Friday, October 29, 2010

Sabtu: HAri tanpa Plastik

Salam...

Kejap lagi mahu pulang...

Ingat mahu shopping esok...
Barang dapur...

Tapi teringat...

Esok ialah hari SABTU TANPA PLASTIK...

huhuhu...

Ini la salah satu cara kita menyahut seruan menyelamatkan bumi...

Walau 1 hari dari 7 hari seminggu kita tak pakai plastik bag, at least membantu..agaknya next time...kalau berjaya boleh cuba Weekend without plastic bags..okeh kan? :-)

Sebenarnya bukan mahu ceria masalah plastik bag...

tapi pengalaman saya:-

Tapi masalah apabila nak tiba hujung minggu...
Kelihatan macam orang di kiosk-kiosk pasaraya bukan main mesra lagi dengan pengunjung...

Saya bukan marah mereka ni peramah...yang saya rasa terganggu kerana baik ada makna...

Diorang nak pancing pelanggan untuk membeli barangan mereka..

Mula2 tanya...

"Cik..nak bag mesra alam tak?esok sabtu..no plastic bag...amik la..saya bagi percuma"...

Tup...tup..tup...

Dia bukak mukaddimah kat kita produk dia...padahal kita nak cepat nih..dia dok promot gaks barang dia...iskkk...

pastuh tak bagi kita lepas pulak tuh...dia suruh letak bayaran atas produk dia...

Sebelum dia suruh letak bayaran tuh...dia kasi kita happy dulu...

Buat cabutan bertuah..konon-konon kite terpilih menang dapat diskaun...

Walau kita cakap "tak nak..tak nak...tak mahu..tak mahu"...dia still insist tahan kita jugak! suruh bagi cakap "nak"

Ohhhhhhhh...tidak lah....aku paham kau mencari rezeki...tapi kau bermulut manis- semut hurung nih buat apa?aku paham pendapatan kau berdasarkan kepada komisyen kau menjual barang...saya paham tuh!

Yang lagi best..boleh pulak dia cadang kat kita.."at least akak letak la rm150 wang pendahuluan."...

Ewah ewwahhh..sabar saja...

aku dah cakap tak mahu...kau mahuuuuuu jugak kat aku..isk...serabut! tahu?

Tapi nasib baik...masa saya terkena tuh..saya cuma bawa cash tanpa wallet..saya bawak cukup2 untuk beli barang saya SAHAJA..memang takde nak niat melencong...

LAst-last budak yang pujuk rayu tuh hampa...saya cakap "ade RM10 jek...nak ambik lah...kalau lebih-lebih takde...sorry"

diorang dah muka lain dah..sebab expected saya letak duit banyak

Wehh..kau tengok muka aku ni kaya ke adek oii??

Aduhai...

Last-last depa amik gak...RM10...

Saya blah...


Saya tengok customer lain sampai RM300 dia letak..termakan pujuk rayu penjual mulot manes...aisehh!

Lagi manis penjual offer mcm2...

* mcm2 cara sekarang ye? saya rimas sebenarnya cara mcm nih...elok la dia orang cari lain...dari tiba2 heret customer yang baru habis bayar di kaunter pasaraya bersama troly...TOLONG lah!

TQ

Fuuuuhhh...apa aku merepek nih?

Kau Yang Kaki Pancing


Aduhhh...mane best beb kalau pancing kat tasik..tak thrill...

Aku nak pergi samudera...laut dalam ke..pedalaman ke mane ke...sungai wak bedol ke..ape ke...

Ewwahh!ewwah kau!

Asal kau ni kaki pancing, aku kira mana-mana pon kau suka...janji nama dia pancing (pancing awek masuk senarai tak eh??)

Untuk yang cakap "apa barang pergi mancing??"..kau boleh la saja-saja jalan pimpin tangan anak bini, amik gambar segala...ok ape? bukan kau kene keluar duet beratus belanja wife/awek(s) ko shopping pong! amik udara jek...hahahahh

OK...ok...untuk kau si kaki pancing, sila luangkan waktu, tulis dalam organizer, letak reminder dalam henpon...bahawasanya:

Tarikh:
5-7 Nov 2010

Kejadian:
"Pameran Memancing & Aktiviti Luar 2010" (Angling & Outdoor Recreational Fair 2010) di Tasik Kelana Jaya

(alah...yang dekat Stadium Kelana Jaya tuh...dekat ngan kelab Golf Subang tuh tuhh)

Bawah ni ada poster nyer...tengok...macam bergegar gambar aku amik on the way balik dari Kelana Jaya tadi...sampai kene hon (teksi kat belakang tak penyabar, depan aku kereta bersusun sebab baru balik Solat Jumaat)



Harap memuaskan hati photo nyer...

Ayuh! mari meluangkan masa bersama keluarga...


* agak-agak boleh dapat ikan besar mana eh?


Mungkin Sama, Tapi Tak Serupa?

Itu katak...
itu kodok...

Itu itik...
Itu angsa...

Itu halia...
Itu lengkuas...

Itu rama-rama...
Itu kupu-kupu...

Itu sawi...
Itu kailan...

Itu lalat...
Itu langau...

Itu kamu...
Itu dia...
Itu mereka...
Itu kita...
Itu Aku...

Ya anak-anak...salam Jumaat yang penuh barakah untuk kamu-kamu semua ya...Insya-Allah

Hari ini kita belajar tentang sama tapi tidak serupa ya...

Cekgu-cekgu...kenapa cikgu mahu ajar kami tentang ini nih? Best ke?

Oh! cikgu bukan mahu mengajar...tapi mahu membertahu sahaja...

OK..OK..saya SERIUS sekarang (kena buat muka garang kerut-kerut tanda serius!)

Saintis cakap...

"Kajian sains menunjukkan wujud persamaan hampir 98 peratus antara manusia dan cimpanzi"

JADI...

Kamu-kamu setuju ke jika orang memanggil kamu cipanzi? adakah kamu berasa bangga dengan panggilan itu? Kamu tak berkecil-hati kah dipanggil sebegitu? Apa yang berada di dalam fikiran kamu sewaktu panggilan itu ditujukan pada kamu??

Suka? tidak kan? (siapa suka angkat jari manis kaki! :-P)

Begitu juga dengan soal kepuasan. Bercakap dengan kepuasan...manusia memang tak pernah puas...TIDAK akan pernah puas...sebab itu lah wujudnya sifat membanding-banding antara sedar dengan tidak...

Ya lah kan...contohnya kamu seorang surirumah (atau mungkin bekerjaya)...jika kamu ke pasar/pasaraya...tabiat yang biasa kita lihat...MESTI mahu membanding-bandingkan harga dan kalau boleh mahu yang terpaling murah..terpaling bagus... (jika berduit...kisahnya lain...jika tidak berapa berduet..lain kisahnya pulakkk)

TAPI! bolehkah kita mendapatkan yang terpaling bagus itu dengan harga terpaling murah? Ada benarkah mendapatkan sesuatu yang mahal itu merupakan yang terpaling bagus? Bila sudah bagus...sebagus mana pula benda nya itu? Adakah kita berpuas hati? atau masih tercari-cari yang lebih bagus dari yang bagus ini pula?

Kadang-kadang, bila sudah jumpa yang bagus...kita masih lagi terbelek-belek untuk mencari apakah kesalahan/kekurangan/kecacatan/ kecelaan yang terbagus tuh pulak!

Kenapa macam tuh eh?

UNTUK KEPUASAN...

Itu lah kisahnya...

Kadang-kadang sampai tidak tahu apabendalah yang dicari?janji PUAS!...

Isk...isk...isk...

Nasib baiklah yang kamu pilih tuh baju (atau seumpamanya)! baju tuh tidak berperasaan...jika kamu tidak berapa seronok dengan nya...kamu boleh gantikan nya tanpa perlu berfikir-fikir perasaan di pihak nya...kamu tak payah nak fikir dia terguris ke apa kan?dia tidak akan berkecil hati jika kau tidak puas dengan nya...apatah lagi menangis kerana terhiris perasaan. (Weh! kau boleh imagine muka baju tuh kalau bersedih? cuba imagine..mesti comel agaknya..ye?hehehehe)

TAPI! jika kamu berfikir tentang perasaan baju tuh...kamu...kamu...errr...macam memiliki banyak masa lah! i JELES tau!...macam dah takde benda lain nak fikirkan...kamu mungkin terlalu sensitif juga! Tapi percayalah...sedikit pun baju itu tak terjejas..apatah lagi kecewa atau patah hati! PERCAYA lah!

Apa kau merepek ni Nozie ooiii! terbelit-belit macam "K*L*NG"...

Yo la...yo la...maafkan den..otak den berselirat...ampunnn...

OK lah...OK lah...

Itu cerita baju...bukan benda hidup...tiada perasaan

TAPI! bagaimana pula dengan benda hidup? (OOPS! bukan dengan kucing kamu atau seumpamanya OK...mereka tidak boleh berkata-kata..tapi comel)...maksud saya sesama manusia. Ya...Manusia itu kompleks...yang penuh dengan perasaan...yang berselirat dengan pelbagai perseliratan yang selirat (?)...

Membanding-bandingkan manusia cabarannya pastilah tak sama dengan membanding sehelai baju (atau seumpamanya)...malah semakin rumit kadang-kadang!

OK!OK!

Saya faham sekarang...kamu membanding-bandingkan sebab kamu berhati-hati eh? OK...berhati-hati itu bagus..tapi membanding-banding sehingga mengguris perasaan itu baguskah? Tak boleh ke jika kamu tidak membanding-banding kan secara terang-terang tanpa mengguriskan hati? Maksudnya berhati-hati dalam diam, beringat untuk diri sendiri...sudah lah...kamu boleh memilih untuk berlalu pergi atau menolong untuk memperbaiki...lagi baik, bukan? atau rasa tidak mampu, elok kamu berdiam dan berdoa untuk nya sahaja...itu aje yang kamu mampu...nak buat macam mana? Kemampuan kamu setakat itu sahaja...bukan kamu tak mencuba, kan?

Saya juga tahu dan faham...membanding-banding tuh demi kebaikan juga...ye tak?

Itu lah...

Saya cakap...

Berurusan dengan benda, mudah
Berurusan dengan manusia, mungkin susah..banyak hal..banyak gayanya...

Jadi, hargailah perasaan seseorang itu, sepertimana kamu mahu orang menghargai kamu...membanding itu tidak salah..tapi CARA mungkin salah...

Umpama kamu membandingkan orang yang pandai dengan tidak pandai...kamu memanggil yang tidak pandai itu "BODOH"...adakah bermaksud dia tiada perasaan? walau pun dia kelihatan tersengih-sengih mendengar panggilan tersebut...Adakah kamu terfikir perasaannya sewaktu menerima panggilan "BODOH" itu?

Sepatutnya, dari kamu memanggil nya bodoh (atau seumpamanya)...adalah lebih baik kamu menolongnya untuk menjadikan dia "sedikit pandai" atau "pandai"...itu lebih bermakna dan berfaedah, bukan? kau pun dapat pahala..tak gitu?

Walaupun hasilnya mungkin tidak mencapat tahap yang kamu inginkan, tapi sekurang-kurangnya kamu tahu dia berusaha..dan keupayaan yang dicapai adalah setakat itu sahaja...tidak boleh kah kamu menghargai usaha dan keupayaaannya untuk mencapai yang kamu mahu? jika mahu lebih lagi..mungkin lebih masa diperlukan..

Yang penting- SABAR...

Mana mungkin kamu mahu dia bertukar menjadi orang lain? Dia tetap dirinya...

JADI, jika kamu menginginkan sesuatu yang terbaik dari yang sesuatu itu, tap kamu tidak mempelohinya, janganlah kamu bersedih hati, cubalah cari keistimewaan yang terdapat padanya...jika masih tiada istimewa, mungkin kamu harus berfikir sama ada mahu menggantikannya dengan lebih bagus...atau terus menyimpannya...terpulang...

Jika kamu masih mahu menerima seadanya...tentulah dia amat berbesar hati dan terharu...

Jika kamu tidak lagi mahu menyimpannya, anggap lah tiada rezeki buat kamu..terima hakikat...apa boleh buat...kamu mencari sesuatu yang SEMPURNA...dia pula mencuba menjadi sesempurna yang dimahu...tapi gagal...salahkah dia?

Adakah menjadi sempurna itu mampu memberikan kegembiraan yang sempurna kepada seseorang itu? Sejauh manakah yang dipanggil sempurna itu?

Apa lagi yang kamu cari dan mahukan? atau kamu mungkin terpengaruh dengan kisah silam atau mendengar cerita dari orang lain..lalu terus trauma?

Jika masa silam kamu kurang bernasib baik, ambillah iktibar darinya...jadikan pedoman...ketahuilah...kamu yang terpilih untuk melaluinya...Allah masih sayang kamu...sebab itu diuji kamu...mungkin sekarang kamu terleka dan lalai padaNYA...Mungkin juga Allah mahu memberikan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya? Tidak kah beruntung namanya?

Jika kamu masih trauma, berilah peluang pada diri kamu, kamu berfikirlah..kamu bersedia atau tidak...mahu atau tidak mahu...jangan lah kamu dibelenggu trauma kamu...lalu menyamakan terus sesuatu itu tanpa menilai dan melaluinya terlebih dahulu...

Mengapa perlu menghukum sesuatu yang kamu belum pasti? jika masih takut...masih risau...carilah kekuatan dan keyakinan itu..dan tidak lupa, KEPERCAYAAN

Jika orang lain boleh memberikan peluang kedua buat kamu, mengapa kamu tidak boleh memberikan peluang yang sama pada orang lain?

* Okeh kau! bekerut-kerut muka aku..sebab nak serius punya pasal...aku nih bukan boleh buat serius...terkerut2


Thursday, October 28, 2010

Isk! Kena Get Ready Dah Ni...



Hohohohhohoho...

Dapat ke bertahan nih? dapat ke ni? sempat ke nih?

Isk!...payah...payah...

Tak boleh ke tunggu macam bulan jatuh ke riba nih?

Alah Zira..yang ni takkan la kau nak tunggu macam bulan jatuh? kamon la weh..kamon lah...iskk

Henpon saya sudah tersemput-semput..sudah menunjukkan tanda tidak lama dia nak say 'bye...bye'...OH sayang ku HP, tak boleh kah dikau bertahan? Bertahan sampai modal cukup? sampai aku bersedia mencari pengganti?? Pls...pls...plsss (Ha...aku menyanyi nih)

Hari tuh...cakap-cakap tak dengar...tergantung (hang) pon pernah...hari ni..Kawan call (Mama)..boleh pulak dia hang HP, da end call pon masih "ON" lagi?
isk...isk...bertahan lah...lepas tuh kawan komplen kata HP saya mati...sebab masuk voice mail...padahal dia hidup saja...salah HP ke line nih? atau haruskan aku memebeli/membuka talian telekomunikasi sendiri?? AZIRACOM Sdn Bhd? HAHAHAHA...mimpi lah tuh!

Kadang-kadang usha-usha terintai-intai pertandingan yang offer HP (ha..tengok tuh..kasihan kan saya? nak HP baru pon sampai terintai-intai pertandingan cuba nasib..apa boleh buat?? kalau aku beli HP idaman...nanti hutang-piutang lain siapa yang nak cover? Suami ? errr...saya ada suami ke? habis?? Sugar daddy ke? OH! tolong la...daddy2 tengok aku pon tak berminat, tahu? baik lupakan aje...

Hisyyyy! anyway...antara pertandingan yang menawarkan offer menang Henpon adalah seperti berikut:

1) Too Good To be True, menawarkan hadiah ber- double untuk setiap pemenang..ha..imagine....kau menang 2 bijik kondo serentak? atau 2 bijik kreta serentak?? kamera 2 bijik? HENPON 2 bijik? laptop 2 bijik??Klik gambar bawah nih

Rm 2.4juta hadiah perlu wajib dimenangi oleh anda...



* nampak tak..henpon nyer text sahaja saya besarkan? sebab saya kepingin Henpon sekarang..tak payah canggih-canggih takpa..(eh?nak la canggih sikit....isk)...Tak tahu mengapa..saya masih setia dengan NOKIA...

p/s:

1) apa yang best kat nokia sekarang eh? saya tak pernah peduli model apa selagi henpon sedia ada saya tak rosak...sekarang baru nak peduli (standby jek)
2) ada pertandingan lain lagi..tapi belom usha..

huhuhu...



Wednesday, October 27, 2010

Yang Gila Kereta atau Mahu Membeli Kereta

Hi there...hai...hai hai...

Mari bersenam...mari..mari (saja ajak sebab tadi nampak officemate saya, En Din bersenaman depan PC..heheehe)

Okeh!

Untuk sesiapa yang menggilai kereta atau digilai atu tergila-gila...ada can untuk kamu...

Mari layan KL International Motorshow 2010 yang berlangsung pada 3-12 Dec 2010 di PWTC..

Hari Biasa: 11 pagi - 10 malam
Weekend: 10 pagi - 10 malam

Mari lah mari...mari

Apa yang menarik?

1- bole menang toyota prius
2 - boleh tengok robot berjoget (?)
3 - car painting/ make-up
4- Ada awek-awek SEKSI, tahu? Kamu suka lah kan?
5 - Dah tentu-tentu boleh tengok banyak kereta yang canggih-canggih, yang best-best..
6- Untung-untung boleh berkenalan...nanti dapat makwe/pakwe baru (?) ...kahkahkah!..tak kelakar langsung! ces!

Mari SINI untuk lebih lanjut - http://www.klims10.com/


Bye

Teringin la Pulakk

Tadi ternampak INI di SINI...


Teringin pulak rasa tekak...menggiurkan...

Takpa..tunggu Fulus...kalau ada can..boleh cuba..

Yummy

Kau Tengok tUH! sIKIT pUNYA hAPPY dIA...



eRM...HA...tatap puas-puas muka encik nih dulu...cepat..cepat..betapa bercahaya-chaya bersinar kalahkan kilauan mutiara ke berlian intan payung tuh...

Aku bukan nak suruh kau berkenalan atau pon mengorat ke ape...semua tuh tak perlu...langsung sikit tidak payah buat apa-apa..aku suruh tatap jek...

Melebar senyum..sampai tak tau nak buat reaksi camane dah...

PUAS tak tatap? nak tahu kenapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

POK CIK MONANG MOTORRRR...Yiiiihaaa!!

Hehehehe...eh..eh..eh...bukan...habis aku kena saman kejap lagi cakap macam nih kat dia...Ampun patik..

Sebenarnya...dia...

Jeng jeng jeng!
.
.
.
.
.
.


Haaaaaa..Kalau kau jadi dia, agak-agak rupa macam mana kau nak buat? Muka Jennifer Aniston? Angelina Jolie? Bratt Pitt? Tom Cruise?? Monyet?kekeke :-P

Incek ni menang 1JUTA la weh! pak cik kayo...hoorayy! sebab tuh muka dia bersinar bercahaya..rezeki milik nya...

TAPI...

Kau tak payah kecewa...itu rezeki dia pada musim ke 2

SEKARANG!

Dah Musim ke 3...Jadi! Kamu, kamu, kamu...oh ya! pak cik yang hujung trafic lite sana malah makcik-makcik yang sedang sibuk tengok cerita drama bersiri itu jugak boleh menang 1JUTA (Kalau ada rezeki lah!)..dengan memasuki pertandingan "Anda Boleh Jadi Jutawan 3" nih...alah...yang ade muka Rosham Noor dan siapa tah lagi seorang tuh..mamat cina tuh...sebagai duta tuh..Kenal??

Ah kau! tak kenal tidak mengapa lah...aku bukan suruh kau berkenalan...

Apa tunggu lagi? kau menumm aje product Power Root banyak-banyak...atau baik-baiklah dengan tokei restoran Ali Cafe ke...atau baik la ngan makcik-makcik kedai makan mana-mana...suruh mereka simpan kan plastik pembungkus atau seumpamanya yang berkaitan dengan Power Root untuk kamu...Mudah kan?

Jadi kau tak payah beli berkotak-kotak...(kalau tak mampu lah)

HA...biasa lah..masuk pertandingan sure ade borang nya...So..pergi dapatkan borang-borang di tempat yang sepatutnya...


Rupa borang nya...jangan salah borang plak! (ihsan photo: google)


DAN LAGI MUDAH!

KAu hanya perlu tandakan "tick" (bukan pangkah!) aje kat kotak yang betul..jawap 2 soalan...tak payah nak tulis-tulis karangan bagai...

YANG LAAAAAGI SYOK....

Kau tak payah berputih mata...bergegar otak ke...tak tidur malam sampai mengigau-ngigau..jumpa dukun dan sebagainya untuk mencari Ilham nak buat slogan...

YA! SLOGAN TAK PERLU (i likeeeee..hoorayyy!)

Mudahkan? Tapi GERENTI Terpilih tuh tak pasti lah...kalau kau rezekinya baik dan senang dan murah...Alhamdulillah...

Macam pertandingan SHELL pergi Abu Dhabi tuh la...ikut rezeki...

Kalau tak dapat apa-pa pun tak rugi jugak...sebab amalan kau meminum Power Root hari-hari tuh mendatangkan faedah untuk diri kamu (errrr..betul ke eh?aku tak tahu...tak cuba pong!)..jangan gigit jari kaki tangan okeh...sebab ada hadiah-hadiah lain yang menarik juga..siapa tahu kan? (nih refer kat borang pertandingan lah)

Walaubagaimanapun....sewaktu entry ini di buat...hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum peraduan ditutup...ye kawan-kawan sekalian...tarikh tamat nya 31 Oct 2010...

So ade beberapa hari jek lagi ni...so pergi la usha-usha collect pembungkus dan seumpamanya sebagai bukti pembelian dan posss...


Antara product Ali Cafe...

Ayuh!..lailaillai...


POK Cik Monang Lagi...Mari Den Belanjo...hehehehe

* hahahaha..aku promot macam aku masuk jek..saje buat entry nih..kot-kot ada yang mahu mencuba nasib..

* tak payah la beli TOTO ke Magnum ke ape lagi tah tuh...tapi eskrem Magnum takpe...sedap...

* Sekarang banyak pertandingan...ade aku baca kat CIMB...diaorang tawarkan 2 bijik kondominium kepada pemenang utama...semua hadiah adalah DOUBLE TROUBLE i tell u....siapa nak bagi? nanti aku usha...(ada hati tuh!)

Tuesday, October 26, 2010

Enjoy Kenikmatan Alam...

OH! Cuti-cuti Malaysia..

Tapi..errrr..ini cerita lama…ya..cerita lama..pada akhir tahun lepas nya..hahahaha..tapi tak apa..saya suka sebenarnya bercuti, tapi selalu tak berkesempatan.ada yang lagi utama perlu diutama..jadi kebahagian diri tolak tepi..apatah lagi saya seperti kera yang dapat bunga (?)…saya excited..sebab pergi bercuti…bersama rakan-rakan..


Poyo lah kau nih!


Ya la…ya la…suka hati aku lah…aku kira ini antara momen yang paling saya gemari…


Kenapa?


Sebab saya macam boleh kira…sepanjang hidup saya…hanya berapa kali saja saya bercuti…maksud saya..bukan cuti sabtu ahad ke atau public holiday ok..


Plan bercuti sudah lama dibuat..saya rasa adalah dalam bulan sept-oct 2009…sebab bila call asyik full house saje chalet idaman hati kami tuh…then last-last…dec 2009 baru terkabul hajat nya..eceh! macam ape je perasaan..tapi memang betul..saya teruja…walau benda kecil..tapi saya happy..kami teruja..yes..KAMI..macam kanak-kanak riang, Tahu tak?


Oh! Aku membebel tapi tak bagi tau kamu ke mana aku telah pergi ya? Tengok la…makcik sorang nih…baru seronok sikit dah lupa diri…OK…ok…kami ke Kalumpang Resort sahaja…


Keterangan lanjut, sila klik


Kami pergi seramai 5 orang sahaja..hanya gadis-gadis…kami anti-lelaki..eceh! statement tak boleh blah…tapi saya tipu jek...tak baik anti-anti nih..takpe lah..bab anti-anti…belakang cerita..


Sekarang cerita depan ialah tentang percutian..


Gadis-gadis yang terlibat:


Su – yang organize
Ona – yang kecoh
Ida – yang blurr

Zura – yang kabut

Zira – yang..errr..tah hape2 tah


Semua ini comel-comel belaka…pilih lah mana berkenan (aik??) tibe-tibe…ah..abaikan…ini bukan masa promosi..aku hempok jugak kau nih kang..suka nak mensasarkan topic..maafkan saya buk!


OK..tatap la sebahagian gambar-gambar kenangan…banyak yang tak berapa boleh nak ditampal..sebab dikhuatiri tidak mendapat permisi dari tuan badan..so yang saya rasa ok..saya tempek…


Nah….lihat lah dunia..indah nya ciptaan-Nya..hargailah…nikmatilah…

Driver

Baru Sampai

Rumah Penginapan Kami- tekukur

Antara rumah penginapan lain yang menarik juga

Muka tak sabar-sabar nak mandi

Keriangan macam tak mandi setahun!

Antara juadah sebagai bekalan..uhuk!uhuk!

Aktiviti malam, berkeliaran... (note: tiada aktiviti mengorat okeh! :-P)

Bersama sang anak kera dan burung...apa nama tah..baik dia nih..tahu?

Muka sebelum pulang...pilih la mana bekenan! hahahaha...tolong la wehh!


TAMAT SUDAH PERCUTIAN ITU...



Tidur Pon Malas Menerima Aku Lagi

Ini kisah week end...

OH!Kasihan…tidur pon tak mampu menerima akan diriku lagi…nehi..nehi..terkebil-kebil saya..saya rasa saye sudah over tidur…sampai mata pon dah bagi signal kepada tuannya..dia macam nak muntah untuk pejam..kasihan..kasihan..


Semalam (Sabtu) sudah pulun tidur, qada’ seminggu, mata boleh terima…tapi hari ini (Ahad) buat..tak boleh dah..naik penat saya..terpenat-penat macam penat sangat (?)


JADI!


Tuan badan pun menurut titah perintah..tak mahu menghampakan mata dua bijik yang dikira sepet ni…

Apa yang kau buat untuk tak menghampakan?


Erm..saya..saya menaip sebuah entry tanmpa arah tujuan…tiba-tiba menaip..


Tadi…


Pukul 9 malam saya sudah masuk tidur…pukul 12 sudah bangun tergolek-golek…minum air..lepas tuh langsung tak boleh…buka-buka laptop..main-main kejap…tengok-tengok gambar..lepas tuh tersengih sorang-sorang…tah hape-hape tah aku…kamu macam tuh tak? sekarang jam menunjukkan 1.25 pagi..baru jari ligat..


Ya…saya sebenarnya ligat di waktu malam..macam kelawar..atau tikus mungkin!


Banyak kerja saya suka buat diwaktu malam…tak tahu kenapa…sebab saya rasa macam bila buat sesuatu diwaktu malam..saya dapat menjimatkan banyak masa..rasa masa cepat berlalu…baik kerja mengemas atau membasuh..membuat kerja…dan sebagainya (masak tidak termasuk lah…saya tak pernah masak malam-malam buta nih..tapi boleh cuba jika seru ada..hehehe)..even masa belajar dahulu, assignment juga dibuat waktu begini-begini…Elleh! Cakap lah kau buat kerja last minute! Hahahaha..KANTOI!..tapi memang begitu…


LAgi satu..mungkin tabiat saya…tabiat tidur saya 4-5 jam sehari sahaja..(tak termasuk waktu saya sangap-sangap waktu kerja kadang-kadang lah)…jadi kebiasaan sejak beberapa tahun ini…tidur dalam pukul 2.30 pagi..bangun 6.30…tapi confirm akan sambung tidur smpai pukul 7.30…kalau belum 7.30..saya tak mahu bangun..walau tak mengantuk…saya akan static dengan bantal..malas bukan?yayayayaya…orang malas memang begini..suka bergelimpangan macam askar terbaring di medan perang…hehehehe


Jadi? Jika kamu…apa kamu bikin di kala waktu begini? Saya fikir kadang-kadang macam nak buat kerja yang boleh “bunuh” masa..contoh…erm…macam menjahit atau membuat cross-stich ke..atau buat craft ke…tapi? Saya bukan dilahirkan dengan tangan yang lembut..yang buat apa pun jadi…mungkin suatu hari..saya akan cuba..dan lihat hasilnya..


OK! Stop..nak buat draft baru…


* Ermm..hairan la font saya nih..asal buat draft..attached jek...tukar font type..tapi masih buruk tulisan nya...isk...ZASSS! jek la