Takziah untuk mangsa gunung berapi meletus di
Beringat lah kita selalu. Ingat
- muda sebelum tua
- sihat sebelum sakit
- kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sempit
- hidup sebelum mati
(Kempis sebelum boncet?...isk..jangan main-main lah!)
Okeh, itu mukaddimah.
Sebenarnya, saya kecewa dengan performance saya ni. Walau pertama kali, dimulakan dengan semangat berkobar- kobar mengalahkan atlet yang berentap di Komenwel
Err…sebenarnya tidak. Tiada emas terlibat dalam suasana sekarang. Emas sekarang pun terus naik dan naik harganya. Mama cakap sekarang sudah RM140+. Fuh…kaya. Boleh rompak emas lepas ini. Eh?
OK, sudah!
Kembali ke plot asal.
Suasana sekarang adalah dipenuhi asap. Asap sepoi-sepoi bahasa (?). Sepoi-sepoi sebab asap yang ada belum mampu membuatkan mata ini berair-air. Bukan macam suasana meniup dapur kampung pakai serobong tu. Kamu tahu kah apa benda tu? Rumah arwah moyang saya still pakai tu. Tapi dapur gas ada juga (Cuma di pakai sewaktu cucu cicitnya pulang ke kampong, kalau sekadar berdua di rumah, selesa memakai dapur antik)…Hehehe…
OK..berbalik ke cerita asap tadi. Tapi yang bagus, dia mengeluarkan aroma yang menarik-narik hidung saya untuk pergi lebih dekat dan menjengah. Sungguh-sungguh excited waktu pertama kali menunggu hasil. Sangat teruja pada awal nya. Macam ternanti-nanti. Rasa macam ibu bapa tunggu kelahiran anak sulung agaknya. Entah.
Akan tetapi…
.
.
.
.
.
.
.
.
Isk..patah hatiku…eh silap…hancur hatiku….melihat dikau…jadi keping-keping setelah kau begitu rupa…
Biasa lah..kalau nak syahdu, kena nyanyi-nyanyi sikit
Siapa boleh teka lagu tuh?
Okeh…kau pandai.memang kau hafal lagu dan tak buta hiburan. Eceh!
Sebenarnya…
Sempena hari cuti umum (Deepavali…amma!), hari yang penuh barakah, hari Jumaat ini…
Saya telah menanam cita-cita serta citra untuk membikin sebiji kek sebab tiada aktiviti lain yang menarik. Ya puan-puan. Kek. Kan hari raya ni? Punyalah semangat saya. Siap sampai baca-baca resipi. Hafal-hafal macam hafal surah hafazan di sekolah dulu-dulu. Ingat macam nak buat kek yang canggih-canggih sooper dooper…tapi bila sudah waras…terkenang kemampuan diri, aku akur dengan hakikat. :-(
Jadi!
Saya baca resipi kek yang mudah-mudah sahaja. kalau kau tutup mata pun boleh. Tapi kalau aku yang tutup mata...maka hasilnya NGERI. Jadi aku kena buka mata ku.
Practice make perfect!
Berbekalkan semangat yang saya telah fikir-fikir dan kira-kira dan plan-plan dalam hati ini, sanggup saya membuat pelaburan jangkamasa panjang.
Haaa…macam saham kau ye? Main labur-labur ye? Tahu apa pelaburan dia?
Boleh memang boleh…tapi oven saya tidak mampu memuatkan seekor kambing sekaligus. Kena sabar, kena bakar kepingan-kepingan sahaja. Kecil sahaja. Oven ini hanya berkapasiti 19L.
Saya beli ini.
Lama saya usha-usha harga yang agak memberangsangkan. Yang paling minima tapi membuahkan senyuman di bibir serta kepuasan di dalam hati dan tidak lupa juga kegirangan menikmatinya hasilnya. Memadai lah. Kalau aku beli yang hebat-hebat, macam kena buka kilang biskut atau kek pula! Nanti banyak tempahan pula! Nanti anak-anak saya dan suami serta siapa-sipa akan kurang kasih sayang dari saya pula! Macam mana? Nanti siapa yang mahu basuh kain & lipat kain? Menggosok lagi? Hahahahaha! Merepek. Berangan, boleh lah…Harap maaf
Dengan semangat kental, saya mula lah membuat adunan macam dalam web saya baca tu (Sila google resipi berkenan di hati anda eh?)
Apa pasal kau tak beli yang segera sahaja? - suara sumbang berbunyi. Eh...tak...tak sumbang...kau layak untuk bertanya demikian sebenarnya...
Jawapan: saja…mahu mencuba thrill…dan bakat...hahahahaha!
Sukat-sukat. Matematik sikit (sebab saya baca adunan yang banyak…saya nak buat sikit saja..jadi kena main kaedah nisbah-nisbah pulak!). Kacau-kacau adunan dengan semangat.
Mahu tahu tak? Aku sampai bercita-cita nak beli hand mixer electric demi sebiji kek, tahu? Punya la semangat semangat aku ini. Tapi…sebab peruntukan yang dibenarkan oleh Puan Azira (kenal tak?) banyak itu pada bulan ini, jadi saya pun menahan gejolak nafsu tak bertepi ini.
Apalah dia orang ni…lain kali jual la Oven percuma hand mixer. Mesti laris jualan. Mesti stok habis berkali-kali sebab permintaan macam goreng pisang panas. Mesti masyukl. Dapat Bonus 8 bulan. Pok cik kayo!
Saya menggunakan pengadun manual. Mengocak-mengocak adunan. Tepung, air, mentega, telur dan apa-apa patut menggunakan kudrat tangan yang mampu menggoncang dunia (?). Pergghhh kau…ayat nak panjang sahaja. Tapi apa pasal kau SPM tak dapat A? Ah…kisah lama..tidak mahu pandang belakang lah! Kau bayang
Sambil godak dah siap preheat OVEN BARU saya tu. Bila sudah siap godak, letak dalam bekas, semangat dah makin tinggi baraan nya. Bila dah bunyi “TING” tanda oven dah cukup panas, lagi berbara-bara. Masuk bekas beserta adunan ke dalam OVEN dengan rasa takut-takut tapi berharapan tinggi. Baca doa.
Sekali…progress nya…
Aduhai..memang berbara-bara patah hati tau! Berbukit bukau hujan rintik-rintik ombak menggelombang. Tahu? Macam bumi merekah akibat pergerakan dalaman di mantelnya atau apakah? Macam di panah petir pun mungkin juga! Tapi tak mengapalah…
Rasa ada…tapi rupa…Masyallah..kau tengok pon kau kutuk aku. Tapi tak mengapa. Kutuk lah kalau mahu. Semangat saya masih sama. Pertama kali
Ha...ini lah kes gemba bumi ke gunung berapi yang terjadi dekat kek tuh. Patah hati I tau...sroot..srottt
Khas buat YUYU…Kak Long tunjuk kek sulung Kak Long.
Hasil...yang dalam loyang empat segi memang patah hati. Tapi yang muffin punya jadi pula! agaknya sebab level dia lain-lain kot! Yang empat segi tuh atas dia hangettt...uwaaaaa
Buat KAMU, walau kek ini tidak istimewa, tetapi saya buat sendiri teristimewa untuk hari berbahagia KAMU. Harap suka. Kalau tak suka tak mengapa. Boleh google untuk cari resipi lain. Saya pasrah…srooot…srooot…
Tengok..tengok..aku sudah puitis…
Tapi jangan lah mati akal. Walau tidak molek rupanya, kita boleh usaha. Orang yang gelap pun boleh jadi cerah. Inikan pula hanya kek. Saya telah mengubah penampilan kek yang tidak comel itu menjadi…
Jeng!Jeng!Jeng!
.
.
.
.
.
.
.
Cake Makeover...hehehehe...baru la poyo selera nak makan...sarat kan? saya potong-potong yang bahagian hangit & bukit bukau tu. tiba-tiba jadi bentuk empat segi panjang,..Zasss je la
OK…siapa yang tarikh hari jadinya jatuh pada hari ini (06 NOV)…anggaplah saya tujukan kek yang tak seberapa ini istimewa buat kamu. Berbesar tak hati anda terima handmade kek dari saya? Jika berbesar hati, saya juga sangat lah berbesar hati dan terharu…isk..isk…isk…
Selamat bertemu kembali dalam rancangan Membuat Kek Bersama Akak ZiZi.
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment