Wednesday, May 29, 2013

Random: Sekarang kan Sudah Masuk Bulan Rejab!



Assalamualaikum.

Apalah khabar semua ya? Cuaca sekarang ini panas selalu membawa ke malam bahangnya. Cuma 2-3 hari ini selalu juga hujan diwaktu subuh. Harap semua jaga kesihatan ya. Banyak kan minum air.

Saya nak buat random post terlintas dihati dan berpandu kepada gambar-gambar yang saya ada dalam PC jek.

Diam tak diam tahun 2013 dah pun sampai bulan Mei. Diam tak diam bulan Rejab pun dah masuk 19 hari dah. Maknnaya kurang 40 hari Ramadhan kita akan bertemu kembali.

Jadi sesiapa yang belum habis berganti puasanya itu, mari lah sama-sama kita ganti ya. Jangan ada yang malas-mals dan fikir "alah..bayar fidyah jek la". Salah tuh. Kalau kamu ada yang belum berganti-ganti dari tahun-tahun sudah, Fidyah memang bayar tapi puasa wajib digantikan semula juga ya. Tiada alasan melainkan atas sebab-sebab keuzuran yang tiada nampak akan pulihnya.

Perihal kebaikan bulan Rejab, kamu boleh lah Google kan sahaja. Sebab banyak dinyatakan syafaat dia. Lepas Rejab pula Syaaban. Pun digalakkan berpuasa sunat juga. Jadi mari la kita buat saving sikit. Insya-Allah amalan kita diterima dan moga-moga dapat membantu kita apabila kita sudah berpindah ke alam lain pula. Insya-Allah.

Oh! Ya!

Ada satu saya nak tegur. Tak tahu kenapa tahun ini, banyak saya lihat orang di FB tersilap menyatakan sekarang sudah masuk bulan Syaaban dan "buku lama diangkat, buku baru dibuka". Salah sangat-sangat. Menyampaikan sesuatu yang baik itu bagus, tapi kalau salah perkongsian nya, jadi lain nya. So please take note tau. Kita kalau nak berkongsi, pastikan sebolehnya kita yakin dan tahu apa yang kita nak sampaikan. Jangan membuta tuli sahaja..

Akhir sekali. Saya nak tempek juadah buka puasa tahun lalu. Hahahaha! Aci tak?


Meriah sangat kan untuk 5 orang makan. Maaflah. Keluarga saya memang sangat menghargai dan enjoy makan. Dan sebenarnya sangat susah saya sekeluarga nak berkumpul ni. Yang dalam bekas hijau tuh buah sentul!

Salam dan babai!

Boleh lagi ke aku Cakap Pasal BBW??


* lama sangat post ni dalam draft.

Assalamualaikum.

OK. Dekat FB ada dalam 8 minit lebih lagi kena tunggu. Dekat Telefon ada 5 minit lagi kene tunggu. OK. Saya tunggu turn main Candy Crush. Gila ke tak dekat FB pun masuk, android pun masuk? Can you imagine?

Sebabkan masalah-masalah begitu, maka saya tengok gambar untuk ditempek kan. Menyesal wo tak tempek. Sebab gambar bersepah-sepah snap nak share. Cuma ada kualiti dengan tiada kualiti sahaja lah.

Jom!

Akhir tahun lepas (2012) kut kejadian Big Bad Wolf. Apa itu? Oh...tolong la Google sebab banyak dah cerita-cerita. Secara basicnya tiada agenda memburu musang. Apatah lagi memerangkap Musang Berjanggut itu. Yang ada hanyalah jualan buku. Buku sahaja? Alahai...Hoii! Buku-buku dia yang dinanti-nantikan sebab harga dia jatuh sampai 80%. Can you imagine that? Contoh adik-adik yang minat memasak selalu telan air liur dekat kedai buku MPH ke Times ke Kinokuniya dan sewaktu dengan nya sebab tak mampu nak beli buku Jamie Oliver yang senaskah berharga dalam RM 150 menjadi RM30 di BBW?? Agak-agak gila ke tak? Hmm...OK lah. Banyak sangat nak cerita. Walhal blog-blog lain pun akan cerita perkara sama sahaja. buku-buku ilmiah semua ada, masak-masak, seni reka, novel, komik Manga segala...ahh....penat lah nak cakap. Buku baby2 pun ada tauu!











 Macam mana tak gila kalau offer macam nih? (alah..cilok website jek images ni!)


OK. Sebelum tuh nak bagi tips lah sikit-sikit. Ini pertama kali saya pergi ke BBW. Itu pun dengan penuh kegelapan. Bukan gelap apa, maksud saya - SESAT. Ya. Saya dan kesesatan tak boleh dipisahkan. Anyway BBW kali ini diadakan di The Mines Convention Center. 

Alah. kembali kepada tips:

1. Sampaikan diri awal. Sebab untuk merebut parking. Masam saya tak silap sampai jam 8.30pagi kottt! Hahahah! Gigih tak gigih tak? Ini akibat tak tahu jalan lagi segala semua. Bila awal, kamu tidak akan berasak-asak dengan orang ramai. Dan paling penting pemandangan anda lebih terang untuk melihat-lihat dan membelek-belek.

Ni gambaran dikala saya sudah mahu pulang...belum tengah hari lagi. Kalau dah tengah-tengah hari tak tahu la apa rupanya kan...
 

2. Masuk ke parking yang betul. Sebenarnya masa datang sini ada parking yang berharga RM3 per entry. Tak payah lah tertipu dengan RM8 punya tiket bagai itu. Tapi kalau dah terdesak...kau bayar sahaja lah RM8 tuh kan. Bukan selalu kan?? Hahahha!

Haaaaa..awal tak awal eden sampai...sampaikan tempat parking yang menunggu ku...bukan aku yang menunggu cari parking! Ewwah!
 
3. Sebaiknya makan la atau bawa bekal. Sebab food court berdekaan yang ada  mungkin tak memenuhi selera kamu. Terhad. Sebab kan saya rasa terhad, maka membawa diri ke The Mines untuk mengisi perut yang berkeroncong. Bantai la The Chicken Rice Shop dan tiba-tiba gatal nak makan ini juga. Sedap juga!




Tak pernah cuba. Maka ambil kesempatan. Sedap juga ni! Price? Macam tertera lah

4. Yang ini paling penting. Bawa beg yang besar untuk meletak buku-buku pilihan anda. Kamu faham-gaham lah kan, betapa buku berkualiti ini mahal-mahal ini berat dan tebal. Di sarankan kalau tak nak rebeh bahu, elok kamu bawa beg Akademi Fantasia ke..Troley mak pergi pasar ke. Harap maklom. Suasana sesak dan kau akan tak akan mahu berebeh-rebeh bahu. Senget ok nak pikul...

Antara buku-buku...Tahu tak buku Jamie Oliver yang kalau pergi kedai buku jual RM150 tapi dekat BBW ni jual RM25-30 jek? Jadi? Mana tak gila?

5. Ketahui lah. Dengan RM100 kau boleh beli macam-macam buku. Ibu-ibu yang gemar membeli bahan bacaan baby, sila lah rebut peluang ini. Cloth Book (apa betul ke aku panggil nih??) di luar bukan murah. Tapi sini??? Kau rasa macam mahu menangis nak beli semua. Ya. Semua. Saya tak tipu. Dan kadang-kadang kamu mungkin terbeli benda yang tak patut beli sebab rasa rugi tak beli walhal tak pakai pun! Hahaha

Apa yang dirembat tuan badan?




 
Boleh pula jatuh chenta dengan makanan2 india ni...ada hati ni. Tapi serius selera lah nampak...kadang-kadang nak tukar angin jugak...

Ada lagi....haa...beli untuk kawan pun ada...



Haaaa..tuh dia...orang duduk cakap-cakap...mari lah beli walau tak tahu bila nak bacanya. Orang cakap apa yang dicakap dalam buku nii make sense...hehehe 


Semua-semua ini harganya...kan dah cakap. Bawa sikit pun dah dapat 2-3 ketol
Harga? Not bad kan? Sampai rebeh bahu-bahu ni pikul beg mesra alam tuh... 


Lepas keluar ada counter untuk stamping. Percuma jek!

Yang ini yang dibalon oleh kawan-kawan saya..

Peminat Jamie sebab masak mudah-...dia belanja tak sampai RM200. Kalau betul-betul nak beli mahu RM700 dah kot! Imagine...satu buku RM150 kalau harga sebenar






Yang ini pulak kawan beli untuk anak-anak dia. Seronok kan anak-anak dia...banyak gila buku syok-syok...buku kanak-kanak memang best! Kawan saya belanja tak smpai RM200 pun untuk segala buku-buku ni. Puasss sungguh!

OK la...tuan badan nak enterframe. Kasi laluan

 Saya nak datang laaagi lah walau kaki dan bahu macam nak tecabut rasa. Seronok! dan...gila!



Wednesday, May 8, 2013

Saya dan Tanah (Sempena PRU13 Malaysia)


Ditulis dari rasa hati setelah PRU13 Malaysia selesai...
Saya ada tanah. Bukan untuk dijual/disewa/dilelong. Tapi - untuk dikongsi. Walaupun tanah saya ini kecil, tapi dia subur. Jadi boleh lah menyara hidup dengan hasilnya nanti. Selain itu, ada juga terdapat galian berharga. Memang molek sangat. Boleh sara kehidupan zaman berzaman kalau tak di salah guna. Nak berjimba-jimba pun tiada masalah lah.

Saya sayang tanah ini. Sebab ini sahaja yang saya ada. Saya tak boleh bayang kalau tanah ini hilang. Sebab ini lah tempat asal saya. Saya membesardi sini. Kalau boleh, bila kongs-kongsi tanah yang comel ini, saya mampu mewujudkan lingkaran kasih sayang, membina sokongan antara satu sama lain. Nanti asas begini kuat, saya yakin saya mampu mengukir senyuman yang bukan palsu. Saya tidak mahu jadi yang tidak elok. Bayang kan kalau tanah saya ini hilang, agak-agak, manakah kaki ini melangkah? Kalau melangkah pun, adakah langkah saya itu diterima di tanah baru? Adakah layanan yang saya dapat sama dengan tanah saya ini. Atau saya terpinggir atau terpencil atau barangkali berlari-lari sembunyi takut? Sebab itu saya ajak kongsi-kongsi dan sama-sama jaga.

Saya nampak tanah saya ini banyak potensi baik-baik. Sebab ramai yang suka sebenarnya. Suka tengok-tengok, menghayati. Tak kurang juga yang suka nak ambil/rampas. Haaiiipp! mana boleh...Saya sangat menghargai saya tanah ini.

Saya tak boleh bayang kalau:

1- Saya seorang Melayu pergi ke negara Melayu lain, adakah saya akan dapat seperti apa saya dapat sekarang?
2- Saya seorang Cina pergi ke negara China (atau tempat cina lain), adakah saya akan dapat seperti mana saya nikmati sekarang?
3- Saya seorang India, pergi ke negara India, adakah saya dapat merasai manisnya kehidupan macam saya dapat sekarang?
4- Kalau saya bukan tergolong dari 3 yang atas, jika saya ke tempat lain, adakah saya dapat apa-apa kelebihan yang saya pegang sekarang?

Saya fikir tidak. Sebab hujan di tanah sendiri jauh lebih baik, lebih nikmat, lebih manis dari tanah-tanah lain.

Sebab itu saya harap sangat cahaya kasih sayang, muafakat, kekitaan, keakraban, sokongan selalu ada di tanah saya ini.

Saya sayang tanah saya.

Tanah saya - MALAYSIA
Saya ialah - RAKYAT MALAYSIA

Siapa sayang MALAYSIA? Angkat tangan sambil jawap "SAYA". Ramai-ramai jawap "SAYA" , akan bertukar menjadi "KAMI". KAMI itu siapa? KITA lah. KITA itu ialah RAKYAT MALAYSIA.