Tuesday, March 29, 2011

Nak Pangkah Siapa Nih?



Psst...

Mai sini..mai sini..nak habaq sikit nih. Tak gempak pun..tapi nak jugak kabo kat kome. (OK, teka teki...berapa banyak loghat bahasa dalam ayat ini?)

OK...memang perosak loghat. Cakap biasa sudah la kan? Hahahaha

Nak cakap nih jek, dengan bangganya, saya sudah pun berjaya mendaftar diri untuk mengundi akhirnya. Maklum lah, dulu layak mengundi tapi malas nak daftar. Tuptup...time mengukur bangunan-bangunan di Shah Alam, jumpa satu meja comel.

Jadi macam seru sampai terus hulur kad pengenalan dan daftar tak semena-mena tanpa signal.

Kat mana?

Dekat Kompleks PKNS, nearby dengan Guardian dan KFC dan juga kedai buku. Situ diorang bukak meja kecik. Siap tuliskan borang untuk kita lagi.

So..apa tunggu lagi? Copat lah! Kau nak pangkah ke nak rait ke ikot kau lah...tapi sila ingat ye anak-anak, tanda selain pangkah dikira undi rosak...

"Ahhhhhhh..politik politik nih gua hairan apa...gua tak peduli lah"

Lantak kau lah mamat. Ingat la ye remaja-remaji sekelian,

UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA.

Jangan nak main gigit-gigit jari lepas nih. Eceh! Macam pegawai SPR jek pulak aku. Hahahah

Macam biasa, kena tempek penyeri wajah...eceh!


Meja setoet yang dibuka...

Borang saya...

Info tambah untuk kamu-kamu....



Dah siap. Baca dan sign...Encik SPR tuh yang isikan borang (Aku memang, stok malas tulis tangan...)


Chow Chin Chow !

P/s: Pssssssst..nak pangkah sape ni?

No comments: