Assalam
Ha..nak tanya. pernah tak kamu-kamu..masa tengah buat sesuatu duduk terfikir...
"apa ya nak buat untuk cari duit lebih?"
Kalau sama..meh sep sikit.
Saya spesis tak boleh nak duduk diam sangat. kalau dia...tidur terus..wakakakka
Sejak mendirikan rumah tangga ni kan, saya jadi pasif sikit. Bukan apa...aktiviti saya ke sana ke mari kurang. Maksud ke sana ke mari itu bukan lah ke mana-mana. Tapi sibuk tolong ibu-bapa berniaga. Buat lah apa patut.
Tolong pergi beli stok kedai ke, bawa Mama pergi kedai cari barang ke..bawa parents pergi kenduri kendara ke..atau apa-apa lah.
Tapi saya memang boleh habiskan hujung minggu saya dengan segala macam aktiviti.
Kebetulan, dekat-dekat saya nak mengakhiri zaman bujang, Mama sakit. Mama tak macam dulu. Dia strok dan pergerakan dia menjadi "lambat". Dari segi perbuatan hingga lah ke percakapan.. Tapi Alhamdulillah, Mama masih mampu uruskan dirinya. Alhamdulillah
Sebab kan keadaan Mama macam itu, setelah berkahwin saya tidak lagi ke kedai menolong perniagaan Mama Abah. Tapi balik sahaja kerja terussssss balik rumah dan buat ujibakat memasak di rumah. Teman Mama.
Saya ini kaki suka browsing internet untuk tengok benda-benda cantik dan saya memang kaki membeli online. Sebab?
1. kalau jalan-jalan saya tak smepat
2. kalau pun jalan-jalan belum tentu saya beli apa-apa
So...
Bila macam ter "ting" dalam kepala nak apa-apa, terus kita Google aje ha!
Dan saya sangat obses untuk mengumpul pakaian berciri muslimah. Sebab:
1. Saya rasa saya kena jadi better person
2. Saya rasa saya bertanggungjawap jaga diri saya sendiri. Lagi pun dah berkahwin.
3. Tak selesa nak memakai sesuatu yang macam agak ketat.
4. Sebab saya dah gemok! wakakak
5. Kebetulan Jubah sangat "IN" dan kita mula berjinak-jinak.
Tak silap masa tuh terpengaruh suka tengok iklan telekung muka Belle Yahya tu.Ala Belle Bella Ammara wife kepada Carl Shamsuddin tuh...hahaha
Sejuk mata memandang. Zaman tuh Bella Ammara tak "up" lagi tapi selalu perasan iklan Telekung sambil Belle tadah tangan kan.
Masa itu tak teringin pun nak berniaga. Sebab saya rasa saya tiada bakat berniaga tapi bakat membeli sahaja! Wakakaka!
Saya pernah terfikir untuk menjadi Pelukis Pelan sambilan memandangkan saya mempunyai kemahiran menggunakan AutoCad dengan baik berkat kerjaya saya sendiri yang dah pun menjangkau 11 tahun pengalaman.
TAPI!
Saya fikir perlu komited sebab client mesti ada duedate nya. Dah rasa macam gaya kerja office juga. Cukup-cukup lah kerja di offfice kan. Nak kerja santai-santai sahaja. So niat batal lah walau sebenarnya buat partime drawing ni masyuk juga tapi saya kena gadaikan banyak masa saya mencurah kosentrasi. Buat drawing kena ada mood ooi!
Diam-diam saya fikir....
"Apa yang aku minat? yang buat tanpa paksa? Dengan rela hati sanggup buat?"
Sebab masa itu saya rasa saya sangat berminat dengan pakain muslimah..maka saya pun cakap dalam hati
"Nozie, apa kata kita mula jual jubah yang bajet-bajet saja? Sebab bukan semua orang mampu nak beli yang mahal-mahal. Lagi pula tak secara langsung boleh bantu ramai perempuan menutup aurat. Kita cari yang kasual longgar-longgar tak jarang aje"
OK! Set!
Saya simpan niat ni sebelum saya kahwin Jun 2014. Saya simpan niat dalam-dalam. Mencari kekuatan dan modal sebenarnya...wakakaka!
OK sampai sini dulu lah.
Saya sangat suka mengarut. Dan tulisan saya selalu meacam tersasar!
Saya nak tempek lah iklan Bella Ammara masa 1st time saya tengok! boleh?
Ya! Gambar ini lah. Saya terus cakap "cantik nya dia". Macam tenang jiwa..boleh?