Assalamualaikum semua...
Masih lagi nak gebang pasal hari pertama yang kami lalui di Sabah dengan berjalan kaki. Ya. Kami berjalan kaki sahaja ke sana ke mari bagaikan berjalan-jalan dalam kampung halaman sendiri. Tak sekali menaiki kenderaan kecuali menaiki kereta kawan Tina dari Terminal 2 ke Pantai Inn.
Selepas kami selesai membeli dan membelah Pasar Gaya, Kami naik ke atas hotel semula untuk mengadap makanan yang kami beli di pasar tadi. Sambil tunggu masuk waktu Zuhur. Buat Jamak Taqdim terus.
Kemudian siap-siap nak mengisi perut. Ya perut kami bagaikan kantung kanggaroo kot. Boleh sumbat makanan selalu. Aku tak pasti hanya perut aku atau perut semua orang. Hahaha!
Untuk lunch, kami hanya pergi selang beberapa pintu dari hotel kami sahaja. We having Sugar Bun! Terus teringat iklan TV nyanyi lagi Sugar Bun...Sugar Bunnn! (ada sesiapa alert dengan iklan di TV tak??)
Sebenarnya, aku sahaja kot gila snap gambar. Gambar merapu pun iya. Hahaha.
Waktu makan sugar bun. Buat perangai. Snap gambar kami bertiga secara muafakat sementara memanti makanan sampai.
Nak ingatkan. Ini entry bergambar secara kenduri. Banyakkkkk sampai sampai nak muntah korang tengok kot. Hahaha!
Sugar Bun..bukan Sugar Glider
Hasni & Tina jadi bahan model aku
Takkan gambar diorang je. Hati gua pasti jeles nak masuk juga kan. Jadi kami muafakat lah. Hasni pegang telefon..Tina tukang tekan butang snap. Pon jaaaadilahhh!
Juadah Hasni & Tina. HAsni ambil set kombo ikan - ada sayur taugeh tu sekali dengan air. RM12 je kot. Tina makan nasi lemak.
Eden makan set nasi ayam merah. Ayam dia 2 ketol bagi weh..
Setelah buat edisi sendawa-sendaw di Sugar Bun, kami pun mengatur langkah berjalan menuju ke Jesselton Jetty - Tujuan: Nak beli tiket ke Pulau esok siap-siap. Jadi kami hirup udara petang lah.
Perjalanan dari Pantai Inn ke Jesselton aku rasa ambil masa 15minit je kot?? Tapi takde la penat apa semua. Rilek jek jalan.
On the way ke Jetty dari Pantai Inn, kita akan melintasi bangunan. Ada The Store. Ada shopping Mall nama Suria Sabah. Nama ala-ala Suria KLCC pulak. Dalam dia banyak kedai tapi lengang la orang tak ramai. Tapi kedai best-best wo!! Siap ada Coach kau...hihihi
Sepanjang menuju ke Suria Sabah akan melintasi bangunan yang budak-budak conteng. Macam orang conteng dinding Sungai Klang tuh. Ada panggil? Graviti kan?
On the way ke Jetty dari Pantai Inn, kita akan melintasi bangunan. Ada The Store. Ada shopping Mall nama Suria Sabah. Nama ala-ala Suria KLCC pulak. Dalam dia banyak kedai tapi lengang la orang tak ramai. Tapi kedai best-best wo!! Siap ada Coach kau...hihihi
Suria Sabah...ada banyak kedai best-best
Sepanjang menuju ke Suria Sabah akan melintasi bangunan yang budak-budak conteng. Macam orang conteng dinding Sungai Klang tuh. Ada panggil? Graviti kan?
Bahan contengan anak-anak muda...nampak tak?
Cuba kasi zoom. Ikutkan gua...gua pasti nak bergambar kat tempat ini. Tapi siapa mahu layan gua yang sudah dewasa ini? Hahahaha
Jalan kaki sahaja ke Jesselton Jetty. Jangan risau. sebab jalan dia bukan sunyi. Ada banyak kedai-kedai.
Terus ke kaunter. Beli tiket siap-siap. Kami plan pagi-pagi hari esok nak pergi habiskan masa pergi Pulau. Snorkeling sampai pingsan.
Kami pilih untuh pergi ke dua pulau - Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kalau setakat nak main Island Hoping memang sempai nak pergi Pulau Mamutik. Tapi sebab nak snorkeling bagai, maka pilih la dua Pulau. Pulau Mamutik adalah kecil. - Kami dapat RM50 seorang (perjalanan ke 2 pulau dan bersnorkeling bersama alatan sekali)
Pemandangan dari Jesselton Jetty...
Buat perangai tepi jetty...bajet hensemm...hahaha...mengapakah foto ini berbentuk potrait? aiseii
Aksi terjun bebas?
Teman bercuti...tak sangka aku ada moment macam ini dengan kawan-kawan..sob sob
Perangai tak keruan 3 gadis datang ke Jetty
Hello...saya ingin bercakap sama chenta hati saya...hehehehe
OK, cepat...versi kontrol lagi...nyampah...
OK...free style..gasak lah...orang tengok pon buat tak peduli...hahahaha
Ok. cukup-cukup lah buat perangai kat Jetty. Selepas siap beli tiket nak pergi Pulau esok, marilah kita menghabiskan masa dengan mengisi perut untuk makan malam. Awal gila kot kami makan malam. Jam 6 petang kot baru? Gasak lah. Kami menuju ke Pasar Basah Sinsuran (dekat je dengan pasar Philipine).
Pemandangan dari Jesselton Jetty...
Buat perangai tepi jetty...bajet hensemm...hahaha...mengapakah foto ini berbentuk potrait? aiseii
Aksi terjun bebas?
Teman bercuti...tak sangka aku ada moment macam ini dengan kawan-kawan..sob sob
Perangai tak keruan 3 gadis datang ke Jetty
Hello...saya ingin bercakap sama chenta hati saya...hehehehe
OK, cepat...versi kontrol lagi...nyampah...
OK...free style..gasak lah...orang tengok pon buat tak peduli...hahahaha
Ok. cukup-cukup lah buat perangai kat Jetty. Selepas siap beli tiket nak pergi Pulau esok, marilah kita menghabiskan masa dengan mengisi perut untuk makan malam. Awal gila kot kami makan malam. Jam 6 petang kot baru? Gasak lah. Kami menuju ke Pasar Basah Sinsuran (dekat je dengan pasar Philipine).
Dari Jetty ke sana kami lintas balik la Suria Sabah itu. Sambil teroka-teroka dalam Suria Sabah.
On the way dari Jetty
Saja cari pasal dekat Suria Sabah
Kemudian sempat la cuci mata dekat Pasar Philine tuh kan...
Bahan kering...
Siapa mahu kuatt???? Ambil ini. Orang kedai la cakap...wakakaka
Melintas kedai kraf juga...cuci mata.. Ini dompet berupa katak...haiiyaa...aku syak katak ni mesti glamer di Sabah sampaikan dia dijadikan rupa cenderahati Sabah...
OK, sekarang sampai suda kita ke Pasar Basah Sinsuran. Dibuka setiap hari. Bermula jam 5 petang hingga 11 malam kot. Di sini kita akan dapat lihat ikan segar bugar. Segala sayur mayur juga.
Ini belacan. Bukan coklat. Nampak macam packaging menarik kan?
Ikan-ikan yang fresh. Cantik kan? Kalau rasa dia tahan macam nak bawa balik semenanjung tunjuk dekat Mama. Hahahah. Baru naik dari laut kot?
Kami pilih ikan susu - sorong-hinava dan latok. Hinava tuh memang style masak masin. Jadi tak payah ambil banyak sangat. air ambil air kelpa sorang sebijik. Kuah asam dia? perggh....sedap lah makan dengan nasi pans dengan ikan tuh.
Sesi semua senyap mengadap makan. Sopan-sopan.
Muka kenyang...
Kuih muih. Saya perhatikan macam kuih wajik amat mudah didapati. Adakah sebab orang Sabah suka ini kuih?
Ini murtabak ya. Murtacak macam dalam kulit popiah. kot??
Tengok kulit dia keras kot? Style sini la tuh kot kan...
Kuih muih lain...saya rasa harga kuih masih murah dan bersaiz besar juga...
Juga terdapat makanan tradisi Sabah. Seperti Hinava, Latok, Putu Ubi etc. Tak tersebut aku sebab aku pun tak tahu. Rasanya dia jual satu plastik ini RM2.Hahahah
Putu Ubi. Dia cakap biasa orang makan dengan nasi. Boleh la juga kawan dengan Hinava ke Latok ke..sukahati lah. Yang balut macam daun pisang empat segi tuh dia kata dodol.
Sebab tak pernah rasa. Mari lah kita beli. Mengikut arah jam. Yang panjang itu adalah putu ubi. Rasa? Pada saya lain kali saya tak nak dah. Mungkin salah cara makan saya kot? Kuih Penjaram (kalau kita semenanjung panggil kuih topi lah..kuih apong la kat Kelantan saya. Rasa sama jek). Yang macam cek mek molek itu kuih manis kot. Tapi totally different rasa dengan cek mek. Dia macam buat dari tepung pulut ke ubi tah. Kemudia luar tuh bersalur gula. Rasa dia liat-liat kenyal. OK juga rasa.
OK. sekarang kita sudah sampai section yang mengasyikkan. Bahagian bakar membakar. Dan bertambah menyelerakan dan menggeramkan ialah seafood nya. Walllahh~ Ada banyak gerai di sini. So kita pilih la nak yang mana berkenan di hati. Secara keseluruhan OK lah. What do you expect dengan kawasan pasar Malam? Takkan rupa macam Midvalley ke.. Sunway Pyramid ka? Setia City Mall ka? Paradigm Mall ka? atau koman-koman rupa macam Giant? (Eh membebel kau ni kan Nozie?)
Aha...tak ke macam nak tenganga aku yang jakun ini?
Bakar-bakar. Pilih. Nanti dia bakar lagi untuk panaskan. Eh..ini belum kagum sangat...biasa je
Yang ni nak buat perut keroncong saliva jejeh...macam nak makan satu kedai. Harga berpatutan. Tapi sila tanya sebelum pilih dan makan lah. Mana lah tahu kan. Kot harga lain macam je...
Ini hinava dan latok...
Sementara tunggu makanan kami pilih....posing 2-3 das dulu sambil makan kuih muih
Suasana gerai...
Kami pilih ikan susu - sorong-hinava dan latok. Hinava tuh memang style masak masin. Jadi tak payah ambil banyak sangat. air ambil air kelpa sorang sebijik. Kuah asam dia? perggh....sedap lah makan dengan nasi pans dengan ikan tuh.
Sesi semua senyap mengadap makan. Sopan-sopan.
Muka kenyang...
Licin kau. Dengan 3 nasi. seekor ikan susu. Sebatang sotong cucuk. Latok & hinava dan 3 biji kelapa semua RM45. I puas hati. Ikan besar tau! Kami tak diet. Makan pun takde minta nasi separuh-separuh. Tak main la kan.
Setelah siap makan. Kami berjalan membawa perut yang tegang ke Pasar seberang jalan. Sana ada jual baju-bajuan. Brooch semua lah. Tapi sebab kami berperut tegang maka jalan lah kami slow-slow balik hotel. Borak-borak dalam bilik dan terus tumpas sampai subuh.
Sekian cerita hari pertama kami di Sabah. Rilek je kan?
Nanti cerita hari ke 2 buat apa. Kami jadi puteri duyongg..auuwww!
mcm kenal je hasni tu...org ijok eh?? sori kalau silap org...
ReplyDeleteana...memang dia dari sana...sekampung kah??
ReplyDelete