Hai kalian semua…
Harap sihat-sihat selalu.
Ade entry cerita tentang projek ini.
Hari ini...tercapai..terlaksana.
Saya sudah lama bercita-cita untuk mengecat semula lantai kayu (parket) di rumah saya itu. Sudah lama. Barang-barang saya beli berperingkat-peringkat bila rajin
Jadi tadi terlaksana.
Macam biasa lah…macam kau mengecat selalu juga, kau perlukan alatan mengecat.
Untuk mengecat lantai kayu ini mudah saja, Cuma perlu kesabaran macam saya. (Eceh! Pandai-pandai buat diri sendiri sebagi contoh, memang tak malu kau ni Nozie, tapi tak apa).
Jika kamu orang nya sabar macam saya, atau lebih dari saya, anda dialu-alukan membanting tulang untuk mencuba. Ha! Macam exercise jugak lah lebih kurang. Untuk orang perempuan, ayuh
Hahahaha..merepek!
Anda hanya lah perlukan
Berus cat..jangan berus gigi pulak...memang nak kena kau nih..(gambar di attached terbalik)
Timber Finish. Aku pilih Nippon. Warna Mahogany. Harga kalau kau dapat dalam kurang RM28 1liter ok lah tuh! Kalau lebih..aku suruh kau banned kedai tuh...hahaha!
Tidak lupa, thinner sebagai bahan errr…peluntur?taram aja lah
Perkara utama yang anda perlu ada, ialah, kawasan. Kawasan berkayu. Contoh:
Bilik Abangah saya. Saya gunakan sebagai ujikaji kali pertama.Kalau tak cantik, bukan bilik aku! Ahahahah..tak baik punya akak aku nih...
Macam saya kata, rumah ini berhabuk-habuk saya rasa. Walau sudah di lap, next week datang tengok berhabuk! Cepat betul…apa boleh buat
Sebelum memulakan aksi-aksi mengecat, bahagian yang menjadi bahan ujikaji (lah...kau buat testing ke?hahahaha) itu perlu lah dibersihkan. Kamu menyapu lah dulu, kemudian lap-lap lah dengan kain lembap, kasi hilang habuk-habuk dan benda asing apatah semua tuh…(note: kayu jangan bagi air selaut okeh..rosak dia, tahu?)
Lihat, ruang kelihatan kusam, sekusam muka aku….huhuhu..tengah tuh kain buruk...
Okeh, sebelum acara mengecat bermula, saya sarankan kamu memakai sarung tangan untuk menjaga kelembutan dan kesucian nya. Jadi tidak lah kau menangis kerunsingan melihat tangan kau seperti tangan pekerja kontrak binaan mana tah! So, sila pakai sarung tangan. Saya tak mahu anda menyesal lalu menangis di birai katil sambil menatap tangan yang halus mulus kudus tuh…
OH! Sebelum terlupa, saya rasa, saya nak cadangkan pada kamu menggunakan sarung tangan getah macam doktor gigi tuh lah, adalah lagi afdal! Tidak runsing cat terkena tangan sikit-sikit (sebab dikhuatiri cat macam tumpah lalu menyerap sarung tangan kain terus ke kulit anda! Leceh nanti!)--- cakap berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ini
Kalau kau nak cover kaki kau siap-siap pon ok jugak! Dan...dicadangkan kepala ditutup. Satu, nanti rambut kau sebok-sebok nak gugur jatuh lantai time tuh, kedua, Nanti kepala kau berbau cat...ahhhhh...
Sebelum seronok-seronok nak mencelup berus tuh, make sure kamu dah goncang tin kamu tuh siap-siap supaya warna di dalam tin itu sebati, tidak mahu mendapan terjadi di dasar tin. Nanti kau nangis tengok warna kayu kau tak sekata pulak, mula-mula cair…kemudian makin pekat..pekat..pekattt…dan macam ton-ton jek! (ni pon cakap melalui pengalaman..hahahahah..hampesss)
Maklum lah, saya ini bukan tukang cat. Sebelum cat saya siap melayari website tertentu untuk mengetahui cara mengecat dan tip-tip mengecat. Memang dummy habis! Tapi berkat kemahuan dan kesabaran, saya teruskan mencuba. Ewwaahh kau! Poyo lah…mengecat aje pon…bukan kau buat welding! Cess!
Jadi…setelah kau pasti kau sudah menggoncang dan menggodak, kau boleh mula menyinsing lengan baju kau dan enjoy lah aktiviti itu. Jika kau ada anak, anak mahu mencuba, boleh bagi juga. Tapi pastikan anak kamu itu focus orang nya. Jika tidak, mungkin dinding kamu yang jadi galang gantinya. Meraung kamu tengok dinding kamu diselet cat.
TAPI!
Saya cadangkan..elok bawak anak ke tepi atau ke tempat yang selamat. Sebab cat
Jika kamu terer menyapu blusher di muka, saya yakin, kamu juga memang tahu menyelet cat dilantai macam mane,
Enjoy lah dengan momen tersebut. Anda mungkin boleh berjoget-joget jika penat. Boleh jugak menyanyi-menyanyi keriangan melayan perasaan atau menangis-nangis seperti Cinderella melayan duka! Errr..kalau nak baring-baring macam mana? Ah! kau..nak baring-baring, kau tak usah la mengecat!Grrrrrrr...hahahaha...Tak kira apa-apa lah….enjoy lah dengan aktiviti kamu itu.
Macam saya cakap, untuk mendapatkan hasil menawan kalbu, cat perlu lah di apply sebanyak 3 lapisan (dekat tin cat tuh yang cakap okeh..saya folo jek..maklum lah..patuh..eceh!). Setiap lapisan kenalah dibiarkan kering sekurang-kurangnya 40 minit! Haaa…so…memang kena orang yang sabar terbongkok-bongkok lah!
40minit x 3 lapis = 120minit = 2jam
Ya puan-puan..2 jam hanyalah waktu diambil untuk proses mengering. Belum dikira waktu banyak mana anda guna untuk proses meng-apply cat itu dilangsungkan. Bertahan lah!
Saya buat non-stop!
Hasilnya, kau juga yang seronok..walau sakit pinggang ke ape…tak mengapa.
Lihat…tadi kusam..sekarang shining-shining macam baru…macam pakai Fair & Lovely lah!
Zoom dekat sikit..hahaha! macam aku cakap tadi...sila goncang cat betul-betul...testing 1,2,3
OK! Beres!
Okei, untuk pengetahuan, Timber Finish 1liter tuh mampu meliputi ruang yang bersaiz bilik tidur kedua rumah anda. Kira macam lebih kurang…errr..errr…jap kira jap…
12kaki x 15 kaki
(note: sebenarnya…saya Cuma dapat cover 2 lapisan jek..saya tak buat lapisan ke tiga pun…sebab tak cukup…nak keluar beli yang baru..tak rajin…next time baru saya selet layer ke 3. So saya dah tau dah…satu tin boleh cover berapa layer dan berapa besar)
Mudahkan? Kalau saya boleh buat seorang (eh! Looser lah kau buat sorang2..ahh…takpe..takpe…redha :-( ), apatah lagi kamu yang berpasangan atau beranak-pinak. Laaaaaaagi lah cepat boleh buat…seronok juga tahu! Hilang stress.
Sudah 6.32 p.m . saya mahu berkemas-kemas. Tak lama lagi nak masuk waktu Maghrib pulak. Lepas tuh ke Kelana Jaya macam selaluuu
- Ini baru bilik Abangah saja setel, masih ada 4 ruang lagi menunggu kerajinan dan kesabaran saya untuk mengerjakannya---Bilik Yuyu, Bilik Master, Hall atas & juga Tangga! OKeh! Lepas nih I slim..
- ada sape-sape berminat nak ambil I jadi tukang cat tak? I free nih… :-P..upahnya belanja I saje…hahahaha! Kidding!
Jadi sesi seterusnya akan dibuat bila rajin dan ada mood...saya dah tau dah teknik dan taktik dia! Ha..mengecat pon ade tactik!
projek besar ne ko nak kawin ke cik oiiiiiiiiiii
ReplyDeleteadoi,mcm memenatkan jek
ReplyDeleteini bukan projek kawen...tapi projek tergendala lah!
ReplyDeleteShu: erm..macam tak penat utk aku...utk kau ku tatau...kau suruh roslim aje buat..ape susah2...kau beleh Raisha je dah la..hehehe