Aik? Dulu-dulu pon sudah ada ke segmen nih? Macam mana boleh terlepas nih?
Oh! OK…sebenarnya tiada pun segmen tersebut di blog ini sebelum ini…saya saja reka-reka sebagai pembuka kata pembual bicara (??)
Hari ini…Sabtu…ya benar…hari saya menulis entry ini merupakan petang yang hujan di sini. Rasa termalas-malas terkulat-kulat macam cendawan yang tumbuh selepas hujan (?)
OK…saja nak berbahasa berbahasi…
Hari ini, sama seperti biasa, lebih tepat lagi sama seperti minggu lepas. Cuma bezanya pada hari ini saya tidak menghabiskan masa dengan tidur dan tidak bermalas-malas seperti minggu lepas.
Harapan di hati yang comel ini untuk membazirkan masa dengan perkara berfaedah.
Pagi saya dimulakan dengan agak awal (?). Saya membasuh kain…membiarkan mesen membasuh sebanyak satu pusingan (ya lah…rumah ini Cuma ada 3 orang sahaja…so kain banyak mana sangat?)
Sementara itu bermain-main membelek henpon yang segan mati tapi belum mahu ini. Main edit-edit gambar, lepas tuh macam biasa, meng-scroll satu-satu gambar lepas tuh tersengeh-sengeh. Teringat kenangan-kenangan semasa setiap gambar-gambar diambil. Dari gambar binatang, benda sehinggalah orang. Ntah apa saja lah aku snap
Selepas itu ibu menelefon ku meminta membeli laici dengan sayur campur di HERO (siapa tahu pasaraya ini? Tiada hero macam bintang filem pon atau hero hati, hanya ada barang-barang dapur dan seumpamanya, standard pasaraya lain juga lah).
Terkulat-kulat baru mahu mandi. Siap mandi, kain pun siap di dalam mesen. So, sidai lah kejap…Kemudian terus ke HERO menaiki HIJAU.
Tengok-tengok keluar jalan, Bersusun kereta beratur…Aduhai…sengsaranya bila jalan under construction nih…masa yang 5 minit boleh jadi 15 menet atau lebih untuk mengharunginya!
Ah..membebel aku…lepas ke HERO terus ke Kelana Jaya menghantar pesanan ibu. Sebelum sampai ke kedai ibu, saya singgah ke klinik mengambil ubat ibu untuk stok 2 minggu (Ya Allah, berilah kesihatan yang baik buat Mama, Aaamiiin).
Kemudian ke kedai. Berborak-borak bersama mama macam biasa, sambil kadang-kadang tengok henpon. Takda yang menarik hati lah!
Borak-borak bersama pekerja. Tiba-tiba mama hulur sotong singgang (ye ke?yang kuah dia jadi hitam-hitam tuh!). Saya pon makan mengalas perut.
OK..nak tempek muka aku makan. Aku makan nasi impit. Tapi ade pulak sotong singgang. Lauk tak match, tapi tidak mengapa. Maafkan saya jika berasa jengkel. :-P
Bersarapan...
Macam tak tahu pulak nak buat apa. Mahu ke mana-mana saya tak rajin seorang diri. Memang saya agak liat kalau buat sesuatu seorang diri. Selalu macam rasa looser jek.
OH! Baru ingat, HIJAU saya belum diservis lagi. TAPI…errr…sebab saya seorang…saya tak rajin! Selalu adik atau kawan temankan. Tapi sekarang semua tiada. Yang ada hanyalah bayang-bayang. Eceh! Ayat agak nak menjiwang pulak kalau dibiarkan.
Sebab malas menservis, jadi saya telah membuat keputusan untuk pergi ke rumah saya. Membelek rumah. Sebelum ke rumah, saya singgah ke kedai Hardware (DIY) untuk membeli sedikit barang yang terlintas di fikiran.
Barang nya:
RM3 sahaja...
‘Mengerjakan’ sebuah rumah yang tidak didiami adalah macam mengerjakan rumah yang di tinggal selama bertahun-tahun. Boleh bayang? Selalu berhabuk-habuk. Nampak macam bersih…tapi bila kau berjalan-jalan meronda satu rumah, hasil nya:
Kaki hitam bercahaya (saja je edit photo tuh!)
Selepas mengemop, aku mengelap-ngelap tiles dengan kain. Merangkak-rangkak aku macam budak kecik. Nasib baik tak meniarap! Ahahaha..Habis hitam seluar aku…
Hitam bahagian lutut tuh..merangkak punya pasal, lap lantai macam Cinderella...
OK..nak berhenti menaip lah. Dah pukul 7p.m. Saya nak bersiap untuk solat dan macam biasa ke Kelana Jaya semula menjalani rutin.
Nanti cerita lagi. Sorry..ending I suruh tatap kaki itam…huhuhu.
* ada projek besar nak buat, tapi tak terlaksana…(poyo siot!)..kamu dapat teka?
No comments:
Post a Comment