Uhhhhhh....OOhhhhh...Ahhhhh... Hahahaha...engkau memang! Bila tahu nak cuti, kau meloncat-loncat riang macam budak-budak. Punya lah gembira. Tapi bila kau sudah dalam bercuti, pandai kau cakap bosan. Asyik makan tidur membesar badan dan sebagainya.
Mula lah dia tuh. Manusia memang macam itu. Nak bila tiada, bila dah ada pandai komplen. Itu saja pandai. Taknak hargai pun. Ewahh! emo nye nyonya nih...Eh..eh...cuba senyum sikit..kasi mata sepet tuh nampak..amacam?
Entry sangat lah lambat keluar. Walhal sudah di draft secara rawak sejak awal bulan lagi. Sekarang dah nak masuk tengah bulan dah pun.
Tanpa perlu berlengah-lengah lebih jauh lagi baik aku cerita.
Ini kisah sempena curi raya Raya Cina. Katanya den bekerja dengan Cina kan. Maka dengan itu office aku tutup selama seminggu. Yahoooo! Berjoget dalam hati. Kalau ada anak suami, boleh layan puas-puas. Tapi malang, semua mimpi. Belum sampai waktu. Atau tak tahu lah ada ke tak waktu macam tuh untuk aku?
Ah..tak payah nak buat cerita sedih mengenang nasib diri ye. Tolong sikit!
Ini adalah antara susulannya cerita sepanjang cuti sakan itu!
Lagi berligat-ligat sebab dikurniakan Bonus dan Angpow dari boss. Tocei boss..tocei...next year boleh kasi lagi...heheheeh...tak malu! Tapi serious....ini dipanggil motivation ye rakan-rakan... :-)
Ini ada kaitan dengan entry yang lepas ye.
31 January is Her birthday.
Biasa lah ya. Telefon dari siang, tanya nak apa. Dia cakap "tak tau nak mintak apa". Kebetulan pulak dia baru balik dari Kelantan gara-gara sekolah cuti raya juga, kan...
Sooooooo...sebab dia ada kakak yang suka nak buat sesuatu di hari jadi seseorang (walau sikit)..maka dengan itu...malamnya kakak yang baik hati (eceh!) telah membelikan sebiji kek. Sikit lagi kedai nak tutup. Kalau tak dia hambat suruh balik. Tak kuasa nak layan kami. Lain lah kami Paris Hilton ke...adik-beradik Kardashian ke kan? Hahahaha..bongok! Contoh merepek!
So...saksikan lah:





Baik lah...
Srott..sroottt...good bye yummy food...eceh!
Sikit cerita untuk kejadian ini:
Sebenarnya disambut ketika waktu hampir menjengah ke tarikh 01 February. Hanya berkesempatan memotong kek dan saling bergambar kenangan setelah keadaan kedai tidak dipenuhi pelanggan lagi. Paham-paham sajalah. Masa kami banyak dihabiskan di kedai berbanding di rumah. Siapa macam aku, dia faham lah. Siapa yang tidak faham, jangan susah otak nak faham, melainkan kau sendiri yang rela hati untuk memahami (apa kau cakap nih Nozie?)
To Yuyu:
I love you so much. Belajar rajin-rajin. JAdilah anak yang baik untuk ibu bapa mu. Tahu tak berbuat baik kepada ibu-bapa besar pahalanya? Dan pastikan dalam diri kaya dengan sifat mahmudah. InsyaAllah, kau akan selamat.
OK...
02 Feb 2011
Saya tidak ke mana-mana. Hanya mengadap rumah sahaja. Membelek. Boring sangat. Apa boleh buat...Hmmmm...Rasa macam mahu menangis jek... (simptom orang tua kot?hahaha)
03-04 Feb 2011
Kedai ibu bapa tutup. So kasi mereka berehat puas-puas. Hajat nak bawa pergi makan-makan. Tapi saya tengok semua terlentok layan tidur puas-puas. Saya pun keluar.
03 hb teman Makcik saya. Cadang hantarnya ke rumah satu lagi mak cik then terus pulang. Tapi lain jadinya, saya terheret sekali ke kancah aktiviti shopping-shopping mereka di One Utama. Zasss saja lah. Masa pergi itu pun dah petang-petang dah.
So ahli-ahli yang terlibat dalam aktiviti ini:
1) Makcik 1
2) Makcik 2
3) Sepupu yang baru umur 5 tahun lebih
4) Saya
Pung pang pung pang. MAkcik membeli-belah secara sakan. Saya pula hanya window shopping sahaja. Nafsu membeli tak ada. Atau tak tahu nak beli apa, mungkin. Memang tak trendy la kau ni Nozie ooii... :-( . Tak fun ahh! Hahahaha...
Sebelum balik, makan:


Saya balik seorang. Makcik nombor 1 dan sepupu umur 5 tahun tuh tidur di rumah makcik nombo 2.
Balik rumah. Tengok mama dan Yuyu makan Maggi. Alahai...rasa serba salah dalam hati sebab tak bawa mereka keluar makan.
Kami Borak-borak macam selalu. Saya tengok HP buruk saya yang makin buruk. Bila dapat bonus ni macam ada aura gatal-gatal aje rase. Macam semacam. Tapi takpe, simpan niat dulu lah. Sabar ya..sabar.
Anyway, Thanks to Mok Na (Mokcik 1) sebab sudi meng-offer suruh follow. Kalau tak saya mesti lagi kecewa. Saya bukan boleh sangat duduk diam-diam nih. Sebab dah biasa busy kan hari-hari.
Esoknya, 04 Feb 2011, Tak boleh jadi tidak...Saya kena langsaikan juga niat saya. Bawa family makan-makan. Bukan senang untuk keluarga saya berkumpul ye kawan-kawan. Sebab faham-faham sajalah. Siapa tak faham tak apa. Kamu bukan ditakdirkan untuk memahami. Eceh!
JAdi? Mana mahu tuju? Kami ke Sunway Pyramid! Wiiiiiiii! KAsihan ibu bapa saya, tahu tak? mereka jarang ke tempat-tempat begini.
So what we have for our lunch that day? (time tuh pun nak pukul 3 baru keluar rumah)
Siap masing-masing semua simpan perut. Sebab saya dah canang-canang dari semalam nak belanja makan. So kena tunai janji. Lambat ke cepat, kena tunaikan. Seperti dijanjikan, we had: (sorry, saya nak tempek banyak gambar. Buat kenangan. If jemu, jangan scroll..hehehe)













Saya? Semua saya share! :-P

















Mama dengan abah bukan boleh jalan banyak-banyak sangat. Mengah katanya. So kami bergerak ke destinasi seterusnya laju-laju, iaitu ke Mydin USJ. Aku suka Mydin nih. Besar.
Oh...Abangah masih tiada dalam aktiviti sebab dia dah macam Abang Bangla atau Abang NEpal. Kerja. KAsihan. NExt time mungkin boleh belanja dia.
Aktiviti kami tidak berakhir di Ayam Penyet. On the way pulang ke rumah, singgah pasar malam hari Jumaat dekat Subang Perdana. Habuan malam adalah seperti di bawah ini. Memang sakan perut dimanja dirodok segala macam.
Mihun sup...sedap! Suka!


Apam balik hijau. Di letak pulut hitam dan kelapa di dalam nya. Ok juga rasa dia..
Well, sebab aku ni certain thing agak konservatif sikit, makanya saya lebih suka yang apam balik biasa itu. Mungkin sebab ada kacang kot...hehehe
TAMMAT dah MArathon!
Chow!
Oh...Abangah masih tiada dalam aktiviti sebab dia dah macam Abang Bangla atau Abang NEpal. Kerja. KAsihan. NExt time mungkin boleh belanja dia.
Aktiviti kami tidak berakhir di Ayam Penyet. On the way pulang ke rumah, singgah pasar malam hari Jumaat dekat Subang Perdana. Habuan malam adalah seperti di bawah ini. Memang sakan perut dimanja dirodok segala macam.




Well, sebab aku ni certain thing agak konservatif sikit, makanya saya lebih suka yang apam balik biasa itu. Mungkin sebab ada kacang kot...hehehe
TAMMAT dah MArathon!
Chow!
Nota Tambah:

No comments:
Post a Comment