Diri anda dan oven anda! Hahahahaha!!
Sepanjang bulan ini, modal saya hanyalah membeli mentega sahaja. Barangan asas yang lain masih berbaki dari zaman-berzaman akibat dari berjimat cermat menggunakan 1/3 sukatan asal sebagai "trial edition". Perjalanan elektrik juga telah saya pantau untuk memastikan adakah aktiviti sebegini rupa boleh diteruslan akan datang.
Melalui pemerhatian, saya dapati, dengan penggunaan elektrik (Oven terutamanya), selama lebih kurang 5-6 hari setiap hujung minggu kurang dari 8jam sehari, maka bil elektrik saya adalah sebanyak RM3.50 begitu sahaja. Ini dikira termasuk sekali dengan bukaan Televisyen, lampu-lampu dan kipas-kipas juga. Air sehingga kini masih lagi dibawah tanggungan pihak yang baik hati (kata less than RM6 free...ye tak??).
Cuma, cuma, minggu ini, saya bermurah hati kepada diri sendiri untuk menambah sedikit dana main masak-masak saya dengan membeli krim keju (Cream cheese) sebab jealous tengok gambar. Macam syiok jek.
So? Siapa nak tengok? Hands up!! Gerak kan kaki, goyang kan (tanda excited!)..Kehkehkeh!
Semua yang kelihatan adalah hasil yang diusahakan dari jam 4 petang hingga 7 malam dengan selang seli tengok TV cerita hindustan & Cerita "Heroes".
Perkenalkan....


LIHAT STRUKTURNYA....

LIHAT STRUKTURNYA....


Sebenarnya, ini lah 1st time saya rasa "Oh...ini rupanya cream cheese". Sumpah dulu langsung tak tahu. Tahu makan kek dan cakap "cheese" saja.
Lupakan acara "deco-deco" bersama Eric Leong. Sebab saya memang tak meletakkan sebarang cream Fair and Lovely atau apa-apa untuk cantikkan paras rupa kuih muih tersebut. Kehkehkeh! Ada peti sejuk nanti, siap kau!
Ini tanpa cheese. Ingat nak masukkan juga. Tapi tak jadi. Sebab sedang belajar ke-taat-an ni.Memang tak derhaka resipi.



Sekali lagi....LIHAT STRUKTURNYA....
Cepat ambil resipi ni. Hafal pun boleh. Adik-adik pun boleh buat. Tapi nak guna oven, bagi tahu ibu dulu. OK? Nanti takut Ibu kamu gugur jantung tengok barang dapur berjelaga.
- Panaskan oven 170darjah Celcius.
- Yang bekas nak digunakan tuh, selet butter/margerine.
- 3biji telur & Gula halus (agak-agak suka lah) di pukul sampai lembut berbuih-buih gebu. letak baking powder.
- Masuk kan esen vanilla sesudu teh gaul-gaul lagi sampai rata.(aku hampir-hampir gatal nak letak serbuk green tea tahu? niat derhaka lah tuh! Tapi apa pula bahulu gitu kan? Next time boleh derhaka)
- Kemudian tuang dalam bekas yang sudah diselet-selet tadi. Bakar lebih kurang 20minit ayau warna kekuning perang-perangan.
- Keluarkan. Potong empat. Sapu-sapu dengan apa kau suka. Dengan jem dilapik krim cheese ditagur buah-buahan kemudian disirami cream custard kah...ditempek seketul ais cream ditabur dengan coklat chip kah...wahhh...sedapnya....apa kah...hahhaah (imaginasiku ku jek)
- Hidangkan kepada sesiapa yang kamu nak!
Akhir kata, LIHAT STRUKTURNYA....Kehkehkeh! Sudah tak terlalu kelegaman seperti hasil sebelum-sebelumnya (contoh memang tak bole blahh). Saya sudah/masih memahami Oven Cornell ku itu.
Nak tahu apa? Aku tak pernah sentuh atau pulas-pulas apa tah lagi adjust-adjust yang ini. Malu gila nak cakap. Tapi nak cakap juga. Mana tau ada yang senasib dengan aku yang asal buat kek jek hanget..asal buat jek hangetttt! Kes naya tuhhhh

Lepas ni boleh la belajar pakai periuk kukus pula. Hahahaha!
Akhir kata, FAHAMI OVEN anda, jangan jadi macam Makcik nan seorang ini....sroootttt....* shy!
Sekian pesanan penaja. Bye!
* kuih-kuih dah dimakan Abangah. Baulu dibawa ke kedai untuk orang lain makan. Saya? Tak rasa nak dah. Rasa sikit saja. heheheh
No comments:
Post a Comment