Wednesday, March 2, 2011

Kau Introvert Macam Minnie Mouse ke Exrovert macam piring Astro?



Gila panjang tajuk! Benci aku tengok. Tapi tak ape.

Hahaha..gedik! baru ada Formspring 3 saat yang lalu, terus gedik buat post. Sebab dapat soalan siap-siap dah kat form tuh.


Balun..jangan tak balun. dulu-dulu time aku form 5, aku involved dengan aktiviti Mentor-Menti dekat sekolah kesayangan aku - SMT Klang. Ha...ada sape-sape sekolah situ tak? Walau sebenarnya idak lah best ape sangat, tapi kenangan di situ dan berkawan-kawan secara ramai-ramai buat aku happy. Almaklom lah...1st time duduk hostel. Jakun ah sikit gamaknya. Hahahaha

Anyway...hajat aku makbul lah nak duduk asrama setelah permohonan MRSM aku tak berjaya.. :-(...srot...srottt!

Eh? kita cakap pasal apa tadi? Oh..Introvert & Extrovert. Yang melalut cerita asrama /sekolah tuh sebab time tuh kami (mentor-mentor) kena buat kuiz ah cek personality bagai. Tapi sayang...aku tak ingat apa dah.

So? Apa kemenda nya Intro/Extro-vet nih?

Kita mulakan dengan:

1) Extrovet.

Ini adalah BUKAN sejenis piring Astro ye puan-puan. Dan dia bukannya sejenis sale macam Extravaganza yang tengok apa pun semua pun nak sambar nak beli ye puan-puan. Hehehe..Ini adalah watak seseorang sebenarya. Mereka yang bersifat begini mempunya ciri-ciri comel seperti suka untuk menonjolkan perbuatan, suka bercakap, mengkritik, beri pendapat dan juga comel kerana suka bertindak dahulu sampai mungkin terlupa nak fikir. Lepas buat baru terfikir. Comel kan?

2) Introvert

Manakala Introvert pula bersifat inner (ke dalam) macam innie-minnie-minnie mouse. Juga comel. Oleh kerana sudah kasi can dengan Extrovert untuk menonjol, maka minnie-innie-introver lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Sebab mengganggap diam itu lebih comel dan baik. eceh! Dia tidak suka memulakan sesuatu melainkan telah berfikir puas-puas sampai sakit kepala dulu. Dan kebiasaannya si Innie comel lebih prefer bertindak balas ke atas sesuatu sahaja. So agak-agak, penat tak tunggu orang fikir betul-betul dulu ni? Kau rasa?

Ada paham? boleh imagine tak akan kecomelan 2 watak manusia nih?

"Errrr...kami bluur la...tak paham kau cakap apa. Tak boleh imagine ah! Kami tak tau ah kami comel macam Astro atau comel macam minnie mouse. So macam mana?"

Alah...mudah saja...sebelum tengok ke orang lain, elok kamu tengok diri kamu dulu. Fahami diri kamu sebelum kamu sibuk-sibuk nak faham orang lain. Atau kata yang pedas sikit, kau jangan nak busy body amik port cerita orang lain, mengata orang lain, sampai kau lupa yang kau ada diri sendiri untuk ditenung dan diteliti. Hahahah..

Jadi! Kau pergi buat test dulu ah. Baru boleh gebang kan?

Sesiapa yang macam malas nak main soal-jawap banyak-banyak macam polis, boleh ah jawap dekat sini:

Tempat Simple 1
Tempat Simple 2
Tempat Simple 3

Atau search la mana-mana kau suka. I Ok jek! heheheh

Tapi if nak lebih detail, ciri secara spesifiknya...kau boleh ah buat dekat sini. Sabar sikit la nak tick-tick-taC- toe (eh)

Detail Juga

atau mana-mana kau suka. I OK jek...miah!miah!miahhaha

Alah kau nih! gile ah malas! tick jek pon...bukan kena lukis muka Himawari atau kena tulis 8 karangan. apa susah? :P

Ok, macam biasa, aku akan meng-Google segala macam info tentang sesuatu. So aku nak tempek secara dasar ah. Dicuri dari WikikiBurger



Align CenterKalau hang tuh 50-50..kau Ambivert ah! Jangan pulak blurr, OK?

Tak cukup dengan itu. Jumpa pulak JODOH. Hahahaha...Bace ah! Tapi toksah la percaya sangat. Kalau dah suka, apa sebok kau nak fikir pelik-pelik, ye tak? Jangan dan-dan tuh kau mula ah fikir tak suka pakwe/makwe kau sekarang (melainkan kau MEMANG tak nak ah!). Ini sekadar usaha yang kau boleh buat (untuk orang yang berhati-hati dan cerewet atau trauma dengan pengalaman dilambung cinta sakti..ceh!)

Nah, angkut lagi...aku bagi LINK time kau free nak explore. TIME FREE JEK BARU BELEK!..

Nak lebey lagi? AMBIK!


Apa yang kau boleh dapat dengan menghabiskan sikit waktu melayan benda lagha nih?

1) Untuk mengenali diri kamu. Menghargai ciri-ciri positif. Memperbaiki watak negatif demi kesejahteraan hidup.

2) Melatih untuk kau fikir, no body perfect.

3) Membuat kau lebih faham/alert dengan sekeliling kamu. Bukan semua orang macam kamu, dan kamu bukan same macam orang lain sangat. So kena faham kat situ.

4) Membantu proses mengenali watak orang idaman kita. Rasa macam comel ke tak untuk kau?

5) Semua orang special

6) Boleh kenal secara jauh seseorang sebelum kau nak mengorat dia! Takde ah nanti cakap "Hampeh ah mamat nih. Aku tengok ingat ngam. Rupanya tak masuk langsung! Gua nyesal!"

7) Macam biasa lah, kalau nak pergi perang, kena buat plan dulu. Kalau tak kalah. So! Kalau kau nak kenal orang, kau kena study dia juga. Then decide. So kalau tak minat, kau diam. Kau minat, proceed. Aku restu. Hahahaha (Sape cakap? Aku yang cakap...kau taknak dengar pun takpe, gua OK jek!)

8) Macam biasa, aku malas nak bagi alasan tunjuk sebab dah. Lu pikir sendiri eh :-P

* Yang penting kita semua comel-comel kan? :-)


--- > Teka, saya type mana? (scroll aje ah..dah ada jawapan)




















INTJ
(boring...rite? apa betol ke aku jawap soalan nih? Patot lah...:-P)
aPOKoBOnDO nih jang oii?

Bye...selamat beramal ;-)

## Info gedik:

Ada quote :

“kelompok minoritas di antara kebanyakan orang, tapi mayoritas di antara populasi orang-orang berbakat.”


- So aku kena cari bakat aku apa lah kan? mungkin tergolong dalam golongan orang yang paling ade bakat, amacam?

No comments:

Post a Comment