Ditulis dari rasa hati setelah PRU13 Malaysia selesai...
Saya
ada tanah. Bukan untuk dijual/disewa/dilelong. Tapi - untuk dikongsi.
Walaupun tanah saya ini kecil, tapi dia subur. Jadi boleh lah menyara
hidup dengan hasilnya nanti. Selain itu, ada juga terdapat galian
berharga. Memang molek sangat. Boleh sara kehidupan zaman berzaman kalau
tak di salah guna. Nak berjimba-jimba pun tiada masalah lah.
Saya sayang tanah ini. Sebab ini sahaja yang saya ada. Saya tak boleh
bayang kalau tanah ini hilang. Sebab ini lah tempat asal saya. Saya
membesardi sini. Kalau boleh, bila kongs-kongsi tanah yang comel ini,
saya mampu mewujudkan lingkaran kasih sayang, membina sokongan antara
satu sama lain. Nanti asas begini kuat, saya yakin saya mampu mengukir
senyuman yang bukan palsu. Saya tidak mahu jadi yang tidak elok. Bayang
kan kalau tanah saya ini hilang, agak-agak, manakah kaki ini melangkah?
Kalau melangkah pun, adakah langkah saya itu diterima di tanah baru?
Adakah layanan yang saya dapat sama dengan tanah saya ini. Atau saya
terpinggir atau terpencil atau barangkali berlari-lari sembunyi takut?
Sebab itu saya ajak kongsi-kongsi dan sama-sama jaga.
Saya
nampak tanah saya ini banyak potensi baik-baik. Sebab ramai yang suka
sebenarnya. Suka tengok-tengok, menghayati. Tak kurang juga yang suka
nak ambil/rampas. Haaiiipp! mana boleh...Saya sangat menghargai saya
tanah ini.
Saya tak boleh bayang kalau:
1- Saya seorang Melayu pergi ke negara Melayu lain, adakah saya akan dapat seperti apa saya dapat sekarang?
2- Saya seorang Cina pergi ke negara China (atau tempat cina lain), adakah saya akan dapat seperti mana saya nikmati sekarang?
3- Saya seorang India, pergi ke negara India, adakah saya dapat merasai manisnya kehidupan macam saya dapat sekarang?
4- Kalau saya bukan tergolong dari 3 yang atas, jika saya ke tempat
lain, adakah saya dapat apa-apa kelebihan yang saya pegang sekarang?
Saya fikir tidak. Sebab hujan di tanah sendiri jauh lebih baik, lebih nikmat, lebih manis dari tanah-tanah lain.
Sebab itu saya harap sangat cahaya kasih sayang, muafakat, kekitaan, keakraban, sokongan selalu ada di tanah saya ini.
Saya sayang tanah saya.
Tanah saya - MALAYSIA
Saya ialah - RAKYAT MALAYSIA
Siapa sayang MALAYSIA? Angkat tangan sambil jawap "SAYA". Ramai-ramai
jawap "SAYA" , akan bertukar menjadi "KAMI". KAMI itu siapa? KITA lah.
KITA itu ialah RAKYAT MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment