Thursday, March 24, 2011

Tutorial 1: Autocad (Intro)


Salam...

Haaaaaaa kau....tak semena-mena, tiba-tiba nak buat tutorial bajet macam terer-terer jek ye? Hahahaha...anyway, share ilmu itu bukan kah bagus? lagi bagus kalau dikembang-kembang.

Siapa yang dah terer, tak payah la baca sangat sini. Buat malu I je..sebab I bukan banyak ilmu pun. Just to share something that I know saje.

Cikgu (eh? tiba-tiba) taknak lah terangkan pasal apakebendanya menatang Autocad ni ye. Saya assume semua tahu apa itu (yang berminat mestilah dia tahu kan?)

Actually, I have no idea how to start the simple tutorial. But basically, I will start with the basic (not super duper lah) comand to start. Hope yang sedikit ilmu macam "angin lalu" ni boleh membantu kamu.

OK Adik-adik..lets start:

Ada 2 kaedah dalam meng-apply command untuk menghasilkan sesuatu.

1) cara mengkklik icon (cara paling glamer kebanyakan orang yang saya jumpa lah)
2) cara menaip command semata tanpa perlu tehegeh-hegeh klik icon.

Saya menggalakkan cara ke dua demi masa depan kamu demi kepantasan masa. Eceh! Trust me. Campak ah dekat kau Autocad version berapa, 2001, 2005, 2010 ke, 2020 ke..what so ever, kau boleh hidup. Takkkan terkial-kial.

Macam mana kau nak tahu apa command dia?

Pergi macam tunjuk dalam window, then kau orang print lah.

Tools - > Customize -> Edit Program Parameters

Klik image untuk tumbesaran ya?

Akan appear notepad, so all the standard COMMAND (universal) di list kan dekat situ. Anda tak semestinya kena hafal sibijik koman-koman itu, anda boleh TAMBAH, JANGAN BUANG command-command tersebut. OK?

Contoh:

Katakan kamu mahu buat Circle (bulat) ----

Kalau type commmand, kamu hanya perlu type "C" dan Enter saja, tapi kau rasa macam "C" for circle leceh, kau suka "BU" untuk bulat. So kau tambah la BU dalam notepad dan save. Faham? Jangan buang command asal tuh, OK?

---> details, kau baca lah notepad cakap apa, OK?

OK, tammat

Next Tutorial, kita akan belajar komponen yang berada di "Draw" pula.

Bye, cikgu nak pergi isi tangki perut..


3 comments:

  1. owh,i love it. pasni aku akan byr yuran dgn hanya klik je. hehehe..tQ

    ReplyDelete
  2. Ya..bayar yuran dengan tolong klik iklan nuffnang yang selalu ada di sebelah kanan atau header page saye tau...

    saya serius nih..suruh klik iklan-iklan tuhhh...

    ajak kwn2 skali...

    hahhaa

    ReplyDelete
  3. ya, sy suka taip command dari guna icon, lbh mesra autoCAD gitu :D

    ReplyDelete