Tuesday, January 31, 2012

Jom Pekena Lontong!



Jeng-jeng jengg...


Boleh teka berdekatan mana?

 Cam tak?

Cer teka--cer teka....

.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.

Dah tahu? Ala..depan Pasar Jawa jek


Bye!

Monday, January 30, 2012

Ubat & Pengurusan



Kerap juga datang ke sini kadang-kadang. (apa ni? tadi kata kerap..lepas itu kadang-kadang? tau beza ke tak nih? :-P).


Dah jadi persinggahan emergency sejak dalam 3 tahun ini. Apabila terleka dan mengakibatkan sesuatu perkara lain terjadi. Jadi marilah cari Doktor! Huhuhuhu.

Tahu di mana?

Di kala kecemasan sahaja...cemas! cemas!

12 January, sempat apply cuti. Saja nak ikut Abah pergi check-up! Sebab ada kemusykilan nak tanya Doctor.

So mari lah kita menjadi insan penyabar dikala menunggu turn. But not so bad lah kalau kita datang awal-awal kan? Parking still available walau parking kita terletak di puncak yang sipi-sipi lagi nak habis kotak! Kalau tak, frust nak pusing-pusing dan mencari tapak strategik memakir kenderaan beroda empat itu. (Ada ke tempat park yang strategik dekat PPUM nih? Siap under-construction bagai?)

Tuh belakang tuh..nampak tak bangunan baru dalam pembikinan?


Kalau tengah-tengah malam, berani la saya parking tepi jalan sahaja...Macam atas nih

Tapi hari itu sebenarnya tak pergi pun tempat kecemasan. Saja nak snap "muka baru" dia. Kalau tak nampak macam ngeri sikit-sikit. Hahahha

Sebenarnya saya mahu cakap apa nih?

Macam ini, saya nak cakap, jika kita punya ibu-bapa atau orang tersayang yang perlu makan ubat mengikut masa dan cara, TOLONG lah pantau kan untuk mereka. Saya seru anda buat ni. Kenapa? Terkadang manusia ini, terlalu sibuk dengan hal sekeliling sampaikan tidak semena-mena menolak keperluan diri sendiri. Kiranya telah terjadi pengabaian diri sendiri.

Serius!

Tahu tak apa jadi dihari kejadian pergi hospital ini?

Saya telah mendapat tahu bahawa Abah telah mengambil dos ubat yang salah! Oh no. My bad! Bukan sekadar dos yang salah malah aturan masa juga adalah terbalik!

Siang ke Malam...Malam ke Siang!

Ya Allah. Mesti kamu -kamu cakap kenapa saya tak baca penanda ubat di kotak atau di plastik kan? Sebab setiap kali Abah ambil stok ubat di hospital, dia bawa balik ubat sahaja tanpa pelekat pemberitahuan cara/masa guna.

So entry lepas yang dalam "RUTIN" adalah salah aturan nya. Waduh! Kok pening begini.

I'm sorry Abah. Sebab tak peduli pun. Terkilan dengan perangai sendiri. So anak-anak, kalau ibu-bapa kamu tak berapa nak sedap badan, kena ambil ubat-ubatan, tolong la saya seru anda sekali lagi : Pantau lah! Ambil lah tahu.

Memandangkan dulu-dulu Abah mengangkut semua ubat-ubatnya dalam beg (konon nak pastikan stok tak habis lah. Tak terputus ubat). Sekarang nak memudahkan, saya da sukat ubat-ubat dia untuk kegunaan setiap 5 hari (eh apa pasal saya tak buat sukatan seminggu-seminggu (7) ye? Entah lah. Hahahaha!)


Bahagi-bahagikan....

Pil-pil diabetes & Darah Tinggi...
- Plavix clopidogrel 75mg, PAGI before meal
- gliclazide Diamicron MR 120,
PAGI before meal
- Coversyl Perindophile 4mg,
PAGI before meal
- Covastin Simvastin 40mg, Malam


Pack-pack kan...so mulai hari ini, Abah hanya bawa sepeket sahaja dalam beg! Bila habis baru ambil peket lain


Melabel ketahanan stock ubat....
Jadi...kalau katakan doktor tanya ubat tinggal stock untuk berepa lama, senang la nak agak kan?

Ha..mudah saya nak tahu Abah skip ubat ke tak kan? Tengok bilangan lain macam kita dah tau dah apa ubat yang ter-miss atau sengaja miss!

OK lah. sikit-sikit tips pengurusan ubat-ubatan.


* Laaaaaaa....tips ke nih?

Kunjungan ke PPAS: RATU


Hahahaha! (aik awal-awal gelak)

Ya lah. Sebab mahu cerita yang tahun lepas. Huuhuu..

Sebab kan bulan December kan tiap-tiap minggu cuti umum jatuh hari Ahad. Tapi sebab Ahad memang sedia kala cuti di Selangor, maka Isnin terpaksa jadi galang ganti mengisytiharkan diri yang hari itu cuti umum. Apa punya ayat lah yang kau telah bina ini wahai Nurazira?

Ah tak mengapa. Itu tak penting.

Patut entry ini keluar sempena dengan cuti sekolah. Tapi nampak gaya walau budak-budak dah naik cuti selama sebulan entry masih tak siap-siap. Untuk tidak membazir gambar-gambar dalam telefon tangan ini, maka ... Saya keluarkan juga lah!

Sob...sob..sobb...

Nampak tak macam sang penulis sedikit terkilan dengan potensi diri?

OK, suatu hari Sabtu yang murni. Sebab tiada aktiviti yang menyeronokkan, tambahan poket juga tidak seronok dengan gumpalan wang kertas ber-not besar...

Maka petang-petang telah membuat keputusan membuat sesuatu aktiviti berilmiah dan berkhemah (?). Khemah ke hemah? OK, sila pilih perkataan yang tepat! Kuiz! Dan-dan keluar kuiz untuk kamu. Hahahaha!

Jom kita ke PPAS! Apa? Pangkah PAS dalam undi pilihanraya? Ah tak kuasa mak nak cerita hal mengundi ni. Mak dah tua. Kamu-kamu yang muda belia sahajalah yang tentukan hala dan arah tuju negara tercinta kita ini. Ohhhh!

PPAS - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Haaa....ingat tak U all perpustakaan ini yang dulu-dulu letak dekat dengan Kompleks PKNS dan Muzium ituueewww?

Sekarang tidak lagi! Dia dekat dengan Giant Stadium Shah Alam you. Dekat dengan PTPL youu.. Masuk dalam Kelab Golf lagi You! Known as Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) you. Auuww!

Jadi siapa taknak baca buku boleh la main Golf! Amacam?

PPAS - RATU

Tapi kadang-kadang niat murni kita mungkin tak disokong oleh anasir-anasir luar...


Maaf dik. Dah nak tutup dah. Esok Cuti umum. Tutup lagi. Isnin pun sama. Ganti.
Maka terpacak aku jam 10 minit lagi menunjukkan 5 petang! Dangg!
(Waktu operasi)

Lorrr...baru nak kagum-kagum masuk lagi sepuluh minit nak katop? Tambah hiba apabila jerih-perih berniat murni mahu membaca (konon!) terus kabur apabila esok Ahad cuti umum Tutup again! And again drag till Isnin sebagai replacemant Public holiday! Oh noooo! Niat murni tinggal murni sahaja. Lain kali saja lah laksanakannya.

Ingatkan buka until malam ke apa. Baru la bole fokus study. Ewwahh! Dulu belajar-belajar pun aku tak rajin nak pergi Perpustakaan. Ceit!


Sebenarnya masa saya berkunjung itu adalah hari Majlis Perasmian Pembukaan RATU.

Majlis on 10/12/2011 kalau tak silap gue...


OK, walau dah habis waktu, berbekal pepatah "Alang-alang selok pekasam"..maka usha-usha la juga, Panjat juga la eskulator sampai 4 tingkat! Tinjau-tinjau la juga, Pijak-pijak la juga karpet dia yang macam best juga. Usha juga la pokok-pokok buatan yang besar itu. Tapi tak snap gambar.


Nanti kamu pergi lah tengok ya? So far dari jauh nampak macam belum banyak buku. Ada sudut interaktif. Komputer pakai cap Apple youu! Ada juga dewan 3D! Eh? 3D ke 6D ha??

OK lah. Kecewa. Lain kali akan mari lagi. Entah bila.

Selamat bercuti sekolah dan naik sekolah balik ye adik-adik.

Bye!

Thursday, January 19, 2012

Gara-gara Kau, Aku Terjakun Kejap



OK, sekarang musim raya cina. Kawan cina ada bawa lah kerepek yang tak dapat dikenalpasti apa jenis. Amik 1 keping, sedap. Pastuh tiba-tiba boleh terlintas kat kepala "Dia goreng pakai ape ha??"
. Gulp!

Ini la rupa kerepek itu..
* image Google sahaja, bukan saya punya...

Haa...dah begetar perut tiba-tiba. So tak ambil lagi dah. Sebab was-was.

Tanya kawan. Buat dari apa nih? Dia tak tahu. Bahasa cina tahu lah cakap. In english called ""Arrow head". Pastuh ada cakap "Arrow root". Sebab teruja, membuat Google-an.

Dengan key word "Arrow head" jumpa macam ini.


Sangat lah bukan sesuatu yang saya maksud kan.
Nak buat apa cerita mata anak panah??

* Image taken by Google Image Search

Lepas itu cuba nasib dengan "Arrow root" pula. OK jumpa ini:


This is what I mean. Ini bukan spesis bawang atau duku! :-P.
Tapi dipercayai spesis ubi. (aku agak, kamu pergi la Google!)
* Image taken by Google Image Search

Apakah kegunaannya ? Untuk membuang jerawat muka agar kulit muka licin selicin kulit bayi. Kalah sutera!

OK, Kidding!

Oh. Macam ini. Sebab terkenang teringin makan kerepek itu, maka saya pun dengan terhegeh-hegeh meminta dorongan rakan-rakan FB (maklom lah, sebab office ini agak kuranggggg sangat populasi wanita untuk berkongsi).

Hasil kongsi-kongsi...



OK! Good! this kind of ubi (bawang?) called as buah Ngaku. First time dengar nama macam ini. Oh...terus hegeh-hegeh Google price berapa sebab member bagi link orang jual RM10-12 ringgit sebalang kecik! Haihh! Mana aku cukup makan sebalang kecik! Kurang-kurang satu guni. Eh gila melampau kau ni. Hantu raya pun tak tembolok macam kau.

Hi. I'm Ngaku. Not Goku! Angry bird jauh sekali...

Petang-petanng itu juga rakan FB merangkap rakan time sekolah Teknik Klang mesej dia dah beli buah Ngaku. Dia cakap dia rasa excited macam tengok Siti Nurhaliza masa beli buah Ngaku ni. Haaa kau! Penangan sampai macam tuh sekali!

Saya yang mula-mula simpan niat nak beli hari Sabtu/Ahad (sebab hari macam ini sahaja agak free masa) dah rasa tergugat-tergugat dah. Melonjak-lonjak hati duduk terbayang rasa duduk mengunyah krepek Ngaku nih.

Esoknya...aku kene tagged dengan Sue gambar buah ngaku dia beli itttuuwww. Adoii...rasa nak..rasa nak jugak! (dah la lambat tengok post Sue, berjela orang reply dah. Aku hegeh-hegeh terus balun 5 respons bertubi-tubi - annoyying rasa kalau baca asyik orang sama je komen kan? hahahah!)

Pastuh Puan Sue dah buat entry dekat blog dia.(NGAKU). Arrghhh! Jeles I nih.

Petang terus kumpul niat gagahkan hati badan panjat Giant Kelana Jaya.

Tak toleh lain. Terus menuju tempat sayur/buah.


Dari kejauhan...


Gotcha!! I got U now Chinese Arrowhead a.k.a Ngaku. Terus MMS Sue sebab nak kongsi keterujaan.


First batch...cukup la banyak ni dulu. Tau kenapa jadi tak sabar-sabar nak beli? Sebab aku duduk imagine tiba-tiba buah Ngaku ni sold-out! Tak ke aku gigit jari nak makan?


Time beratur bayar dekat fast lane, ada Auntie tegur saya

"aik? you beli ini? you pun tau makan ini ka?".

Pastuh dia usha dia cakap

"OK, cantik-cantik. Segar"

"last few weeks i beli Giant offer 60sen sekilo."

- aku malas nak type aku jawap apa bole? Sebab time beratur memang aku banyak cakap. Kata je Fast-lane..tapi panjang orang nya!

* OK, buah ini khas datang dari China ketika Perayaan Tahun Beru Cina setiap tahun. So harga sekilo saya usha-usha kat Google mencecah RM4.98 sekilo! Kalau kat Tesco Sue dapat harga RM2.88. Giant saya dapat RM1.88 sekilo.

* Pembetulan: Apa-apa pun buah Ngaku in English ialah "Arrow head" bukan "Arrow root". Harap maklom!

* So sesiapa nak cuba sila redah dan terjah pasaraya Tesco, Giant, Econsave, etc dengan tawaran harga yang berbeza!

* Sonang jo. Kupas kulis, basuh-basuh. Sagat-sagat kasi nipis macam potato chips, goreng! Kawan cakap makan ni berangin sikit, so certain people akan tabur sedikit serbuk lada hitam sedikit selepas menggorang dan meng-tos minyak!

Selamat mencuba!

Bye!

I'm loving it!