Wednesday, February 1, 2012

Nang nang nang! Ganu Kiteww!


Well,

Sempena cuti yang panjang berjela, aktiviti utama yang dirancang hanyalah "melawat saudara jauh". Itu sahaja. Abah buat keputusan untuk melawat Pakcik Saudaranya. Jadi? Makna kata Datuk Saudara kami lah kan?

Namanya kami panggil "Pok Jik". Patut "Tok Jik" la kan? Tapi sebab terikut-ikiut panggilan yang digunapakai Abah, so saya pun ber "Pok Jik - Pok Jik" saja.

So...here we are wahai Kemaman! Yeayyy!



Memang cuti saya panjang. Tapi penziarahan ini tak lama. Ahad pagi hampir jam 12 bertolak dari KL. Kemudian esoknya Isnin dalam jam 11 pagi berolak balik KL semula dari Kemaman. Kejap sangat.

Sempat tidur semalaman sahaja. Celik-celik mata, bangun bersiap, sarapan, borak sikit, usha keropok gote (lekor) semestinya. Kalau nak ingat-ingat, harus nak duduk lama-lama. Boleh la melawat macam-macam tempat. Pergi Tanjung Kalong mungkin? 

Saya sendiri rasa macam tak pernah sampai Terengganu. Apatah lagi Pulau-pulau cantik itu. Kesian tak? Jadi mungkin harus plan next vacation together again.

Ini pun kalau tak sebab business, harus kami duduk lama lagi. Kedai parents off 2 hari jek! apa boleh buat..hidup mesti terus...ye tak?

OK. Macam biasa - saya selaku pemandu. Yiba-yiba yiiihhaaa!

Pintu Gerbang "Selamat Tinggal Terengganu"....

Pintu Gerbang "Selamat Datang Pahang"...

Co-pilot sebelah? Hmmm...


Syabas mere bette. Aku memandu seorang diri ditemani kamera henset. Perjalanan yang ke 123456km untuk hijau ku...punya berhabuk ini dash board!



Singgap-singgah lalu Teluk Cempedak kejap...usha-usha....Oh....kan best kalau banyak masa? Mesti boleh gedik-gedik mandi pantai. Lepas tuh Yuyu pon jeles! :-P


Awan nano meneduhi kita...Subhanallah..Maha suci Allah...cantiknya...


Jalan-jalan lagi, singgah Cherating pulakkk....singgah pun jadi lahh... 


Errr..dalam handset saya gambar pasir jek ada? aiiyoo!

Kita skodeng ketam kecik-kecik dalam lobang aje eh?
 
Sememangnya gaya pemanduan hari itu adalah santai-santai. Syukur Alhamdulillah kami tak terlibat dalam kesesakan jalan raya pun. Punya lah nikmat memandu.

Sampai rumah Pok Jik dalam jam 6.30petang macam itu. OK juga masuk Terengganu ni. Suasana dia tak macam masuk Kelantan. Saya rasa Kelantan pembangunan dia agak kusam-kusam sikit. Tapi Terenggani teratur. (padahal yang aku sampai ni pun cuma 60km dari sempadan Pahang jek pong! Dalam-dalam mana ada aku tengok!).


 Sarapan kami...tapai?

No...Ini nasi dagang Terengganu (belom tuang kuah lagi)...terbaekkkkk...I like jek! RM1.20 jek!
Pok Jik tak suka yang Terengganu,,dia suka yang Kelantan!




Arah balik KL, naik kuala kejap, tengok keropok gote..keropok lekor la tuh...certain people dekat Kelantan ada panggil kepala keropok! (gambar terpaksa Google je. Tapi memang kedai cap Intan la kami beli...terasa betol akan ke-ikan-an dia)
- photo source: SINI 


Yang ini proses gentel-gentel (sebab tuh panggil gote)
- Photo source: SINI



Yang rebus sedap ooi!
- Pho source: SINI dan SINI

 Yang aku snap cuma ini jek?
(siap masa sampai situ owner terus tanya "dah booking belum?"..wahh! Terpaksa la kami menunggu lepas settle orang yang booking....adeii)


 

 
Jangan dilupa Sata & Otak-otak...


Sata...

Otak-otak...



 
Isi otak-otak dia tak macam sini lah....lainn...ikan fresh...ditempek paste kot?



Abah dan Mama (tak ready pong!)
Sebab semalam berpusu-pusu orang tunggu turn dekat signboard nih, maka arah balik KL je la kami singgah ambil gambar..Ini je la mampu dengan henset ku ituwwww
(gambar-gambar lain dalam kamera canggih Abangah)


- dah la...dah habis cerita pergi Terengganu dah. Nanti ada waktu boleh pergi lagi! Kasi ronda! Jom!

No comments: