Wednesday, March 23, 2011

Degupan Deras Dag Dig Dug!

Degupan deras tiba-tiba berlaku..eceh! macam disantau ke disantap ke ape tah...

Memetik beberapa situasi umum nya terjadi bila (yang boleh difikir secara laju-laju) :

1) Kau buat salah, kau takot, kau taknak orang tahu. Tembelang pecah ah

2) Bila kau rasa macam cikgu/lecturer macam nak point dekat kau, nak tanya soalan dekat kau, tapi kau taktau jawapan

3) Bila gadis/jejaka idaman duduk lalu depan kau

4) Tiba-tiba gadis/jejaka idaman ajak pergi date.

5) Bila result periksa nak keluar

6) Bila nak buat ujian memandu

7) Bila nak naik pelamin...kekekeke

8) Bila tiba-tiba kau kena jumpa bakal mak pak mertua...

9) Bila kau nak bersalin. Kau dag dig dug duk fikir macam mana nak keluarkan baby kau. Yang suami duduk dag dig dug tunggu semua selamat.

10) Nak masuk dewan periksa

11) Kau cuak sebab kau bawa "toyol" dalam poket seluar

12) Bila kau terlibat dalam accident. Kau rasa macam jantung nak terkeluar. Tak kira lah kau langgar dia ke dia langgar kau.

13) Nak pergi attend interview mintak kerja.

14) Jantung kau kencang-kencang bila kau sedar kau sebenarnya terperangkap dalam satu kebakaran dan kau saja ada sana untuk padamkan api dan lepas kan diri.

15) Bila kau jadi ibu, kau doakan anak kau membawa keputusan yang baik dalam slip periksa dia. Time kau mengandung, tiba-tiba kau bleeding atau air ketuban pecah..kau pun dup dap dup dap rase, kan?

16) Bila kau jadi Guru, kau pun nak degup-degup juga tunggu result anak murid kau. Terutama sekali kesuksesan mereka dalam subjek kau ajar. Mahu tak cuak, lagi-lagi hasil pertama "air tangan" kau?

17) Kerja dekat tempat baru, lepas tuh dup dap dup dap semua orang usha konon macam tengok awek paling seksi dalam dunia..padahal selebet..

18) Dup dap dup dap time presentation zaman belajar sebab cakap mat saleh..then kene tembak dalam mat saleh language lepas tuh terkial-kial backup diri dengan guna perkataan yang paling terlintas dalam otak.

OK lah...penat nak list...

* patut hari ni lunch hour kena tonton "Gemilang" dekat www.tonton.com.my ...tapi buat lain pulak...tapi saya nak ucap ini saje


SELAMAT MENERIMA KEPUTUSAN SPM 2010 KEPADA SEMUA CALON...



- ada yang melompat gembira, ada yang menangis terduduk, walau apa pun reaksi, tahniah untuk kamu. Kepada sesiapa yang kecewa, ingat lah, ini bukan noktah akhir untuk kamu maju ke depan. Ada berjuta langkah di depan kau, cuma kau perlu pilih yang mana kau mahu ikut..

- S.P.M -------> Sijil Pinangan Malaya? ----> Aku pernah terfikir, time aku dulu-dulu, agak-agak ada tak orang nak masuk meminang aku. Tapi takde pun. Zaman dah berubah, Bunga di taman tak semestinya berebut-rebut orang nak petik....zaman dah berubah..srot..srot....kalau tak mungkin aku dah ada anak 6 kot! kekeke

Tata!

No comments:

Post a Comment