Monday, April 25, 2011

Jaga Orang Tua Sakit sama Macam Jaga Baby




Nak kongsi. Saya rasa, betul. (eceh! boleh pulak sokong pendapat sendiri. Memang tak malu U ni!)

Untuk sesiapa yang berpengalaman melaluinya boleh lah sama-sama menghayati. Saya tak tahu mahu mulakan di mana.

Barangkali saya boleh memulakan dengan cerita datuk saya di kampung sakit.


Datuk saya, orang yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja dia kerjakan. Menyangkul lah...menebas lah...bawa monyet panjat pokok kelapa lah, berkebun lah...macam-macam lah. (sila bayang aktiviti kampung)
Sila keluarkan aktiviti melepak di kedai kopi main dam. Itu bukan dia.

Dia tidak minum susu. Tak suka. Kalau minum, boleh bikin dia muntah. Ehem. Kalau datang rumah orang, orang hidangkan air bercampur susu, dia minum juga lah. Tapi balik muntahkan balik. Malu la dia dekat tuan rumah kalau tak jamah minuman, kan? Dia cuma minum Teh O atau kopi O saja. Pagi-pagi cukup bagi dia air kegemaran dengan seketol kuih. Beres! Mudah jaga.

Makanan harian dia bukan ber-taste yang payah nak buat. Setakat nasi, sayur celur, ikan masin, budu..setel! Cuma: Nasi kena panas...bukan sejuk.

Oh..lupe..Atok saya, saya panggilnya "Ayoh".

Hi cucu-cucu..don't worry..I'm OK...

Ayoh jarang sakit. Jarang nak deman-demam. Alhamdulillah. Tapi! suatu hari, dia jatuh sakit. Sakit akibat mungkin terhidu racun (mungkin). ketika menyembur rumput. Bauan tersebut membuat dadanya berasa sakit dan sesak nafas. Bau itu buatnya terduduk pengsan terus kena tahan dekat wad.

Mama yang jauh di Selangor mendengar berita sangat lah susah hati. Eh..rasa macam duduk ulang cerita sama sahaja pulak. Siapa tak tahu, boleh baca yang INI.

Nak jadi kan kisah. Setelah beberapa lama dia keluar hospital dia pun kembali ke hidup sediakala dia. Cuma sudah dipesan mama tak payah la nak buat kerja berat meracun rumput segala. Jadi...duduk saja mesti bosan, kan?

And then, 2-3 minggu lepas, dapat tahu dia kena masuk hospital lagi. Kali ni lain pulak. Dia demam. Langsung tak lalu nak makan. Makan 2-3 suap. Seminggu dua juga dia kena tahan hospital. Adeh!

Kena tahan wad...

Ayoh tidak sekuat dahulu. Padanlah dengan umur nya yang 70++ tahun itu. Sejak pulang dari hospital, Mama dengan tegas pesan dekat Ayoh supaya tak payah rajin-rajin nak tebas-tebas, gali-gali, kerjakan tanah lagi. Upah saja orang. Faham-faham sajalah kalau orang tua duduk diam dekat rumah macam mana. Mati kutu tau!

Sepanjang dia keluar hospital ini, motif kami bagi dia lalu makan sahaja. Semua benda dia tak lalu. Kalau tak makan, macam mana nak ada tenaga, iye tak? Dia teringin bubur, dibuat bubur dan sebagainya. Ada satu kali tuh dia teringin makan tembikai kuning. Dan-dan time tuh Makcik saya dan keluarga cari, takde pulak tembikai kuning ni. Tembikai merah taknak. Nak kuning juge...last-last jumpe juge..jauh mencari. Fuhh...

Mama yang dekat Shah Alam ni, time pergi pasar jumpe tembikai kuning, terus teringat Ayoh. Dia cakap "Kalau kampung kite dekat, memang nak hantar terus tembikai kuning bagi Ayoh..". Saya faham...mama sebagai anak tetap risau dengan kesihatan ibu-bapanya. walau duduk jauh beratus kilometer. Alhamdulillah, buat masa ini nenek yang saya pangil "Mek" masih sihat lagi. Kalau tak? Hmmm..mesti gundah-gulana...


Again...don't worry about me. everything is OK...cuma sesak napas kejap...

Itu kisah Ayoh.


Sekarang kisah Abah saya.

Saya tak pasti sebenarnya. Adakah bila seseorang itu menuju umur yang makin tambah, karenah bertambah. Melalui pembacaan, dikatakan "Ya". Sebab dikatakan orang yang makin bertambah umurnya, sikap, sifat dan perasaan semakin sensitif dan tersentuh.

Anyway, kita semua kena ingat lah, semua ni putaran roda kehidupan. Sekarang kita muda mungkin kita cakap "Mengada-ngada pulak..dulu tak apa-apa, sekarang susah nak bagi puas hati". Hehh! Jangan cakap macam itu, OK? Bila kau tua, kau tunggu, tengok macam mana pula :-). Roda kan berputar? :-)

Ada sekali tuh, Abah demam. Tapi diajak pergi klinik, takmau. Bagi panadol, takmau makan. Lepas itu dia mengerang kata sakit, penat, lemah. Dalam demam-demam dia request nak makan ketam. Ya Allah, saya dekat office, habis kerja pukul 6 petang. Ketam mana nak cari? Ketam nipah pulak tuh. Oh!

Sudahnya sebelum habis office hour, saya meng-Google- tempat jual ketam nipah sekitar Shah Alam. Cari penternak ke..tapi tak jumpa. Yang jumpa cuma nama restoran saja. Restoran yang dijumpai tuh restoran Cina pula tuh. Dekat dengan Skypark Terminal Subang. Adeh!

Cari-cari lagi guna keyword lain last jumpe satu restoran dekat dengan Giant Stadium. Dekat Shoplot. Nama restoran Shuhaida kot. Then sebab sesak jalan nya lagi, nak kejar sebelum gelap, saya nekad belok macam nak menuju Sg Buloh. Sebab seingat saya ada saya pernah nampak orang jual ketam tepi jalan. Alhamdulillah, jumpa nasib orang yang jual tak kemas dan balik lagi walau waktu dah macam senja gelap. Berputar-putar saya. Nak kembali ke Kelana Jaya tunjuk dekat Abah ketam dia dah jumpa. Kang kalau takde, dia cakap taknak makan macam mana? Susah hati wooo...

Dia satu hari tuh dah lah tak nak makan langsung. Garang lagi. Ya Allah. Saya pujuk-pujuk pergi klinik, katanya "Dah lambat...lengah-lengah...hegeh-hegeh...malas pergi". Adey! Ayyoyoo! Saya suspect mesti abah darah tinggi naik. Demam kan panas + taknak makan ubat memang possibiliy tinggi darah confirm naik punyeee.

Pujuk punya pujuk, last-last saya cakap..."Kite pergi Kelana Medical Centre saja lah. Sana tak payah tunggu-tunggu. Private, amacam?". Sambil pujuk sambil suap air bali. Then dia cakap "OK lah". Fuhhhh.... (senyum dalam hati)

Padahal saya sebenarnya nak bawa dia ke PPUM jek. Segala sakit-sakit dia dah ada rekod di PPUM. Tapi nak bagi dia setuju...saya pancing jek ayat servis cepat. Hahahaha...Kalau pergi government..faham-faham saja lah kan? :-)

Sampai KJMC...doctor cek...memang tinggi darah dia! Then bagi ubat sikit...lepas tuh saya slow talk dengan Doctor, cakap suruh advice Abah ke Hospital..sebab Abah mati-mati taknak pergi Hospital biasa. Lama nak tunggu kata dia...Then...bila Abah da cool sikit...terus bawak pergi PPUM. Haaaaaaaa..kan senang cam tuh...huhuhu...

So? How to tackle orang moody? Cakap elok-elok, cakap baik-baik, bagi beberapa option yang menarik sampai lah dia tertarik. Ewwah! And of course perlu kesabaran. Kau tak payah nak angin-angin dengan orang yang sedang berangin. Mind you - Sia-sia saja.


OK..ni dekat PPUM..time dah cool down...dan darah dah turun dan setelah berjaya dingorati oleh sebiji pau kaya sebagai alas perot...


Balik-balik hospital dalam jam 12 malam cam tuh, terus hulus nasi sama ketam yang direbus. Nahhhhh! Habis! Selera!

Habis cerita Abah.


Sekarang cerita Ayah kepada pekerja parents saya yang bernama Kak Ton. Ayah dia jatuh sakit di kampung halaman, Indonesia. Sakit jantung. Perlu dibedah. Umurnya juga sudah tua. 90+. Katanya, kalau di kampung nya, orang yang tua-tua sangat macam level ayah dia, kalau sakit, diorang biarkan saja, tak bawa pergi hospital sebab katanya memang orang tua sakit macam itu perkara biasa. (tunggu mati)

Isk...

Ada ke patut? Akak tuh cakap, dia jadi anak mana sampai hati buat macam tuh. Lain lah memang tak boleh buat apa. Tunggu masa. Mereka anak-anak ni ikhtiar la kan. Takkan nak biar ayah mereka terjerit mengadu sakit, kan?

Mestilah kena jaga makan kan. Tapi ayah dia nak makan telur. Telur bergoreng mana boleh. dia cakap dia buatkan la juga, tak sampai hati...dibuang telur kuning, pakai telur putih, dia kukuskan gak bagi nampak macam bergoreng. Huhuhu...

Nak sup tulang, dibuatnya sup tulang yang paling kurang lemaknya. Dibuang-buang lemak segala. Dikorek isi dalam tulang sum-sum. Sebab? Janji ayah dia lalu makan, sudah. Kasi tenaga, bila da cergas sikit, ada tenaga baru pantang makan. Sekarang kena bagi naik selera.

Dan macam-macam lah ayah dia request. Nak makan kuih lah...kalau salah buat terus tolak tepi taknak.

OK..habis cerita...tentang tua. Sila jangan salah sangka saya nak merungut-rungut ke apa. Cuma saya nak kongsi cerita dengan kamu-kamu sahaja. Tak lebih dari itu. Sebab saya rasa, macam budak-budak juga, bila berkarenah rasa geram jek korang dengan anak-anak. Kau boleh la cubit ke ape, tapi dengan orang tua kamu jangan lah buat macam itu! Nak kena luku dengan saya eh?

Ini, kalau baby kecik tersumbat hidungnya pun kita dah susah hati...kan?

Anggap lah apa-apa yang terjadi dalam hidup kamu sebagai satu proses kehidupan...yang berputar bila sampai masa tertentu. So...hari ni kau belom kena...esok lusa..siapa tahu?

Sayangilah orang tua anda. Hari ini kamu sayang mereka, semoga nanti-nanti anak-anak sayang kamu lebih dari kamu sayang ibu bapa kamu lagi...Fair kan?

" Dikatakan bahawa, orang yang memberi akan gembira berkali ganda dari orang yang menerima dengan syarat - IKHLAS "

- tak tahu kenapa nak tulis pasal ni. TQ baca -


* lama gila entry ini...saya kasi lepas satu la...lately tak sempat nak kasi lepas apa-apa entry..sebab belum review apa yang saye merepek. Siapa yang jalan-jalan blog ni, thank you...dan nak ambik kesempatan dekat kau orang. KLIK-KLIK la iklan Nuffnang yang dekat sebelah kanan kamu tuh se-das- dua...hahahah (ceh! sempat lagi!)..bagi la seposen dua dekat saya sikit...boleh? :-)



No comments: