Tuesday, March 22, 2011

Tetinggal Jauh...

Salam,

Ya Allah, bersyukur sungguh aku masih mampu bernafas sehingga saat ini. Semoga nafas-nafasku dipenuhi dengan perkara yang membawa kebaikan serta keredhaan Mu.

Aaamiiin.

Sudah banyak tertinggal jauh saya ini. Semakin umur berganjak, semakin cepat waktu tinggalkan aku. Oh...sungguh sekejap. Bila diteliti diri ini, secara peribadinya, tiada apa yang meningkat sangat terutamanya tentang hal-hal keimanan. Leka saja. Sibuk juga dijadikan alasan. Teruk kan?

Ada bergumpal-gumpal entry "separuh jalan" dalam draft, sampai saya sendiri lupa apa ceritanya. Kelihatan sungguh sibuk. Walau yang pastinya tidak sesibuk suatu ketika dulu. Tapi akan dikira status sibuk apabila satu entry pun tak berjaya dikeluarkan atas dasar-dasar tiada "nilai" untuk dibaca dan dikongsi. Eceh!

Sekarang, yang tinggal dalam draft cuma entry-entry yang berbau "serius" (konon) sahaja. Kalau siapa baca, pasti bosan, melainkan jika apa yang ditulis menarik perhatiannya sahaja.

Anyway, saya tak kisah pun. Jika ada yang sudi berkongsi, saya sangat hargai. Terima kasih sangat-sangat. I'm happy.

OK..Wassalam..

* Oat saya sudah habis..minum lah oat selalu untuk mengawal kolestrol dan menghindari penyakit jantung...(eceh! tiba-tiba promot suruh makan oat..)

No comments: