Thursday, November 22, 2012

Planning: Ketemukan budak-budak baru nak "up" ...


Salam,

Macam mana nak mula eh? OK. Siapa yang rindu kawan-kawan dia? Rasa macam feeling-feeling touching-touching semangat nak jumpa kawan sekolah atau kelas? Hands up!

Salah satu itu aku lah. Bermula dengan tak sengaja. Zura up dekat facebook dia terserempak dengan salah satu member kelas. Terus tak semena-mena macam pop-up! Ting! Jom buat reunion.

Dan tak semena-mena aku pula ringan sahaja tangan buka Grouping dekat FB. Terus invite orang-orang berkaitan. Trace siapa-siapa yang hilang "tapak kaki". Kira macam fully track ala-ala detective lah. Walhal nak buat reunion je pun kan.

Berbekal kegigihan dan semangat sepasukan, kita-kita ni usahalah menjadikan realiti. Kalau hangat-hangat busuk-busuk tahi ayam i tak main youuu...eceh!

Bagi aku lah, personally, tak boleh tak, agenda ini kene jadi. Kena successful. Kira macam kalau macam kata bidalan bunyi lebih kurang "biar apatah...biar sampai pangkal lengan". Mesti nak jadi. Sebab

1) Dah lama gila tak jumpa. Personally, aku dah tak jumpa mereka sejak aku tinggalkan sekolah Teknik - iaitu 12 tahun dahulu

2) One of us - Safa nak pergi jauh. Belayar. Eh tipu, dia tak belayar macam Popeye. Tapi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Canada. 4 tahun you...

3) Mengeratkan silaturrahim. So boleh la update bertemu muka segala kan...

Grouping dekat FB pun bukan main laju. Kalah trafik kot. Memang siapa layan gila pitam kejap. Banyak gila kot post. Imagine lah kami-kami tak glamer bukan public figure ini mampu menerima beratus-ratus notification dalam sehari. Tidak kah berasa macam ala diva gitu? Hahahaha..Kami kongsi segala momen sambil gelak-gelak. Tak koman juga ramai yang rajin upload gambar. Dan..tak koman juga ramai yang sudah lupa ingatan akibat kotak memory low kot..hahahah! Minum jus semut! Hahahaa

Motif:


Menyemarakkan hubungan silaturrahim muka budak-budak baru nak up macam kat atas ini. Masa ini umur 17tahun. Sweet sangat.


Planning:


Memang track closely lah. So ada lah dalam 25 orang mengumpulkan suara bersetuju nak reunion. Maka official event di-create-kan.


Finally:

We can make it! Dalam 18 orang berjaya menjadikannya reality. Cuma dalam gambar ni terlepas satu orang sebab lambat. Masa ini umur kami? ____ (sila isi tempat kosong)

Makcik yang kepochi ini pula telah pulang sebab ada urusan lain nak selesaikan. Kalah Y.B I tell youu..

Khas buat rakan-rakan kelas PKA1 SMT Teknik Klang (SPM 2000). U all memang best. Aku harap hubungan kita bukan takat di sini sahaja. Tapi berpanjangan dunia akhirat.

Thanks kepada yang meluangkan masa dan siapa yang tak dapat tu semoga lain kali kita jumpa lagi dalam teater "Puteri Gunong Ledang". (Eh!!? - korang tak kan paham, kami je paham. Hahahha!)


p/s: anyway cuba korang compare dengan gambar atas sana. Hahahah! Awet muda kot kami ni! (nada perasan)..wakakaka * Pergi ambil baldi dekat sana dan muntah

Bye! Nanti cerita lagi lah.

No comments: