Thursday, March 3, 2011

Bisa kah Bulan Bicara?



Tajuk: Biar Bulan Bicara


Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - @@---'"----

OK, nah tisu. Lap air mata tuh. Jangan lupa hingus pun lap juga. Mascara kau habis jatuh (eh?). Amacam? Beres?

Terlintas nak tempek lagu ni sini. Semalam balik dari Kelana Jaya, dalam kereta layan Suria Cinta (HEk Elleh! budak nih layan Suria Cinta ke? Jiwang ah dia).

Hep! Jangan ejek-ejek eh. Saya suka layan siaran ni malam-malam. Lagu dia best-best. Layannnn...tuh yang nak tempek Video nih.

Kau try ah layan...pukul 12mlm ke atas sampai kol 2 pagi kot. Stok lagu...alahai...aku tak pernah dengar pun ada. Tapi layan aje la. Ada topik diskusi/luahan kat situ. Lepas tuh dengar komen-komen depa. Layan aje lah kan. Malam-malam, sayu dan sayup...eceh! Ada siapa layan macam aku tak? Hahahah! (hahaha! kadang-kadang aku tergelak time ada orang nyatakan ciri-ciri dia cari dalam Mencari cinta tuh. Tak baik kan saya? Anyway, Mereka berhak nak letak spesifikasi idaman hati, kan?)

Hish! Apa? Kau tuduh aku joint Cari Cinta hantar SMS berkenalan ke? Isk..agak-agak la...tak masuk dalam kegemaran saya lah.Belum terfikir untuk macam itu. Dan harap tak terfikir pun. Kekekeeke

OK..berbalik dengan tajuk lagu ini, aku tak boleh imagine macam mana bulan boleh bicara nak sampaikan sesuatu. (kekekeke...otak sengal macam Kamala dalam cerita siri Puteri..bendul)

Eh..tak..tak..tak...aku tau itu macam ayat puitis membayangkan dengan penuh harapan duduk di tepi tingkap sambil merenung bulan dan meratap nasib dan layan perasaan sambil berimaginasi kalau lah boleh bulan sampaikan dekat orang yang kau tuju apa perasaan dalaman kau yang sebenar padanya.

Tapi kan, jangan lah harapkan bulan tuh bicara. Bukan apa, takut orang yang kau tuju tuh tak paham apa ada dalam hati kau. Kau dekat sini suruh dia paham apa kau rasa, tapi dia dekat sana duduk paham lain. Lampi. So macam mana?

Imagine eh..imagine eh...Jap fikir contoh jap. Erm...isk...OK lah...ni lagu chenta-chenta kan, so aku bagi situasi cinta ikut sesuka hati aku lah kan..

Konon kau kapel kan, lepas tuh dapat pulak makwe/pakwe stok lambat pickup. Kira macam lurus ke ape kan. Then tiba-tiba kau orang ade tergaduh hal yang entah apa-apa (dikenali dengan 'merepek-repek', selalu aku tengok kapel suka gaduh tak masuk akal)

Situasi 1:

Pasal makan lambat pun merajuk. Bila orang ajak makan, merajuk cakap taknak makan. Tengok tuh..pelik kan? Kau merajuk, pasangan kau pujuk, dia pun ajak makan. Tapi kau pulak buat pulak berkeras taknak makan. Padahal tadi-tadi kau merajuk sebab nak makan.(Eh..kau paham ke aku bagi contoh nih?). Then partner kau dah bagi macam kau nak time merajuk, kau cakap taknak pulak. Besungguh-sungguh la partner kau pujuk. Tapi kau marah pulak cakap jangan tanya banyak kali. Tak nak tuh taknak lah. Habis? Kau merajuk apa pasal? Apa nih kan? Kau nak apa sebenarnya? Rupanya dalam hati, kau suruh dia joget Inang baru makan, Dia mana lah tahu dia kena joget Inang dulu. Bagi tahu lah, kan?

OK FINE..aku rase situasi contoh 1 aku tak boleh pakai. Tapi aku malas nak padam sebab dah penat type. Siapa boleh paham, boleh apply aku cakap apa, terima kasih. Nah 2sen. Hehehe

OK..contoh lain lah...

Erm..ok sambung situasi atas nun. Aku bagi pengenalan watak sikit. Yang merajuk tuh pakwe, yang pujuk tuh makwe.

So korang pun balik la rumah masing-masing. Takkan kau orang duduk sekali kan? Isk...harap idak lah kan. Yang makwe duduk gundah gulana tak dapat bagi pakwe dia cool. Kecut habis lah sebab tengok pakwe dia turn to..erm..STONE. Makwe call, taknak angkat. Pakwe duduk diam jek (amboi, bukan main merajuk dia ye?). Pakwe dia diammmmmmm jek. Sehari, dua hari, seminggu, 3 minggu, sebulan, 2.5 bulan dan so on. Lama gila. Saja menyiksa. Sampai hati betul pakwe dia nih, tau..

So? Kalau kau orang ah, kau rasa maknanya apa? Mengikut ciru-ciri dinyatakan, dan perbandingan dengan konsep kebiasaan arena perkapelan i-love-u-love-me ni, mestilah kelihatan maksudnya "KITA CLASH!!". Break-up. Daanggg!

Tapi itu pada pandangan kau aje. Bagaimana dengan pandangan yang empunya badan?

Mungkin pakwe itu memiliki sifat yang luar biasa dari lelaki lain. Kalau laki lain, kalau dia diam buat endah tak endah tuh, makna kata dia tak berminat ah tuh. Kira tinggalkan makwe tekontang-kanting tak bagi payung terjun lah. Tapi kalau lelaki yang luar kotak (out of the box), mungkin tindakan dia bawa maksud lain. Mana lah aku tau apa maksud dia kan? Mungkin dia rasa bersalah dan tak sanggup tengok makwe dia selalu nangis sebab tengok perangai dia. Padahal dia sayang makwe dia sangat-sangat. Tapi, memikirkan keadaan makwe itu, pakwe itu pun fikir baik dia diam, dengan harapan makwe jumpe lelaki lagi baik dari dia walaupun sayang bangat sama cewek dia. Who know kan?

OK..aku dah pening. Sebab duduk imagine. Kejap minum air.

OK, sambung,

Antara waktu berdiam macam berkabung ayam sabung mati ke ape tah tuh, rupe-rupenya pakwe dan makwe tuh duduk merindu-rindu bagai lagu Saling Merindu - LEON nyanyi. Eh ke lagi SPOON - Rindu serindu-rindunya eh? Bantai ah. Korang pilih ah. Pakwe nyer sayang dari jauh. Tapi makwe dari jauh pun sayang tapi campur pulak keliru. Tertanya-tanya. BlurrDotCom ah. Tak tahu hujung pangkal status. Pakwe sini duduk harap makwe dia ada sebelah, baik macam biasa. Makwe pulak duduk harap pakwe dia beralah dan berbaik semula. Tapi masing-masing tak bagi tahu. Mane lah nak tahu kan? Kamon lah..pasal makan jek pun kan..apa besar nye, ye tak?

Tapi masing-masing taknak cakap dah. Cuma cakap dalam hati dan otak sendiri saje. So harap yang partner tuh boleh received mesej dari hati masing-masing paham maksud perasaan masing-masing macam gelombang send received SMS. Boleh ke? Nak harap bulan cakap kat diorang ke eh? Impossible bulan nak bagi tau. Tak pasal-pasal bulan nak layan "gelombang" korang. Apa kes pulak bulan nak masuk campur urusan cinta diorang. Kalau ada 18juta pasangan yang macam diorang nih, bulan pun pening nak layan macam mana nak bagi tahu semua. Hahahaa..

So...apa kau nak cakap sebenarnya ni Zira?

Erm..aku nak cakap...kalau kau orang ada masalah, atau sesuatu yang tidak puas hati, elok lah kau cakap elok-elok. Bagi tahu. Jelas dan nyata. Jangan tinggal tanda soal. Sebab? Kalau main soal-soal takde jawapan nih, kau akan buat orang kompius. Kompius nak buat tindakan seterusnya. Selain itu, akan menambah buruk tanggapan terhadap diri sendiri, pasangan dan orang lain. Macam kes atas ni, dibuat makwe tuh setia tunggu pakwe dia sampai tua ganyut? Tak kawen-kawen sebab based on setia (dia kan lurus bendul)

Amacam?

Agak-agak pakwe dia rasa bersalah ke tak membiarkan segala masa dan usia makwe terbengkalai macam itu? So..elok cakap awal-awal kan. Makwe pun tak rase bersalah nak buat tindakan, kan? Tak pun sebab kan pakwe dia diam seribu bahasa dengan soalan tergantung tiada jawapan membuatkan makwe anti semua laki sampai tak kawen-kawen, macam mana? Turn to Lesbo ke? ha! Nauzubillah...awek baik korang buat macam ini. Tak aci.

So, kalau mahu kata kan mahu. Beres. Tak mahu kata tak nak. Macam lagu ape tah:

kalau padi katakan padi,
tidak aku tertampi-tampi,
kalau sudi katakan sudi,
tidak aku ternanti-nanti!!


Fuhh! penat...pening.

Bye!


*anybody want to sing this song for me? Lagu ni touching ah...(time dengar senyap-senyap dan malam-malam)

* malas cari photo. Layan je ah

No comments: