Kau baru mahu buat post hari raya ke?
Tolong la weh...esok dah Deepavali..
Ah! Pedulik! Aku mahu...huhuhuhu
Saya punyalah mala nak buat entry aidilfitri 2010. Kenapa kau kata begitu nih, Zira? Raya sudah la setahun sekali sahaja, kau pula berkata demikian...kecil hati FITRI.. (eh? aidilfitri ok? :-) )
Tak...tak...maksud saya, sata tidak tahu mengapakah saya harus berasa demikian dan bagaimana kah saya ingi memulakan ceria. Saya rasa hambar la raya tahun ini sebenarnya.
Sebab...sebab...err...saya tak dapat duit raya dah... (eh? ada...satu orang tuh hulur duit raya RM2 dekat saya, adik saya sentap...tua-tua dapat...sorry adik-adik.. :-P )
Apa yang hambar, saya tidak lah pasti...
Adakah sama ada saya rasa saya semakin tua meniti usia atau sebab orang yang dirindui telah pergi? atau rasa sesuatu yang kurang?
Mungkin jugak lah kan...
Dulu..dulu.
Dulu-dulu, awal pagi hari terasa kemeriahan raya. Jangan katakan pagi itu..malah seminggu sebelum itu lagi!
Lagi bahang terasa ialah malam raya, sebab sanak saudara berkumpul bergembira bertemu muka. Malam itu emak-emak nenek-nenek sibuk mahu menyediakan juadah pagi raya...tak kisah la yang simple atau kriritikal atau complicated..janji mesti ada...at least...WAJIB!
Tahun ini saya pulang beraya di kampung nun jauh di sana bertiga sahaja. Saya - Abah - Mama. Sebab? kedua-kedua adik-adik bucuk-bucuk saya memang sudah sedia ada di Kelantan atas dasar menuntut ilmu di sekolah pondok! Eh?? I tipu...bukan la...tapi menuntut di institusi pengajian yang terletak di sana lah...tidak mengapa...belajar lah kamu sehingga ke negeri China (pernah tak fikir?kenapa China? lepas tu kenapa kalau cerita cartoon, kalau ada scene babak korek-korek tanah..tiba-tiba pun tembus di China?hehehehe...)
Tempek gambar penyeri sikit (seri ke?hahahah)
Rumah mek & ayoh saya (saya cat 2-3 tahun lepas bersama adik dan sepupu). Kenapa warna nih? entah...Ayoh (atok) saya beli...kami ikot sahaja
Ok..ok...
Sambung cerita...
Dulu masa kecil-kecil saya lah yang semangat selalu. Baju raya siap dengan kasut raya warna merah (sepatu yang pakai lama sakit kaki tuh) dah siap beli. Masa kecil, apa-pa barang saya suka warna merah! So sebelum hari raya..sudah banyak kali testing dah...sudah banyak kali belek depan cermin dah..siap melawa suruh mama celet make up ke apa dah (tapi bila besar..hampehhhh..makeup pon aku tak taksub)
Jika saya tidak dapat pulang ke kampung, dulu-dulu la...di Johor, pagi-pagi saya siap-siap, lepas tu mama dah siapkan makanan, suruh hantar ke rumah atok ngaji saya. Saya pun memang suka lah. Datang pagi-pagi..salam-salam...makan kek sikit..dapat kuih raya...lepas tu makcik mengaji saya cium muka saya, pipi saya, dahi saya...saya suka..tapi errr...malu..hihihihi
Lepas tuh, sebelum saya balik, dia akan balas bekal saya dengan hidangan dia pula. Best kan? saya tak tahu masih jadi amalan ke tidak lagi sesi bertukar-tukar juadah ni. Saya rasa zaman sekarang sudah kurang. Sekarang-sekarang ini, orang pakai "open house" baru boleh jamu orang...kalau tiada dijemput open...maka tak ada lah yang datang.
So macam mana eh? kalau macam dulu-dulu, tetamu memang dialu-alukan datang pada bila-bila masa tanpa perlu temujanji pun. Jika datang, tuan rumah tiada, maka tiada rezeki lah. Lain kali lah kau datang bertandang. Mengapa eh perlu temujanji? Saya fikir sebab lifestyle orang sekarang yang makin busy. Setiap perkara buat mahu proper. Contoh, macam buat open house, dah list dah juadah apa, masa dari pukul berapa hingga berapa dah...kadang-kadang nampak macam kenduri kahwin. Alhamdulillah la jika mampu. Cuma, akibat berlumba-lumba juadah open house, tuan rumah merungut di belakang "wang banyak keluar"..Aiseh...mana keikhlasan nya?
Lain benar dulu..orang memang datang beraya sebab nak menziarahi dan memohon kemaafan. Tidak kira jauh dekat, janji dapat bertemu muka berborak sekejap bertanya khabar, sudah mencukupi. Apa yang dihidang tak menjadi keutamaan. Kalau kau hidang air bujang dengan cekodok pun tak mengapa. Janji menziarahi. Siap ada yang datang dari jauh tu membawa juadah untuk tuan rumah. Kira macam aku rasa kau punya...kau rasa aku punya. (tidak ketinggalan...surirumah kadang-kadang datang mood dia, satu rumah nak tukar, langsir barang kemas, sofa dan sebagainya...time tu la nak tunjuk semua..no good tau....tapi tak apa...suami kamu yang belikan, kan?dia sayang kamu kan?)
Ah..aku dah bertukar jadi makcik-makcik dah...
Sekarang sesi photomania pulak...
Sila..sila...
Bersama Mama & Mek (aneh la...kenapa peserta dalam gambar tidak melihat kemera? kenapa aku saje?)
Bersama sebahagian keluarga. Hairan pulak mana Ayoh & Mek??
Gadis baju oren tu bajet sweet. Ingat kau boleh menang Miss Universe? :-P
Bersama Mama, Abah, Mek & Ayoh serta Adik-adik. Raya ke-3 kot nih? Ngah...kau bajet kau tampan ke buat pose begitu? Pandang la kemera..buat spoil..gambar nak letak frame pon menyampah!
Memang saja semua pandang lain...
Bersama sebahagian keluarga. Hairan pulak mana Ayoh & Mek??
Gadis baju oren tu bajet sweet. Ingat kau boleh menang Miss Universe? :-P
Bersama Mama, Abah, Mek & Ayoh serta Adik-adik. Raya ke-3 kot nih? Ngah...kau bajet kau tampan ke buat pose begitu? Pandang la kemera..buat spoil..gambar nak letak frame pon menyampah!
Memang saja semua pandang lain...
Dekat rumah salah seorang nenek saudara, Mok Su Joh di Kota Bharu (raya 1)
Rumah makcik...kami sepupu...peacee! :-)
Masing-masing dipaksa buat comel...walau tak comel..
Boleh berkenalan? macam majalah Mangga tak? :-P
Belakang rumah makcik ni (asal rumah arwah moyang saya)...ada sawah...jadi lihat lahh...hehehe
HAi...kami rasa seronok di sawah...
Rumah makcik...kami sepupu...peacee! :-)
Masing-masing dipaksa buat comel...walau tak comel..
Boleh berkenalan? macam majalah Mangga tak? :-P
Belakang rumah makcik ni (asal rumah arwah moyang saya)...ada sawah...jadi lihat lahh...hehehe
HAi...kami rasa seronok di sawah...
* Semoga raya kali nih bawak seribu rahmat buat kita
HAPPY HOLIDAY TO ALL...
No comments:
Post a Comment