Kawan-kawan itu cerminan diri kita...
KAlau mahu kenal seseorang tu...selain kenali ahli keluarganya...kita juga boleh lihat kepada rakan-rakan nya...rakan-rakan rapat nya...
Betul ke?
Jika betul...sejauh mana betul nya?
Kalau saya...saya cakap...ada betulnya..
Sebab?
Sebab...tentulah seseorang itu berkawan dengan seseorang itu sebab dia rasa "sekepala" "searus" dengan nya..makna kata lain..bila berkumpul..tidak canggung..tidak janggal..tidak pelik...boleh masuk...orang cakap boleh jadi GENG...macam UPIN & IPIN (??)
Jika macam orang nya tiada chemistry...mesti macam weird mahu act macam mana kan? sebab perlu kita "membaca" seseorang tuh...ada orang...jika awal-wal tak boleh masuk...dia dah tak mahu dekat dah...ada orang...tiba-tiba kenal terus boleh jadi geng! tengok pada setiap orang...
Tidak semestinya yang peramah-peramah ini ramai kawan nya...walau banyak kawan...yang mana satu KAWAN...yang mana satu LAWAN? boleh tahu..?
Habis? yang pendiam yang tak peramah tiada kawan ke? tak la..mestilah ada...kan? tak semestinya yang diam itu tidak ramai kawan...malah..mungkin lagi ramai kawan dari kamu yang nampak macam ramai kawan tapi tiada kawan (ayat apa kau buat nih??)
Mana kau tahu? entah-entah yang peramah itu sebenarnya tiada kawan? tapi dia beramah-ramah untuk mencari kawan? tapi kawan-kawan yang ditemuinya pula rasa macam tak serasi? lalu tidak berapa nak kawan?
Ada jenis orang nya...di depan dia baik sama seseorang itu....tapi di belakang menikam-nikam seseorang itu...baik kah? pura-pura kah dia? atau sekadar...errmm...supaya orang tidak membencinya?
Jika dapat kawan yang sensitif forever macam mana pula? mesti susah juga menjaga hatinya kan? apa-apa pun...terserah pada setiap orang...boleh terima atau tak...
Jika dilihat, biasanya kalau tengok geng mana-mana..mesti ada persamaan...sebab tuh boleh kamceng...ada yang kawan berpuluh-puluh tahun...contoh kalau mahu keluar ke mana-mana dengan kawan, bila mak tanya "Dengan Siapa?"...balik-balik kau sebut nama yang sama...sampaikan kalau ibu tak tanya keluar dengan siapa pun, dia sudah boleh agak jawapan apa kau bagi...hehehe...Mak dah naik hafal...
Jadi...memang tepat lah rasanya, jika kamu mahu kenali seseorang itu..kamu lihat lah sekeliling dia dulu bagaimana, macam mana, study tentang nya sikit-sikit...eceh! nanti masuk exam! Study! hahaha
Walau tidak semuanya betul...tapi sikit-sikit anda dapat reflection tentang peribadinya...
Maksudnya bukan kau tengok dia kawan dengan orang rajen solat, rajen pergi masjid, dia pun begitu...TAPI sikit-sikit mempengaruhinya...Insyallah...bukan kah baik jika berkawan dengan orang yang membawa perubahan baik kepada diri kita?
Sama lah jugak kau tengok dia kawan dengan orang kaki disco...kau jangan lah ingat dia pun begitu...jangan cop dia pon kaki disco..kaki clubbing...kenalinya dahulu...eceh! betol...
Baru kau tahu akhlaknya...
TAPI...mind you...yang rajin sembahyang atau suka ke disco saja tidak cukup tahu. Peribadi dalaman? macam mana? adakah sifat kasih sayang, penyayang, pendendam, keikhlasan dan sebagainya yang datang dari dalam boleh diikut-ikut? Jika boleh, selama mana? tak penat kah kalau diri berpura-pura?
Sebenarnya banyak kita kena tengok dalam mengadili/menilai seseorang...kena tengok dari banyak sisi, banyak perspektif...jangan sembarangan melabelkan peribadi seseorang itu jika kamu tidak kenal...tak baik tahu? tak cukup sekadar kau tengok kawan-kawan dia tejerit-jerit telolong tak malu, kau cop dia sama juga...itu mungkin hanya ikut-ikutan ...MUNGKIN!
Okeh....contoh lain...
Kau tengok time zaman kau sekolah...masa kau belajar...masing-masing ada geng masing-masing...kadang-kadang geng masing-masing tunjuk "kawasan jajahannya"..tunjuk hebat...kadang-kadang dengki-mendengki...tak suka sana sini tak tentu pasal...apa pasal ada geng? sebab tiap-tiap ahli geng itu punya "haluan kepala" yang sama...
Tepuk dada...tanya selera nak makan apa... (?)
Ah..sebab banyak kali sangat draft ni berhenti...aku dah hilang arah tujuan menulis dah...otak macam tak keluar apa-apa...
Kepada yang mengundi di GALAS...selamat mengundi
* tiba-tiba ucapan pergi mengundi keluar....iskkkkk
No comments:
Post a Comment