RASANYA TIADA YANG NAK BACA SAMPAI KHATAM...
TAPI NAK TULIS JUGAK
ada teman-teman bertanya
"senang ke nak berniaga?"
"senang ke dapat customer?"
"senang ke nak cari modal"
"senang ke dapat customer?"
"senang ke nak cari modal"
Jawapan untuk kat atas: Ada senang, ada susah. Ini pengalaman yang saya
kutip bila mulakan @zirazeal. Saya kena fikir betul-betul. Strategi pun
kena buat walau ini sekadar kerja sampingan saya isi masa lapang dan
cari duit lebih! hehehe. Otak kena bergerak mengkaji walau
tidur..ececece..poyoo!!
SENANG kalau kita dengan rela hatinya
mengerjakan sesuatu. Memberi sesuatu tanpa jemu, tanpa mengharapkan
menerima balasan secara terus dan teruskan usaha apa yang kita plan
dengan ambil kira apa yang kita belajar dan perhati sekeliling.
Bukan kena jadi "geng" dulu baru nak maju. Bukan. Tapi bergerak secara
kumpulan yang beraura positif tanpa ada sedikit secalit hasad dalam diri
adalah lebih baik. Jika tidak, kalau kita kerjakan dengan mengharapkan
balasan... - adalah Lebih baik sendiri sahaja. Kalau bergerak
berkumpulan - make sure kamu betul-betul berkumpulan..if not..there is
more to selfish. Tak best juga kan?
SENANG nak dapat customer(s)
jika kita jaga hubungan baik dengan customers sedia ada. Hubungan baik
itu bukan lah bermaksud bodek-bodek tau. Apabila customer tanya kita
jawap dengan baik, bukan nya berharap MESTI BELI dan push2. Tak apa tak
beli. Sebab layanan kita ini umpama saham di masa hadapan kita. Mana
tahu mereka akan muncul kembali diwaktu akan datang. Layan customer
dengan jujur dan beri pandangan yang baik dan betul bukan cuba
mempengaruhi dia sekadar untuk membeli sahaja. Customer ini jenis
dia...kalau beli..tapi salah dia jadi patah hati lepas tuh terus set
dalam minda "taknak beli dah dengan dia".
Kawan booth curi-curi ambil gambar masa kita tengah approach customer..Masyaallah customer sangat baik dan yang budak kecik itu anak dia. Ini merupakan pelanggan pertama Zira Zeal masa itu.. alhamdulillah..
Kalau cerita bab
pengalaman yang setahun jagung popcorn ini.. banyak pancaroba. Bermula
dengan kosong. Betul-betul kosong. Bermula dengan secara tak sengaja dan
seronok-seronok sahaja. Masa itu pakai duit gaji sendiri buat rolling.
Tak sangka melarat pula. Rezeki Allah nak datangkan. Kadang kita pun tak
perasan. Sampai sekrang be rolling-rolling sampai tak nampak apa yang
di roll...wakakaka! Alhamdulillah makan pakai Insyallah dimudahkan.
Pernah saya "Zero sale" masa 1st day buka booth. Masa tu 1st time kita
buka. Mulut pun berat. Senyum pun macam senyum kambing ke apa sebab
takut. Senyum FAKE orang cakap! Hahaha! Senyuman yang dilempar pun
kadang terbantut sebab orang pandang sekali lalu. Kadang ayat-ayat kita
baru nak lempar "ye kak...murah-murah aje
kak...offerrr.............errrr"... - dia dah blah macam itu aje. Tapi
tak payah la sakit hati. Customer memang kadang-kadang begitu. Tak apa
lah. Oh..lupa cakap..kalau anda spesis mudah kecik hati dan sakit hati
maybe berniaga bukan bidang anda. Sebab sabar dia banyak nak pakai masa
berurusan. Hehehe
Masa 1st time buka Booth di MBO Klang...
Antara stok yang di bawa. Nak bagi customer pagng-pegang pun OK dah...
Tapi masuk booth hari ke 2 dan ke 3
Alhamdulillah. Dah pandai dah sikit-sikit nak approach customer(s).
Senyum dah tak main FAKE takut-takut dah. Kita buat aje. Sebab ketebalan
malu semasa berniaga kena kita tipiskan. Dan ini memang terbukti dengan
pengusaha yang telahpun berjaya. Malu letak tepi asal kita buat tuh
betul. Insyallah.
Personally masa berniaga Booth 1st time saya
tak sedih pun masa Zero Sale tu sebab pada saya dapat hulur Business
Card dan cakap-cakap berbual dengan customer yang membelek dan melintas
pun dah OK. Sebab memang buka Booth untuk kenalkan barang kita. Itu aje.
Nak harap kuasa internet memanjang...berapa juta orang pakai internet
dah kan? Berapa juta yang berniaga online dah. Berapa pula ramai nya
orang yang nampak iklan kita terhuyung hayang tayang produk sana sini
kan? Berapa banyak pula jenama produk yang well known jadi kegilaan kan?
So kita kena berani guna jalan apa yang ada.
Antara kawan yang hadir bagi sokongan...
Dan saya paling
suka bila Customer "lama" datang kembali kepada kita untuk membeli. Dan
lebih terharu yang tak beli masa mula-mula dan contact kita untuk beli.
Malah ada yang buka beg kemas-kemas jumpa business card kita dan terus
browsing FB dan Instagram stalk kita dan watsup kita. Memang saya rasa
berkesan sangat. So untuk yang berniaga walau ala-ala tuh... saya
sarankan buat Business Card. Penting. Lagi pun Business Card ni
menunjukkan kesungguhan kita sebenarnya. Dan jangan lupa mendaftar di
SSM. Ini membantu kita dari orang ingat kita ni nak menipu ke apa..kan?
Buat aje wehh..tak kisah la nanti kau berniaga hidup ke takk...
Design pertama Business Card Zira Zeal..buat laju-laju. Esok nak berniaga..hari ini baru terfikir kena buat dan terus cari orang print kan...hahhaa!
Apa-apa pun kita berusaha lah. Jangan buat hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Jangan ikut trend orang berniaga kita nak berniaga. Soalan
pertama sebelum buat "Minat ke tak??". Soal modal korang letak aje tepi
sebab kita boleh aje mula secara paling ciput-ciput pun. Tak semestinya
nak kena buat langkah besar grand-grand sampai nak buka
butik..kolaborasi artis..pakai model-model. Just show your strenght dan
effort dulu...tengok hasil baru boleh nak fikir buat apa.
Saya
sendiri pun tak terfikir boleh langkah sejauh begini. Dengan beberapa
produk. (masa awal dulu-dulu saya jual produk orang..bukan
dropship..saya gamble beli sendiri semua dan jual).
OK lah. sebenarnya post ni adalah dari last week saya type. Bersambung-sambung bila Free.
Sekarang akal dah mati Jadi kita end sini aje lah.
Doakan lah saya dan ZiraZeal ni berjalan dengan baik-baik sahaja ye..
Terima kasih atas setiap sokongan dan doa ya. Mak terharu tak habis-habis dan paling excited bila dapat PM/WAtsup...wakakaka...
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment