abah hanya menggunakan marker dan kad manila sahaja. Tulisan dia sangan cantik. Membuat abjad-abjad dan nombor-nombor berfont tebal. Cantik tahu? Tak cukup dengan itu, setiap kad di belakang nya dia tulis nama aku (sebab aku suka hilangkan barang). Kau bayang A-Z ada 26 huruf, maka, nama penuh aku siap berbintikan dia tertera di semua kad.
Malah, untuk menjaga kualiti, disuruhnya mama membeli plastic kecil untuk membalut setiap kad-kad aku. Memang kemas dan teliti. Aku fikir, kalau digeledah barang-barang lama…mungkin jumpa kad-kad tersebut.
Bila ke sekolah (tadika)…cikgu menyuruh mengeluarkan kad masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran. Cikgu tengok semua kad. Cikgu puji kad aku tahu? (tapi time tuh aku innocent, orang puji pon aku blurr jek..langsung tak pandai nak kembang kempis ke ape…aku anggap ‘biasa’ aje semua). Dia bertanya siapa yang buat kad-kad aku. Aku jawap…ABAH…dia cakap CANTIK. Aku tengok saja muka dia penuh kekosongan. Memang aksi tak berapa patut. Tapi aku memang begitu. Seingat aku, bila dilihat kad-kad kawan yang lain, simple sahaja. Dengan tulisan halus, tidak terang dan sebagainya. Apatah lagi berbalut!
Kau tengok! Ayah kau orang pon aku ingat pasti begini. Ayah mana yang tak sayang kan anak. Tak kenal anak kan? Walau pun dia sangat sibuk sekalipun, tapi dia ‘kenal’ anak nya. Kamu?
Sebenarnya saya terlintas topic ini kerana…
Saya agak jarang bersua muka dengan abah secara lama-lama sejak saya mula belajar di asrama sehingga lah zaman saya bekerja. Zaman asrama faham-faham sajalah, banyak waktu terluang di asrama. Jika pulang pun mungkin 2 kali sebulan atau mungkin sebulan sekali. Bila melanjutkan pelajaran, aku duduk di asrama juga, Cuma kadang-kadang jika aku minta untuk pulang, abah akan menjemput aku dengan menaiki motosikalnya.
Pernah abah bertanya kat aku:
“ Kak Long tak malu ke abah jemput pakai motor?”
Saya geleng. Saya tanye, “Kenapa?”
“Takde lah..ayah orang lain, jemput hantar anak semua pakai kereta.”
Saya diam saje… Sebenarnya, saya memang langsung tak kisah tentang itu. Cuma kadang-kadang sahaja, sewaktu saya rasa macam perlukan kereta, saya terfikir kenapa abah tidak berkereta. Hakikatnya, abah sebenarnya tidak tahu memandu kereta. Itu saja. Mengapa? Saya tidak tahu. Pernah bertanya kepada Mama, mama cakap ada sesuatu pernah terjadi dahulu. Selepas itu saya tak bertanya lagi. Tapi dalam hati saya, semoga bila aku tamat belajar dan bekerja, aku kena beli kereta. MESTI.
Sebab aku tahu…bila abah bertanya tentang “MALU” bermotor tuh, aku dapat rasa di sudut hatinya dia mungkin terkilan sebab tak mampu menyediakan kenaikan yang sempurna buat anak-anak dan isterinya. Kau bayang, aku boleh dengan menaiki motor membawa beg banyak2? Ada di raga motor, ada yang dipangku dipaha aku. Kadang-kadang ada yang digantung di handle motosikal abah. Tapi tak mengapa. Aku tidak kisah pun. Sebab aku rasa barang muatan aku bawa masih dalam “kawalan”. Jika aku rasa macam banyak, aku tinggalkan dahulu yang tak berapa penting. Dalam kepala “lain kali lah bawak”.
Pernah aku ingat barang paling kira besar aku bawak ialah CPU. Ye..CPU computer. Punya lah gabak. Monitor aku tak bawak pon (dulu mane main flat screen nih, mahal). Aku berpakat dengan kawan aku, Mama (namanya betul Wirdania). Dia yang bawak monitor. Itu pun sebab harus menyediakan projek akhir semester. Kau faham-faham sajalah. Laptop aku tak pernah mintak…aku rasa masih ada cara lain lagi. Komputer aku tuh, aku beli masa aku practical dari hasil PTPTN aku.
Periuk kuali bakul pon aku pernah angkut pakai motor abah nih. time tuh aku menyewa bersama rakan-rakan semasa masih belajar...
Ok..cerita aku tersasar lagi. Kembali ke pengkal jalan semula kepada cerita Abah saya. Walau tidak bersua muka secara selalu, sebab semua sibuk dengan hal masing-masing (aku bekerja, abah bekerja sendiri setelah bersara)…tapi dia masih boleh “membaca” aku. Kau tahu kenapa aku cakap macam tuh? Sebab suatu hari, abah call aku, bercakap tentang bil yang perlu dilangsaikan. Dia meminta aku bayarkan (duitnya dia bagi lah).
Di hujung perbualan…dia cakap
“Long sedih ye?”
Aku cakap “Tak lah. Baru bangun tidur”
Dia balas, “Kak Long kena kuat. Kena tabah”
Aku diam…selepas tuh perbualan tamat.
HAKIKATNYA:
Soalan abah tuh memang kena betul dengan keadaan aku waktu tuh. Sangat kena. Walau aku sembunyi tapi dia tahu. Dia walau jarang melihat aku betul-betul, tapi dia boleh “bau” bila aku dalam kedukaan. Sebenarnya waktu itu aku sangat berduka. Memang benar aku tidur. Tapi sebelumnya aku menangis. Menangis berjurai-jurai. Asal sedar dari lelap, aku sambung keluarkan air mata aku. Dengan kata lain, menangis dalam tidur. Aku kesedihan.
Aku betul-betul berdoa aku dapat menjadi anak yang terbaik buatnya walau mungkin ada perkara aku tidak gemar/setuju/sefahaman. Aku kena terima semuanya.
Pullman...
Aku dan yuyu teman abah ke majlis re-union tuh...
Sewaktu abah seronok-seronok jumpa rakan taulan, apa pulak anak-anak perempuan dia bikin?
Aku dan yuyu teman abah ke majlis re-union tuh...
Sewaktu abah seronok-seronok jumpa rakan taulan, apa pulak anak-anak perempuan dia bikin?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Macam mana-mana pun, saya sayang Abah saya.
TAMAT
* aku tahu Mama pun tahu aku dalam berduka. Tapi dia buat tidak tahu. Mungkin dia tidak mahu campur, dia tunggu aku bercerita. Sebab aku ni ber-privasi orang nya. Aku bukan lah orang yang mudah bercerita kepada semua orang. Aku perlu seseorang disisi yang boleh mendengar tawa dan tangis ku. Tapi jumpa kah? Adakah?
2 comments:
YUYU:Sedeynye..hrp long trs jd kuat..smga hdp long dirhmati ALLAH..
same to u...belajar rajin-rajin sane ok? rancang belanja tuhhh
Post a Comment