Monday, November 1, 2010

Akhir nya kene sendirian juga...

Hohohohoho!

Salam semua…


Helo-helo selamat sejahtera buat kalian.


Hari ini, Ahad.


Ada Pasar Serbaneka (atau di panggil Bazarena) di Stadium Shah Alam (Melawati). Tapi saya tidak pergi pon! Selalu muka aku mesti ada ke sana, tak kira puting beliung melanda sekalipun, aku mesti pergi. Buat apa? Mencuci mata, melihat-melihat ragam manusia dan pastinya membeli barang. Barang yang aku maksudkan adalah berupa makanan.


TAPI! Sejak ditinggalkan adik-adik ini, kakak seorang diri ini seperti tiada teman untuk bergembira mengukur keindahan alam. Eceh! Jadi sebab tiada teman, keinginan itu ku simpan saja di dalam hati.


“Takpe la…lain kali kan ada”----> ayat memujuk diri sendiri. Ewwah!


JAdi pagi saya dimulakan dengan acara seperti biasa. Membasuh kain yang sikit. Kemudian ke Kelana Jaya yang indah itu, menemani ibu ke Pasar PJ, membeli barangan dapur. Balik pula singgah di Giant Kecik Kelana Jaya.


Beres!


Lihat-lihat henpon macam selalu. Tak nampak ada benda yang canggih-cangih untuk dikerjakan. Jadi perlu memikirkan untuk berbuat sesuatu yang mengujakan.


So..angkat kunci kereta, mahu ke tempat yang difikirkan mengujakan tuh!


Tengok-tengok…



Aisehhhhh beb....

Tayar gue sudah ditusuk skru/paku!!



Jadi…kena ubah plan, walau tak rajin sebab tiada teman, saya gagahkan diri jugak pergi ke bengkel kereta untuk membaiki tayar yang bakal pancit.


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (kenapa sampai situ saje eh??).

Ahhhh..abaikan kenapa. Yang pasti…haruslah menservis kereta hijau ku terus.


Akhirnya, kene pergi sendiri juga… :-( , sedih I tau…


Selesai.


Okeh…terus menuju ke tempat yang ‘mengujakan’ tanpa perasaan ragu-ragu lagi. Projek besar yang dicita-citakan mesti dilaksana


Hip hip!

No comments:

Post a Comment