Untuk sesiapa yang macam teringin makan western dengan kadar harga yang OK la...ala-ala bajet yang perlu dijaga...tapi teringin mahu makan...boleh lah berkunjung ke sini...
Tempat dia biasa sahaja..tapi syiok! sepadan lah kan...santai...tidak lah 5star okeh! kau boleh pilih mahu duduk di kerusi atau duduk atas lantai. Meniarap? pun boleh kalau kau mahu... :-P
Kau tak payah imagine mahu ada orang tiup seksafon ke main gitar biola atau tabla ke apa...semua itu tiada...kalau kau mahu, may be kau boleh upah seseorang untuk penyeri suasana romantis kau...(apa aku merepek nih?)
OK..OK..FINE!
Ini kawasan nya di Kota Damnasara. Ha? Tahu tak? yang dari Subang Airport (Firefly tuh) menuju ke Sg Buloh. Landmark terglamer aku ingat...ermm.. Gullamy (eja betol ke?) atau Gulam Mie (ntah!)...Alah...kalau belok ke kanan dia pergi Mc D Kota Damansara, tapi yang ini belok kiri. Kedai nya di kawsan perumahan itu lah. Rumahnya corner lot...
Fuhhhhhhhh...! stress aku nak explain mahu tunjuk direction. Maklum sahajalah...aku ini bukan pandai berjalan. Apatah lagi mahu tunjuk jalan bagi orang yang tersesat jalan. Sedey...Sroot!sroot!
(Note: sesiapa yang sesat jalan, tolong jangan tanya saya, saya tidak tahu, OK??)
Oh! patut lah...patut lah...kau tidak meronda-ronda ye? patut lah kau duduk seorang diri macam looser ye? (Angguk-angguk)
* jangan pandang serong kepada gadis tersebut... :-P..nanti dia ada
Ah! tinggalkan saja cerita tentang minah tak tahu jalan ini...buang masa layan dia ni, tahu?
Sekarang aku mahu sambung:
Apa yang terdapat di sini?
Oh! Kamu boleh menikmati western food yang berbentuk chicken, lamb, fish & chip yang di chop atau di grilled...semua di masak secara sizzling ye kawan-kawan..steak pun ada juga! burger pun ada jugak! daging burger lah...
Hmmm..macam menarik aje kak... Spaghetti ke lasagna ke Pasta ada juga ke kak?
JAwapan: Tak ada...pergi lain tempat... :-P
Price reasonable...kira boleh layan lah kalau kau masih belajar ke...atau terima wang saku bulanan dari ibu bapa...boleh lah bawa awek dating sini. Ok ape?
atau kita rasa macam mahu belanja ahli keluarga yang ramai macam 2
Harga makanan, tak silap saya semurah-murah Rm6 semahal-mahal RM18
Air? semurah-murah Rm0.50 hingga Rm3 sahaja kot! ha kau! lima posen!
Semasa anda menunggu hidangan yang dipesan, roti bakar bersama marjerin akan diberi percuma...
See...see...OK kan?
OK! saya bawa rakan-rakan ke sini untuk menyambut harijadi sempena umurnya masih sweet...tapi lambat sikit lah dari tarikhnya...tapi tak mengapa, asal dapat berkumpul Alhamdulillah...lagipun dia sudah dapat kek nya sendiri dari boss nya...tengok gambar bawah nih...
Ok..mari tengok!
SUASANA:
* ada banyak sebenarnya...tapi mahu tempek ini sahaja...mahu tengok lebih? sila kunjungi eh... :-)
MUKA-MUKA PELAHAP:
MAKANAN:
Maafkan saya rakan-rakan..tak banyak gambar. Gambar banyak hilang semasa hardisk corrupted. Tapi antara rupanya begini lah...
To Ida:
Happy birtday to u ye...wish all your dreams come true...hope your life surrounding with beautiful of colours...semoga Allah selalu merahmati & meredhai hidup kamu. Aaamiiin....
* Bawa-bawa lah family, isteri, anak-anak ke sesiapa pergi tempat untuk berborak. Jangan asyik mahu bekerja sahaja sampai rasa hal-hal komunikasi tak penting. Jangan macam itu OK? bila lagi untuk yang tersayang kalau bukan masa-masa itu?
Tata titi tutu
No comments:
Post a Comment