Monday, December 17, 2012

Cuti-cuti Sabah (5) : Hari ke 2 - Menjadi Duyung di Pulau (17 Sept 2012)



Assalamualaikum semua..

Again. Jangan pengsan-pengsan dulu. Sebab asyik nak cerita hal pergi Sabah sahaja. Hari ini mari aku share apa je kitorang buat dihari ke 2?

Hari itu kami bangun awal. Sebab semangat nak snorkeling kan. Semalam lepas makan dengan lahapnya, terus enak dibuai mimpi. Fuuuhhh

Sebelum memulakan perjalanan kami. macam biasa, benda utama kene suapkan mulut dulu. Supaya perut sukahati. Kalau sudah sukahati maka boleh la kita meloncat-locat girang bukan kepalang (?).

Kita tuju Kedai Kak Tini kita dulu tuh la kan. AAAuuummm!

Selepas itu berlenggang kangkung can malican ke Jetty. Dalam hati doa banyak-banyak supaya awan kasihan melihat kami yang beria-ria nak snorkeling. Alhamdulillah. Walau nampak mendung-mendung di Jetty, tapi di Pulau sihat je terang benderang.

Kita nak ke pulau-pulau bukan naik feri ya kawan-kawan. Bukan juga naik kapal mewah macam Titanic ke apa. Memang tak ada feeling you jump I jump ke apa la kan. Kita bantai naik speed boat jek. Sekali dilampung ombak pap!!! sakit punggung weh. Tak ada nak berbantal ke tempat duduk dia. Mungkin sapa nak bawa bantal sendiri dibenarkan lah kot.

Sebelum itu kami collect barang snorkeling bersekali safety jacket kita. Semangat, pakai awal-awal kau. Lagi-lagi makcik yang duduk menaip entry ni la kan. Sakan kau. Hmmm (ampun kan aku, aku memang suka teruja lebey..hahaha).

Suka aku nak bagi tahu. Enty ini juga mengalami lambakan imej. Hahaha. Dan! Saya nak pesan ni. Kalau pergi pulau, bawa lah sebeban stok makanan untuk mengisi perut anda. Tapi sebenarnya sana ada juga cafe cuma mungkin tak memenuhi kehendak. Selain dari itu, di Pulau terdapat buffet Lunch BBQ. Takde pula aku tanya berapakah hanganya.

 Pagi-pagi pergi Jesselton Jetty untuk collect resit. Pakai lah paling sempoi. Aku takde pula nampak awek-awek siap2 dah pakai bikini dari Jetty ni kan..hahahah

 Kalau lihat awan rasa seram-seram juga. Sebab memang nampak mendung nak hujan hari itu. Kalau perasan, dari gambar di atas nampak ada satu hotel menghala ke laut. Tak salah saya nama hotel itu Habibah Suite.


 Dua gadis yang dah siap sedia macam nak pergi perang.


 Sesi ambil muka sendiri sebab __________ (eh isi la tempat kosong...hahaha)



 Muka semangat nih...

 Kelengkapan...

 

 

Seronok-seronok nampaknya ye? 

Jejak jetty Pulau Manukan. Ha itu la rupa bot kita naik tuh...

OK. Untuk pengetahuan semua. Semua kepulauan ini kita panggil Taman Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Park). Semua pulau-pulau duduk sini lah nih.

Taken from wikipedia:

"Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah.

Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut."
  
Sampai sudahh...

 Welcome to the Park...

Pulau pertama kami tuju ialah Pulau Manukan. Di sini kita akan dikenakan bayaran. Kita hanya perlu bayar sekali sahaja. Simpan resit. Apabila ke pulau lain just tunjuk sahaja bukti dah bayar awal-awal tadi. So jangan la sesiapa ter-nak pergi bayar lagi kan. OK?

Bayaran...sila klik untuk tumbesaran

OK. Bila sampai-sampai je jejaak kai kat jetty terus feeling kagum-kagum . Sebab nampak ikan berenang-renang. Air jernih cantik. Ikan berkumpulan dan bersaiz kecil. Eh rasa nak terjun tangkap sahaja. Walhal aku berenang pon tak pandai.

 


 
 Ikan sana sini...

 
Ini Manukan...nikmatilah...apa yang saya boleh lihat, ikan di sini banyak kelihatan tapi bersaiz kecil..


Boleh kamu lihat tone air nya? subhanallah.

 
Muka ambil mood kejap..Sendiri pegang sendiri tangkap gambar...

 


Sekarang mari siap-siap..mau snorkeling lah...gaya ada dah nih..

 
Eh? Ini buat Gangnam style ka? Aku rasa maca pergi belum lagi glamer Gangnam-gangnam nih.. 

 
Are you readyy? 


Tak silap saya kami duduk di Manukan sampai jam 1 tengahari. Jadi boleh la bayang tahap sun-burn kami. Tapi aku muskil. Tina dan Hasni cakap aku macam tak kena kesan bakaran matahari pun. Macam makin putih jadinya. Ke aku serasi benar dengan air garam? Ke aku duyong sebenarnya? Hahaha..Imun dengan garam dan matahari...hahaha


Sila gunakan pencuci muka dari garam...kekekeke...Tipu!

 
Kemudian kena la tunggu dekat Jetty semula untuk menaiki speed-boat ke Pulau Sapi pula. Eh lupa nak cakap. Naik speed-boat bole tahan sakit punggung ni. Tau bawa bantal lapik. Manja! Puuiihh! T_________T

Suasana Pulau Sapi lain sikit. Nampak Airnya lagi cantik dari Manukan yang memang cantik juga itu. Ikan nya pula adalah bersaiz besar dan warnanya seakan-akan warna air laut itu sendiri. Bila dia melintas dekat depan mata baru nampak! Hahaha


 

On the way ke Sapi...

Welcome to Sapi Island...

 

Wahhh..dari celahan pokok..tengok tona airnya...Subhanallah. Aku dah terkinja-kinja Walha da sakit ketiak sebab main kuak-kuak kat Manukan tadi kan... 

Ikan di Sapi Island 

 
Seronok menjadi duyong-duyong... 

Feeling-feeling...


Ini bukan otak...tetapi....baru karang terdampar

Ada banyak sangat gambar sebenarnya. Tapi kang kamu-kamu tak lalu nak melihat. Aku bukan pergi angkasa lepas ke apa nak tunjuk seketol-seketol korang tak pernah tengok, kan? Hehehehe

Dalam jam 4 petang kami bergerak pulang ke daratan...

Selamat tinggal pantai yang damai...



Feeling-feeling dalam bot...

 
Salah satu pemandangan sewaktu menurunkan penumpang-penumpang yang tinggal di hotel menghampiri gigi air. Tapi air ini tak tajam sebab dia rongak (?) - abaikan..

Sampai sahaja Jesselton Jetty semula, kami mengatur langkah. Sambil memakan ais krim - Magnum sambil melintasi kedai-kedai dan juga Suria Sabah. Aku makan dua batang. Satu Almond satu Capucino. Nikmat hidup...oh..

Malam ini kawan aku dan Hasni masa belajar dulu nama dia Balya nak belanja. Dia jadi pemastautin Sabah bah...Alhamdulillah...ada orang nak bawa kami jalan-jalan belanja makan...burp!

Member kami, Balya bawa makan seafood di Luyang. Kedai ini antara kedai yang mendapat status halal di Sabah. So menu-menu kita serahkan kepada tuan yang terer meng-order. Suruh aku order, kompem aku mintak yang bukan-bukan.


Kedai makan Sedap...

Juadah-juadah yang dipesan.. sayur tuh special di Sabah- cuma ada di Sabah sahaja. Sayur manis kut nama dia?

Butter prawn...

Hoi! Ini bukan siput babi lah. Ini siput tarik, Nak makan kene tarik pakai lidi. Sedap rasa dia dicicah kuah asam....isk..terbayang-bayang nih..slurpp~

Sup ketam dan jagung...enak lahh...Satu gambar yang tak sempat snap ialah Ikan....sebab kami dah melahap tak sempat-sempat...hmmm..rugi plak...kalau tak boleh senyum dengan ikan. Jangan kata ikan...muka sendiri pun aku tak ambil gambar...cessss~~!

Tahap kelicinan tak payah nak pertikai. Harap je perempuan. Tak control pun. Hehehehe

OK. Mungkin antara kita macam rasa susah sahaja nak cari kedai makan yang tak meragukan kan. Saya ada jumpa link yang dapat membantu anda. Insya-allah...

Sila melayari sini la... KEDAI MAKAN HALAL DI SABAH


Alhamdulillah.Terima kasih kat kawna Balya sebab susah-susah ambil kami di hotel..bawa makan...perg ronda segala pasar malam...semua-semua lah. Balik je hotel..tengok TV entah cerita apa tah. Tahu-tahu selamat maju jaya bangun solat Subuh esok pagi jek..Haiii la...

Esok kami sudah mahu pulang...alahai...macam tak puas macam mana nih??

Bye!
 


No comments: