* Macam biasa, entry pekasam yang tidak berapa cukup asam & garam
Ya ya ya...kita bersiaran lagi secara tak sengaja. Sebab saya break-time about 10 minutes setelah berusaha gigih menatap skrin monitor dan segala details. Naik kelabu dan juling-julingan jadinya mata ku ini. Oh! Tapi? yang di tatap skrin monitor untuk waktu break mengapa? Adakah serupa macam tidak break?
Err...ini semua adalah kerelaan hati ku....hahhhaa!
Pada suatu petang sejuk-sejuk dalam office terus ada mentol menyala dalam kepala saya. Perut macam ber keriuk-keriuk. Terus terlintas alangkah sedap dan enaknya jikalau dapat gigit-gigit ayam panas-panas yang bukan macam KFC, tapi macam ayam pasar malam yang jual RM5.50. Siapa tahu?
Oh ayam RM5.50, datang lah! (intonasi Sailormoon memanggil kuasanya - siapa tak tahu intonasinya, Maaf, bantuan lain diperlukan!)
Terus gedik-gedik buat status FB demi berkongsi perasaan dengan rakan-rakan.
OK, petang Isnin memang tidak dapat menjengah pasar malam akibat kehujanan. Tapi tidak mengapa, ikhtiar boleh ditunda sehingga 3 kali dalam seminggu keranaterdapat 4 pasar malam dalam seminggu di kawasan saya. Amacam? Macam makcik-makcik pasar malam tak I? Kehkehkeh!
Akhirnya, Rabu dapat kita bersua wahai ayam RM5.50 pujaan. Muah!








Yang jadi kemuskilan saya...
Baru perasan macam ada 2 kedai jelmaan.
Aik?
Sama kah?
Bye!
Update!:
* tadi pagi (01 January 2013) dekat Bazarena Shah Alam (ala pasar pagi dekat Stadium tuh) jumpa pulak "Uncle Wan"..oh! Musim eh?
No comments:
Post a Comment