(kejap lagi kau kena penampar JIKA kau menjerit-jerit sebelah penyokong negeri lain. Baik kau diam!)
OK...aku diam...
Aku saja jerit...aku bukan fanatik sangat bola..tengok-tengok saja...hehehe
HAi jiran-jiran...maafkan hamba eh...hamba main-main sahaja...jangan bakar kerusi i....auwwwww!
Merepek...merepek lagi...boleh bikin onar ni...
Skip!skip! nanti orang masuk dalam list "Anti"...
OK...sebenarnya kisahnya begini...
Hari Jumaat yang mulia aku duduk sebok-sebok cerita nyanyuk tuh...
Lapas balik kerja, balik ke rumah saya. Ada janji dengan lori. Lepas selesai janji, terus zasss ke Kelana Jaya Macam selalu. Lepas tuh malam-malam (actually sudah lebih pukul 12 malam, so pagi-pagi lah patutnya kan??) mama dapat call from adik dia cakap "Ayoh masuk hospital, sakit dada"...
Jadi? Kalau kamu jadi anak, dengar ibu/bapa atau sesiapa terdekat sakit, masuk hospital, mestilah risau kan? Mestilah rasa macam mahu terbang Zasss! sampai depan pintu rumah. Kalau bajet jadi Clark Kent mesti fantasi kau jadi realiti kan?
Mama call Mek (Nenek saya lah tu)...nenek cakap Ayoh (Atok saya) tida apa-apa. Cuma sakit dada sahaja. Mek cakap, petang sebelumnya itu, Ayoh duduk meracun rumput. KEmudian pergi solat dekat masjid. Siap pergi kenduri rumah siapa ntah. Balik-balik...tengah jalan-jalan (atok saya biasa jalan kaki sahaja sana sini, kalau jauh baru naik basikal tua dia atau motor tua nya sahaja)...berhenti duduk, dia pengsan tak sedar. Bila sedar-sedar terus muntah kemudian segar macam biasa.
Tiada apa-apa jadi. Then, malam-malam mengadu sakit dada terus ke hospital. Kena lah tahan dekat wad di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. (1st time pergi sini, hospital baru bukak...i like! sebab datang pukul-pukul berapa dia bagi aje masuk..huhuhuh)
Mek cakap, mungkin terkena racun rumput. Sebab kebiasaanya, selepas meracun Ayoh mesti minum air kelapa. Tapi hari itu dia tak minum pun.
Jadi! Kalau kamu buat benda-benda beracun, elok kamu minum air kelapa. Meneutralkan racun yang mungkin masuk ke dalam badan kamu secara semburan yang merebak diudara atau sebagainya. Petua orang-orang tua. Sama juga kalau kau keracunan makanan...
So, sebab saya bukan Clark Kent (
Itu lah, konon-konon memang tiada plan pulang ke kampung lagi sebab Aidilfitri sudah pulang. Allah punya kuasa, maka kami pulang ke Qlate sekali lagi. Bukan untuk sambutan AidilAdha, tetapi untuk menziarahi Ayoh.
Alang-alang bila sudah menuju ke Kelantan, sempat juga menyinggah ke Jeli melihat Yuyu. Dia belum boleh pulang, sebab dia exam dan masih ada kelas. Ahad baru dia pulang bersama rakan. Eh! macam nampak Yuyu kurus lah...phewwwiittt!! Belanja Kak Long cepat!
Kemudian, dari Yuyu singgah ke Kok Lanas, jumpa Abangah. Sambil-sambil itu angkut barang-barang dia terus sebab semester sudah habis. Dia juga sudah tamat belajar.
Kemudian dengan Abangah terus ke hospital temui Ayoh & Mek.
Kemudian kami pulang ke rumah ayoh & mek untuk bermalam. Esok Ahad berangkat pulang ke KL. Ayoh akan dibenarkan keluar dari hospital esoknya pula (Isnin). Tiada apa-apa yang perlu dibimbang. Cuma, ye lah, sudah tua. Ada banyak yang mungkin badan tidak boleh tahan lagi.
Tempek gambar sikit:
sedih bile tgngok org sakit....
ReplyDeletemase kite nnti juge akn tibe..
mereka hanya inginkan kasih syg dr org yg disayangi...itu dh cukup membuatkan diorg cepat sembuh...ilang segala penyakit.
toi tuh sue...takut menyesal apa2 jek kalau tak buat kan...
ReplyDelete