Wednesday, March 28, 2012

(3) Ronda-ronda bersama Lara Dutta


Assalamualaikum semua. Siapa sini nak meronda dengan Lara Dutta?

Apa? Siapa kau tanya? Isk kau ni tengok cerita Billu Barber yang Hindustan Sabtu beberapa minggu lepas ke tak ni? Oh..Akele Hum Akele Tum kau tengok sebab ada lelaki comel. Ya lah..mentang-mentang lah Billu itu sang penggunting rambut..

Takpe..takpe. Tak kenal Billu tak apa. Tapi mari la saya tempek gambar Lara Dutta edisi kampung-kampung..

Nice ho? Memang la nice kata penah pegang mahkota ratu dunia kan? Miss World ke Miss Universe eh? Lantak lah...

apa-apa pun. Oo...pandai eh. Mentang la nampak kampung-kampung semua tak mahu ronda-ronda.

Meh ah tempek edisi Town sikit..

Amacam? Edisi Moden ni. Edisi "terlebih" sendiri Google la...

Ha..nak ikut tak? Nak ikut tak. OK tak pe..takpe..taknak ikut takpe. Akak tak peduli. Apa-apa pun tolong lah ikut akak meronda PPAS RATU lagi sekali.

Bahagian (1) & (2) dah cerita dah. Sekarang ni masuk yang bahagian (3). Akak tak pastilah berapa bahagian ada kan, tapi yang pasti tak banyak episod macam Sinetron Safa dan Marwah ke ape tah tuh. Janji!

Mari cepat naik bus. Akak ajak ronda macam ronda zoo sahaja. Itu sahaja yang mak mampu nak..

Bahagian ini pula saya nak cerita apa yang ada tingkat atas selain Ground Floor yang selalu den redahkan ituewww! Gedik mengeja macam itu!


Macam yang kelihatan -setiap tingkat adalah berbeza warna karpet. Tingkat G Oren, Tingkat 1 Biru, Tingkat 2 Merah, Tingkat 3 is...errrr....

Semua access etiap tingkat pakai tangga bergerak atau lif. Seperti yang dah bagi tahu, level atas-atas inilah terdapatnya susunan buku. Tidak seperti level ground yang santai.

Tingkat-tingkat ini terdapat ramai student duduk dengan tertib mengulangkaji dengan tekun tak buat bising di meja. Tak sangka saya ada budak-budak tekun zaman sekarang ini. Hahahah!

Tiada set sofa-sofa guling-guling macam tenggiling. Kebanyakan bercorak meja study. Sofa yang ada adalah simple Macam warna hijau dalam gambar.

Budak-budak duduk tertib dimeja. Tengok sofa tepi-tepi simple sahaja. Tak ada nak cushion kecil-kecil berbulu ke apa.

Walaubagaimanpun, kelihatan tidak semua rak penuh dengan buku-buku lagi. Nanti kene penuhkan rak-rak dengan buku. Macam kebanyakan library, setiap rak adalah berbeza bahan dalaman dia. Ada keagamaan, Sejarah, Motivati etc.



Bahagian deretan buku-buku...Akak bersila sahaja sebelah rak ni masa belek-belek buku...





Contoh-contoh buku yang dijumpai oleh sang peronda...

Eh...OK..OK..Macam mana I lupa ini. Sini ada geng-geng sofa geng-geng Starbuck. Semua dekat tepi mengadap dinding kaca yang nampak tasik belakang nun.



Kerusi macam best macam kerusi juri cerita realiti TV " The Voice". Tapi dia tak lah berpusing-pusing laju bagai... Kalau saya main menyorok-menyorok harus tak boleh nampak la kan..

OK. Untuk tingkat-tingkat atas ini terdapat gym you ollss!


Alamak. Tak berapa clear la dik...Nak masuk/guna macam mana? sila tanya kaunter ehh..


Erm..apa lagi? Oh TV 42" masih juga terdapat disetiap tingkat. Jadi boleh la kita tengok cerita siri korea bersama-sama sambil touching-touching dan feeling. OK Tipu. TV tak pernah nampak berbuka lagi. Mungkin hiasan semata?

Level atas-atas ini juga terdapat ruang komputer cap Apple macam ground floor.

Time akak ronda-ronda ini, adalah lah nampak 4-5 biji laptop dibuka. Kata tak boleh bawa masuk. Entah lah. Anggap sahajalh terlepas dari sistem kawalan. Kekekeke!  Erm..kalau perasan, naik level atas, dekat pintu masuk ada disediakan locker untuk simpan barang. Tapi budak-budak ini akak tengok tinggal sahaja beg-beg bersusun tepi-tepi dinding macam itu. Gasak la nak, jangan barang hilang sudah lah..

OK..Ok...lupa...level 1 kan ada ini..

So kalau barang hilang sila ke bucu dekat dengan kaunter. Ada display..so boleh la mengaku mana satu barang kamu yang hilang (kalau ada)

Ha...macam gitu lah lebih kurang rupabentuk PPAS RATU ini. Memang la sangat sesuai buat kamu cari ketenangan. Tak payah la kuat sangat main game dekat Summit ke Pyramid ke atau kedai CC lain itu. Elok kamu pergi sini sahaja.

* ramai juga anak-anak stylo muka brutal pergi library rupanya eh? Ingat yang nerd-nerd jek..kekeke!

Sila ke entry seterusnya untuk hal-hal lain. Entry ke (4) eh. Akak rasa dah nak habis cerita bersiri akak ni.
Hoh! Saya lupa nak kenalkan kan Billu Barber.
 Hi! Namaste. Mere nam Billu hei. Barber is my job!
Hope enjoy!

No comments: