Friday, July 29, 2011

Bila Diambil/ Dicuri Orang...



Itu lah kita, bila sesuatu yang kita miliki diambil orang, baru lah mula kita rasa macam nak salahkan diri sendiri. Ada juga yang tak segan-segan nak salah kan orang. Itu pun ada juga!

"Kenapa lah aku tak jaga elok-elok. Kan sekarang dah tak ada?"

Menyesal? Nak buat apa. Ye tak?. Hmmm. Itu lah.

Bila kita kehilangan barang, apatah lagi barang berharga, mesti rasa macam "kalau lah boleh aku undur waktu". ---> Ayat sesalan...

Nak cerita ini. Keluarga saya ditimpa nasib yang tak berapa baik beberapa bulan lepas. Tak tahu apa silapnya. Barang kemas Mama habis langsung lesap! Hilang! Yang tinggal hanya sekerat-dua yang dipakai dibadan. Yang pemberian turun temurun ke, yang anak-anak punya atau yang dibeli sendiri termasuklah rantai pernikahan semua hilang begitu saja.

Ya Allah. Menggigil lutut Mama saya. Macam rasa gelap bila semunya hilang. Ya Allah, kami sedang melalui ujian Mu. Kuatkan lah kami.

Selama kami menetap di sini sejak umur saya 13tahun, tak pernah sekali pun terjadi perkara sedemikian. Tak pernah hilang apa-apa. Tambah lagi pintu ber-grill selalu. Cuma yang pasti rumah jarang-jarang ada orang melainkan lewat malam. Maklum lah ibu-bapa sibuk dengan kedai. Saya sibuk dengan kerja. Malam pula terus tolong ibu-bapa. Adik-adik semua sedang melanjutkan pelajaran. Memang langsung tak pernah. Pernah sekali sahaja kot. Motor Abah hilang.

Hairan bin ajaib! Toyol kah ambil? Orang cakap toyol dia ambil duit saje. Itu pun dia tinggal seposen-dua balance bagi dekat kita (eh comel jugak toyol ni ingat nak tinggal balance dekat tuan rumah ye? :P)


Kalau bukan toyol, maknanya manusia yang bertopeng syaitan mungkin? Ceh! Sampai hati dia sanggup nak mencuri. Difikir-fikir rasa macam tak malu betul lah siapa yang mengambil itu. Terasa macam terlalu mementingkan diri sendiri. Mata dah kelabu sampai tak ada langsung simpati dan belas nak tinggal hatta sikit pun barang.

Fikir-fikir balik, dah kata nama pencuri. Mesti lah tamak. Tak cukup satu kali, boleh buat 2 kali. 3-4 kali mungkin. Orang cakap selagi tak kantoi selagi itu "selamat".

Saya berdoa semoga Allah memberi cahaya dan hidayah la untuk si pencuri itu. Digerakkan hatinya untuk memulangkan dan memohon kemaafan. Tambahan pula Ramadhan tak lama lagi. Mama cakap mama tak redha siapa yang buat macam ini. (saya pun rasa macam itu). Tamak betul dia tak pandai ambil sikit-sikit. Di sapu licin! Keterlaluan rasanya.

Hmmmmm..

Saya hanya bole tumpang sedih saja lah. Mama siap macam nak menangis cakap "Habis lah.....apa pun Mama dah tak ada dah...kalau Mama mati pun, itu saja lah yang tinggal dekat anak-anak. Nak kumpul/simpan sebanyak itu bertahun-tahun. Siapa lah yang buat ni."


Selain dari itu, terdapat pelbagai ikhtiar untuk kita si tuan empunya mendapatkan barang yang hilang/dicuri semula. Insya-Allah. Jika memang rezeki kita. Kita cuba sajalah selagi tidak melanggar hukum dan syirik. Sesiapa yang ambil itu harap-harap lah bertaubat. Dia kena fikir dulu if kalau jadi ke atas diri atau keluarganya, apa perasaan dia. Tapi mana orang macam ini boleh fikir kan? Lagi-lagi kalau nafsu sudah beraja. Tak kira halal haram semua bedal.

Antara ikhtiar jika kita kehilangan barangan atau barang dicuri orang:


1. Al-Fatihah 7x.

2. Al Fath 1-3 7x







1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,

2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


3. Al Khafi Ayat 19 7x




19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.






4. Surah Al-Ikhlas 7x


5. Selawat 7x.
5. Selawat 7x.

6. Ya Allah 3x.

7. Kemudian wirid dibawah 119x.








8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.4. Surah Al-Ikhlas 7x.

Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.

Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari.

Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.

Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.

_______________________________________


Cara lain yang disarankan adalah macam panduan oleh Dato Dr Haron Din. Sila KLIK.

Jangan lah kita putus-putus berdoa semoga dimakbulkan. Ingat kah kamu bahawa doa orang yang teraniya akan dimakbulkan? Jika belum dapat apa yang kamu mahukan, jangan lah merungut dan mengeluh macam cakap "Penat je minta, tak dapat apa-apa pun. Tak ada apa-apa pun jadi. Sama aje.".

Jangan macam itu OK. Allah tahu apa yang terbaik buat kamu. Allah menguji kamu. Itu baru diambil sikit kepunyaan kamu, belum lagi

_________________________________________

Ada juga saya pernah terbaca tentang membaca Surah Yassin. Setiap kali habis bacaan sediakan satu batu kecil. Baca sebanyak 7 kali. Makna ada tujuh batu. Selesai bacaan, Rebus batu dengan air niatkan dalam hati semoga Allah pulangkan apa yang telah kita hilang. Kita niat juga apa yang kita mahu terjadi kepada si pengambil itu. (tapi jangan lah bukan-bukan). Contoh macam bagi si pengambil rasa tak tenteram duduk umpama macam rasa dalam air yang mendidih selagi dia tak pulangkan...

__________________________________________

Selain itu, banyak ikhtiar dan kaedah lain contoh jumpa dengan orang pakar dengan kes-kes sedemikian. Just make sure kamu jangan lah jumpa orang mengarut-ngarut menjurus ke amalan syirik.

Teringat balik pasal nenek saya. "Gelang Gajah" (orang panggil cam tuh) hilang ghaib dipercayai dicuri. Punya lah sedih dia. Hari-hari berdoa. Baca Yassin. Tidur nangis. Duduk sorang-sorang nangis. Akhirnya sebulan lebih tengok-tengok jumpa pula dekat para masak nasi. (Nenek saya suka masak guna dapur kayu luar rumah).

OK, Asslamualaikum. :-)

* Semoga dapat membantu sesiapa yang kehilangan barang lah. Insya-Allah, barang yang hilang ditemui kembali. Doa banyak-banyak. Aaamiiin.

* Orang cakap, apabila kita kehilangan sesuatu, Allah nak uji kita dan akan menggantikan sesuatu yang lebih baik. Tak kira lah barangan ke orang ke kan. Hilang kereta kecil, siapa tahu lain kali kita da rezeki kereta besar. Kehilangan suami/isteri secara cerai hidup mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu yang kita tidak nampak dan diganti dengan orang yang sesuai untuk kita. Tidak kah seseorang yang baik akan ditemukan dengan orang yang baik juga? :-)

No comments: