Ini macam boleh dipanggil sindrom awal bulan. Awal bulan sahaja. Bukan tiap-tiap bulan. Kalau tiap-tiap bulan boleh mengakibatkan seseorang menelan air liur berbunyi gulp-gulp sambil menggeleng kepala. Mungkin macam rasa nak pitam sikit-sikit tapi tak jadi pitam.
Sepatutnya perancangan aku membeli senaskah Al-Quran baru. Tetapi lain yang jadinya. Ini la dia kalau bersifat lali dan leka. Lain rancang lain yang dibuat.
Teman saya tiada hari ini (Sabtu). Maka saya merajinkan diri sendiri untuk membuat aktiviti solo. Tak boleh buat aktiviti berduet mahupun ber-trio. Tak apa lah.
SMS teman office. "Oii jom kita pergi Expo Home Deco kat Stadium Shah Alam".
Dapat balasan "Ah..ko lambat. Schedule aku penuh sabtu-ahad ni. Maklum lah baru gaji"
OK. Fine. Ampeh betul. Aku diibaratkan melukut di tepi gantang. Macam tanduk tak berguna lagi dah. Bosan makcik macam ini seorang diri membawa diri. Rasa macam tiada arah tujuan nih. Tak apa.
Oh..den pagi-pagi ado program.
Mula-mula, jam 10 pagi menunggu mamat Astro datang rumah untuk memasang kuali hitam dibumbung. Sambil menunggu, saya buat-buat rajin mengelap-ngelap apa patut. Sifat apakah yang aku miliki ini? Sifat pura-pura kah sebab hanya buat-buat? :-P
Sekali mamat Astro call cakap lambat. Dia ada installation di Putra Height sebanyak 2 biji rumah. OH? bagaimana dengan aku? Harus lah menjadi penunggu. Tak apa. Tak apa. Habis rosak agenda aku nak meronda sana sini. T_T. Tak apalah. Aku tiada janji dengan sesiapa pun setelah lamaran aku meredah Expo Home Deco ditolak mentah-mentah oleh Ona.
Jam 1.45pm baru muncul itu van yang bertanggungjawap memasang kuali hitam di bumbungku.. Ku sambut kedatangan penuh senyuman dibibir. Ecececee. Haruslah maniskan muka sewaktu mengalukan tetamu kan? Kalau muka macam mak lampir, dia pun gerun nanti. Tapi OK juga kalau gerun. Mesti dia cakap "Tak apa kak, installation tak payah bayar. Saya bagi percuma sahaja". Hahahahaha!
OK. Dung dang dung dang. Siap dah pasang kuali.Dalam pukul 2.15pm kot dah masa itu. Aku mood dah tak berapa nak rajin. Maklum lah. Aku kalau dah lambat-lambat memang boleh mengakibatkan kemalasan. Tambahan lagi kalau perancangan itu memang untuk aktiviti solo. Mesti dah jadi 50/50 je. Kalau aktiviti berkumpulan lain lah. Wa la yang paling semangat nak attend ooii!
List untuk aku nak usha minggu ini (patutnya hari sabtu ahad yang mulia ini):
1) Al-Quran
2) Yassin
3) Plug Extension
4) Tukar tayar kereta yang dah nak bengkak-bengkak tuh
5) Toner muka
6) Cek bateri kereta
7) Beli baju labuh buat jenjalan
8) Beli kain plain warna hijau muda susu dan oren untuk dibuat baju.
Dari benda-benda yang di list kan di atas, apa yang jadi sehingga hari ini (Ahad)?
Sabtu:
1) Membeli tempat gantung-gantung sudip kuali, periok etc yang ada hook di Home Deco Expo tuh.
Ha...yang ada hook banyak-banyak tuh. RM20 sahaja. Aku tak tau nak panggil apa perkakas ini.
* image search google kata kunci "hanging tools for kitchen cabinet"
2) Membeli ampaian stainless steel yang boleh dilipat-lipat yang attached dekat dinding tuh. Beli time Home Deco tuh juga... Ada yang panggil "Retractable Clothes Hanger". Bantai la. Janji ko paham.
OK. Ini wall mounted ya puan-puan. Taknak pakai, tolak tepi. Nak pakai tarik. Boleh buat penjimatan ruang. RM100 sahaja untuk 1.5m. Ada yang 2m. tapi saya tak beli, nampak macam tak kuat je (perasaan aku la). Hahahah! pandai-pandai sahaja aku cakap tak kuat. Padahal kuantiti sama je. Yang 2m ada 3 batang rod. Yang 1.5m ada 4 batang rod! Jadi bilangan kain yang boleh digantung lebih kurang sama la kan? sebab total panjang rod 6m juge? (amacam matematik ku? boleh tahan je la kan? :-P)
* image search google kata kunci "foldable stainless steel clothes hanger"
3) 2 pasang baju kurung bermotif "bulat-bulat". Nampak lah aku "in" sikit dengan trend kan? :-P. Padahal sebab offer 2 pasang RM90. Aku beli lah. Hahahahaah!
4) Makan nasi putih pari + sotong bakar+bendi dekat food court Giant. Makan solo. redah ahh. Peduli den. Den lapar bona nih.
5) Membawa Mama pergi Carrefour Subang Jaya. Patut membeli "fruit display container". Sekali sebab tak ada pergi beli lain pula! T_-
6) Alang-alang sampai Carrefour, boleh lah pergi Nagoya beli kain. Tapi bukan kain aku. Kain Mama. Tak sampai setengah jam dia dah pilih 5 set kain 4meter untuk dibuat baju. Kalau aku, 1/2 jam belum tentu aku dah jumpa apa kain aku nak. Sebab pening banyak sangat! Hahahaha
7) Telah tergoda dengan kedai kasut cap XES yang offer "tambah 10sen" dapat dua pasang kasut. So sebab macam gila dan meroyan sikit-sikit, aku paksa Mama beli kasut juga. Sebab kalau beli kasut seketul sahaja, aku kena bayar RM69.90. Kalau mama beli kasut juga, aku kena bayar RM70 je untuk dua kasut! Kekhekehekeh! Offer untuk 2 hari sahaja yoo! Aku beli 4 pasang semua. Nanti nenek saya nak datang Khamis ni boleh suruh dia pilih nak mana. Kalau taknak, saya lah yang pakai. Apa susahhh...
XES appeal...
sila belayar sendiri ke XES dengan menggunakan kaki dan tangan anda atau hanya ke web nya. Boleh shopping online juge katanya,,,
Ahad:
1) Menukar salah satu baju yang beli semalam. Macam tak best pula satu baju itu. Nasib baik akak tuh bagi tukar.
2) Membeli toner. Eden pilih cap "Simple".Poyo gila rajin siap beli kapas muka sekali. Hahahah!
OK. Kita tengok berapa lama aku bertahan pakai ini ya...
3) Susu Omega untuk Abah dan Mama satu peket paling besar. Sepeket sederhana untuk saya. Dah 2minggu lebih saya tak minum. Hai kolestrol, apa khabar kamu di sana ha? Bergembira?
4) Membeli barangan peribadi lain.
4) Membeli barangan peribadi lain.
OK lah. Sekarang mood saya rajin. Nak keluar. Cari yang sepatutnya saya perlu - Al-Quran dan extension.
Have a nice weekend yoo!
* Total pocket lost/damage minggu pertama: Tak mau kire!Aku nak duduk diam sahaja minggu seterusnya sampai habis bulan. :-P
No comments:
Post a Comment