Wednesday, January 16, 2013

OK, Kekuatan diperlukan. Entry terbantut.: Reunion


Assalamualaikum.

Saya rasa saya harus membawa sebiji bantal yang cantik ke office. Tidur? No no no. Tabiat itu telah lama saya tinggalkan sejak saya berhijrah ke office baru. Tapi kalau kondisi adalah seswaiiii...aku syak aku akan tidur juga. 

Apa-apa hal pun. Saya belum pernah buat perangai tak jelita. Segan la weh. Bawah tuh ada sofa empuk tapi aku ni kaum minority. Mana mungkin aku nak berlingkar-lingkar dekat sofa itu. Seriously aku rasa pinggang aku sakit. Ya Allah, lepaskan aku dari kesakitan ini. Atau aku alpa nak jaga diri. Bajet macam hulk hogan. angkat barang berat? May be...hmmm

OK lah. Apa lah kene mengena kisah bantal dengan tulang belakang aku dengan reunion. Tapi tak apa. Walau dah lama jadi. 11.11.2012, tapi rugi lah tak tempek. Tiada makna lah lah aku main snap-snap budget gambar semua cantik menawan dan tak tempek kan? Kan kan aje lah ye..

Lagi pun, entah bila lagi kami ketemu semula kot? Punya lah lama. Tahu-tahu dah beruban bagai. Hehehehe

Lokasi...

Masa itu. Musim hujan tak menentu. Tapi sebab nak bagi jadikan juga aturcara ini, maka modus operandi eh tentatif program diawalkan. Seawal fajar menyinsing kauuu.. Jam 10pagi gitu. Tapi...almaklum lah...Janji Melayu. Janji Melayu maksudnya tak menepati masa. Agaknya wujudnya "simpulan bahasa" ini mesti ada sebab musabab nya. Aku ingat zaman dulu-dulu lagi telah berlaku hal kelewatan kot. Haiihhh. Apa-apa hal amalan tidak menepati masa ini adalah kurang comel hendaknya. Kalau zaman pakwa makwa kalau lambat memang la tak kena marah kot. Tapi kalau zaman laki bini harus ada yang cancel planning terus. Isk..hadei..
 

Batch yang datang awal. Tepuk tangan! Pung pang pung pangg! Waktu ini dah ada 5 orang perempuan. Asni tak termasuk pula dalam gambar. Hahaha!

Apa-apa pun den tak salah kan yang lewat juga. Sebab faham sangat masing-masing ada urusan lain dan perlu menyelesaikan yang utama dan telah berusaha sehabis baik untuk menghadiri majlis ini. Memang gua terharu. Eh gua-gua pula dia.  Walau ada yang lewat..tambah dengan diri akak yang terkocoh-kocoh nak balik bagai sebab schedule janji dengan orang dah berlarian (marathon!)

Sebab kan datang awal, maka kami-kami sempat lah berlakun-berlakun bagai macam aksi 1000 tahun tak jumpa. Tapi hampeh. Muka semua keras. Maklum la bakat seni lakun layar tak membiak dalam jiwa kami. Hahaha. Kami redha. Kalau tak mesti salah seorang dari kami-kami ni menang Pelakon Terbaik. Cikai-cikai Pelakun Harapan. Nahhhhhhhhh..berangan.


Aksi lakun layar di pagi hari...betapa keras nya aksi. Konon dialog "apa kahabar orang kampung...lama kita tak berjumpa" (ehh...ni lirik lagu kah??)

Amboi...angkat tangan habis..punya la kuat gebang...


Salam minta ampun..

Setting meja... Gua ingat nak beli la portable table ni. Bagus ni. Kot tayar pancit bole setting kerusi meja tepi jalan sambil tunggu bantuan. Bernas kot idea gini eh? Hahaha

Jadi marilah kita main tulis-tulis nombor hadiah. Sebab AJK tukang buat nombor (aku lah tuh) tak buat kerja. Wakakaka..


Sebab di kalangan kami terdiri ramai ibu-ibu dan isteri-isteri..maka urusan nak atur-atur tikar bukan lah masalah besar sangat. Petik jari je kot.


OK. Beransur-ansur ramai sudah ahli yang hadir. Dalam total 18 orang ek 19 orang gituh. Wa caya sama u all. Yang kata nak hadir dalam 24 orang. Tapi tidak mengapalah kan. Nak buek acaner... So sebab ahli dah ramai. Apa lagi??? Kita isi perut lah dulu. Gigih kot semua sedia makanan. Makanan mengalahkan nak jamu 50orang kot. Walhal ada dalam 18 je. Ada la 2-3 kerat bawa suami. Anak-anak pun ada. Kecik-kecik cenonet je lagi pon. Makanan semua memang marvelous. Ya Allah ya Tuhan kami, terima kasih atas setiap rezeki yang kau berikan... Syukur

 Den bawa penne goreng sukahati. Gasak lah.


 Dua version. Version pedas dengan tak pedas. Anak-anak pun ada kan. Sebab takut ada yang elergik seafood, den tak letak.  Telur pun tak letak. Letak tahu hancur-hancur kan jek. Letak cendawan. Letak banyak sayur bagai sampai kan aku pun nak pitam tengok sayur banyak gila. Healthy la sangat ni kan..?


 Pavlova by Puan Zura. Ya Allah. Sengat sedap. Tak manis gila. Memang masuk mulut sedappp jek. Zura. Please buat lagi. We love it so much!


Roti jala dan kuah nya by Cik Hasni. Pandai Hasni menjala. Memang tak menyesal buat menantu. Sebab nanti raya mesti ada yang pakar buat. Kan? best best. Pukul berapa la agaknya kau mula menjala eh?


Bruchetta by Puan Safa. Dia bawa dua hidangan barat. Ececece. Satu tuh yang sosej pendek digulung roti tempek cheese. Kids loveeeeeeeeeee so much. Even yang tua-tua purba ni pon suka. Semangat aura nak ke Canada tak lama lagi nih...







 
 Beberapa hidangan yang belum muncul dalam ini gambar lagi. Tapi percayalah. Memang banyak makanan. Dengan sandwich. Dengan kuih muih. Jajan semua. Belum masuk air lagi tuh... Ais krim pun ada you olllss!


Ya Allah. Aku rasa tiap kali muka muncul, semua orang rasa teruja. Menjerit panggil nama. punya la sakan kawna-kawna den. Rindu weh. Rindu.



Muka-muka menikmati selera...


Sebab nak memeriahkan suasana, kami-kami bersepakat nak main tukar-tukar hadiah. Wal hal dah tua. Nak juga feeling budak-budak. Eh..kami muda lagi apa? sweet 18 kot? Hahahha!


Hadiah-hadiah nak bagi kepada semua yang bertuah pada hari ini. Semuanya bertuah gituhh. Errr..yang air oren kamea DSLR semua tuh tak masuk senarai eh....


Nak bagi lagi seronok, siap main tarik-tarik nombor tau...gasak lah...sekali tiap 12 tahun kot? atau..entah?

 
Sebab kan aku tukang bawa plastik nombor, memang kelihatan aku gelamer di sini..semua scene ada muka aku...hahaha...berebut-rebut







Aksi tarik nombor. Tarik macam gangster kot? Semua orang doa dapat baekkk punya...tapi memang semua hadiah baekkkk punya...


Jom tengok muka bercahaya sebab dapat hadiah. Lama da tak dapat hadiah nih...

Hadiah nombor 1 - Lina dapat dari aku... (set periuk memasak 7 pieces)


 Hadiah nombor 2 -  Erma dapat dari yus.. (apa dapat eh?


Hadiah nombor 3 -Lina kepada Yus (apa eh?)




Hadiah nombo 4 - Dari Zura kepada Faiz...ya a aauu..wangi ko Faiz ..haha (shower gel youu)



Hadiah nombor 5 - Ayu (Anak Amoy) dapat dari Asni...dia pun main tau..Tq Ayu...(apakah?)

 Hadiah nombo 6 -  Dari Erma kepada Safa.. (apakah??)_


Hadiah nombor 7 aku dapat dari Achot - "Malam Pertama di alam Kubur"


Hadiah nombor 8 -  Dari Safa kepada Achot (apakah eh?)


Hadiah ke 9 -  Zura dapat dari Sue! (Rehal)




Hadiah ke 10 - Dari Liyana kepada Elham (jam)




Hadiah ke 11 - Dari Faiz kepada Liana (terang bersuluh - T-shirt OK!!)





Hadiah ke 12?? Dah berlaku pertelingkahan. Siapa dapat nih?? Siapa punya angkara tulis dua kali? ni angkara kami borak2 masa sesi main tulis-tulis nombor lah nih..wakakak! 




Penyelesaian?? OOOzzzzooomm pleasee! Macam anak-anak OK. Mereka berebutkan hadiah Elham..hahaha




Finally...the 12th place dapat kepada.... Sue! Dapat buku Ustaz Azhar Idris...syok nih..hihih... Errr..Hasni? Mana gambar dikau ha? Dia dapat dari Amoy kot...




OK.. Jaja I tak sempat sangat jumpa..huhu..


OK. Tak larat dah nak tulis. Kalau simpan jadi draft nescaya mesti ditelan arus zaman. Silap-silap tahun 2020 pun tak publish lagi. Bawah ni reka la apa caption eh? Hahaha...Saya sukaaaaaa...ni semua antara suasana. Kalau ditempek...banyak gila...serius..banyak!!




Anak-anak...








Bukan anak-anak lah...hihih...oh...banyak gila gambar...reka lah caption sendiri (kalau mahu)..


Till here. Bye! Agak-agak bila ada lagi nih kan? Pheww! REally love and appreciated this moment...ohhh

No comments: