Betul.
Eh? Apa yang betul nya Nozie?
Aku cakap, memang betul kadangkala kita perlu "pencetus", baru kita bersemangat. Contoh? Semangat memasak. Hahaha!
Aku tak tipu. Kau ingat senang ke kalau orang yang bukan hobinya memasak tapi tiba-tiba dia semangat beli barang masuk dapur bagai? Siap usha resipi dekat internet..
Tapi kalau setakat "pencetus" suam-suam...tak apa jugak...ini yang selalu tempek hasil kerja tangan yang halus membaking cake dalam FB tuh yang tak tahan. Tengok glowing-glowing melting-melting macam saliva sendiri menjejeh...tak ke jeles?
Tuh la orang cakap pencetus semangat. Dia bukan lah sikap yang sama wujud time dulu-dulu bila surirumah nampak jiran dia beli emas sampai pangkal lengan, dia pun sibuk nak juga beli emas sampai pinggang. Nak lebih!
Bukan macam perasaan bila akak hujung kampung duduk renovate rumah sebesar-besar tanah, kau pun sibuk nak renovate challenge kebesaran rumah dia.
Bukan jugak, bila tiba-tiba kau siram pokok bunga tiba-tiba nampak lori Court Mammoth lalu depan rumah kemudian kau terhendap-hendap busy body tengok rumah mana yang beli perabut baru kemudian tiba-tiba kau jadi peramah pergi melawat jiran. Padahal kau dah lama pun tak jenguk. Tapi sebab kau nak tengok mahal ke tak perabut, kau buat la mesra. Kemudian balik bodek suami beli perabut lagi mahal lagi cun dari jiran tadi.
Bukan semangat begitu. Kalau begitu nama dia - IRIHATI. Not a good attitude kalau begitu. Betul?
Saya suka tau tengok kawan-kawan semangat mencuba sesuatu terutama sekali memasak. Memasak kek dan segala pencuci mulut. Sumpah kagum aku tengok. Terer gila memasak rasanya walau hakikat rupa hodoh je kek tuh! Kagum dengan ketekunan.
Selain semangat rakan-rakan keliling, insan-insan tersayang pon boleh kira jadi pencetus semangat. Contoh: Anak-anak ke, adik-adik ke, suami ke, boyriend ke...bakal suami ke...kekekekek! betol tak?
So! Sebab semangat la jua gua secara tak semena-mena membeli oven demi merealisasikan impian gua jadi ibu yang pandai/tahu buat kek untuk anak-anak. Hahahah! Gua pernah cerita hal itu di sini. Kejadian itu merupakan titik tolak semangat tak semangatnya aku nak mencuba sebab kebosanan. Tulus dari hati. Hangit pun rasa seronok sebab tak sangka boleh buat juga!
Apa yang bagus apabila kau bosan tapi ada semangat? Jadi macam ni. Buat 2-3 jenis benda kemudian bagi orang makan. Sebab kau tukang buat da tak rasa nak makan dah. Rasa sikit jek!
Panaskan oven 190 darjah...















Aku bukan apa. Nak cadang la kat adik-adik, kot semangat masak kek, beli la hand mixer seketol. Jangan jadi macam makcik ni dik Non. Sebab selalu lupa beli, maka berhempas pulas la memukul adunan pakai sudu sup la..pakai whisk lah...


Sebab kan rumah ni bahan-bahan dan peralatan limited, ini je la den buat mengisi waktu senggang...
Nasib baik adik laki aku mari. Aku paksa bawak balik! huhuhhu! Aku? Kemas-kemas siap pergi Kelana Jaya.
* sekian jumpa lagi dalam rancangan "Memasak Koboi"..
2 comments:
sgt lawakla entry ko nih nozie.... aku gelak2 x hengat kt opis nih.. haahhahhahahhaha.. anyhow... aku kagum ngn kesungguhan ko membakar segala nih... rajin yaaa amat!!!
heheh..thanks baca Aina. Tapi OK weh...cuba2 lah saja-saja. Kau jangan makan sangat, nanti gemok...kau bagi je org lain makan...
Once kau buat, PUASH hati...hahaha
Post a Comment