Assalamualaikum.
Pernah saya cerita pasal nasi tiruan. DULU.
Tapi hari ini saya nak cakap lain pula. Saya nak cakap pasal Quinoa. Cara sebutan macam bunyi "Kinwa".
Quinoa ini ialah yang kelihatan macam nasi apabila dimasak yang berasal dari Amerika Selatan amnya, khususnya di Pergunungan Andes nun di sana. Digelar superfood. Sesuai sangat untuk orang yang berdiet dan berpenyakit macam sakit kencing manis sebab dia berkarbo rendah dan berprotein tinggi. Karbo bukan karbonat ya adik-adik. Akak nak cakap karbohidrat. Hehehe
Kalau nak masak, kita buat macam cuci beras. Tapi kena cuci lama sikit kasi bersih kalau tak terasa kepahitan nya disebabkan oleh saponin nya. (sapo saponin nih?? ni yang sarung luar tuh..kalau beras ada sarungnya kan..apo ko namo dipanggilnya?). Dia masak nanti mengembang macam nasi. Boleh makan dengan lauk pauk. Boleh digoreng. Alah, kamu imagine nasi sahaja lah. Mudah.
Mana nak dapat bendalah ini?
Sepanjang pemerhatian saya, ianya boleh didapati di pasaraya yang ala-ala Cold Storage, Presto etc. Dekat tempat-tempat yang macam ini banyak jenis bendalah ni. Carrefour saya tak pastilah pula.
Ini rupa Quinoa yang dijual dalam peket. Terdapat di Sunway Giza (Kota Damansara) - Aku lupa la persto ke Cold Storage ke apa..huhuhu. Macam-macam jenis:
Ini bukan makanan ikan atau makanan hamster OK...
Yang merah...red quinoa
Ya puan-puan dan tuan-tuan. Orang kampung tak biasa benda macam ini mesti terpinga-pinga nak masak nak guna macam manakan?
Tak apa, tak apa, saya sediakan satu resepi. Tapi resepi ini bukan saya reka. Tapi dipinjam dari dapur Mak Long. Mohon Mak Long izin kan la saya kongsi-kongsi kan...
Quinoa Pilaf
Bahan-bahannya
1 cawan quinoa
1 sudu besar butter atau minyak sapi
1 camca teh parutan halia
1 cili hijau
1/4 bawang besar dicincang halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/4 camca teh serbuk kayu manis
1 3/4 cawan air
1/2 cawan kacang pis (frozen)
garam secukup rasa
Hidangan 4 orang
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang dan kacau selama 4-5 minit.
Masukkan halia, cili hijau dan serbuk kunyit, ketumbar dan kayu manis.
Masukkan quinoa yang telah dicuci bersih dan air. Masukkan garam.
Biarkan mendidih sehingga quinoa mengembang dan berekor. Kecilkan api
dan renih selama 15 minit. Masukkan kacang pis, kacau dan tutup sehingga
semua air telah menyerap ke dalam quinoa
Selamat mencuba! Resepi lain boleh pergi dekat Mak Long atau sini lah untuk ala-ala style Mat Saleh. Sebelum itu mari baca ini info:
Klik untuk penambahtumbesaran...
OK di akhiri dengan.....
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
Yang ini bukan Quinoa itam putih, tapi ini salah satu penyumbang diabetic...tapi sedap la bendalah berupa macam ini kan?
haaaadoii
sekian. Bye
No comments:
Post a Comment