Thursday, December 6, 2012

September: My Best Friend Wedding!


Assalamualaikum...

Yiiiihaaa..sekarang bulan December tapi nampaknya diri ini masih di belakang. Mahu cerita tentang September. Tak boleh tak cerita sebab antara kenangan yang kena diingati. Maklum lah..pertama kali kot orang melamar aku jadi pengapit.

Puihh~~ Melamar apa kebendaanya. Gedik betul kakak ini kadang-kadang. Hmm. Boleh tahan juga engkau ini, kan? Hahaha

08 September 2012 (08092012). Hari sejarah. Sejarah yang membahagiakan. One of my best friend masa sekolah darjah 4 sampai lah sekarang menamatkan zaman kebujangan nya. Kini semua dah pegang status "isteri". Maka tinggallah aku terdampar dengan title solo. Aku happy weh dia ajak aku jadi pengapit. Tak pernah-pernah ada terlintas dihati orang lain nak ajak aku weh...hahahah

Nak tengok muka Happy macam mana?

Kejap lah. Nak tunjuk inai di jari dulu..hahahah. Malam itu teman Hafni pakai inai. Tiba-tiba macam tertempek pula 2-3 pasang tangan tumpang sekaki. Nak feeling pengantin sikit-sikit. Hahaha. Laaaama gila tak pakai inai.


 
Tangan pengantin....

 
Tangan menumpang populariti pengantin...(sebelah sudah la..jangan lelebey eh)

 
Balik rumah pun tak habis-habis membelek dengan hati-hati supaya tak ada apa-apa. Tapi...sudahnya salah juga cara membasuhnya. Huhuhuh~~

Inai yang telah sempurna di tangan pengantin..


 Sekarang mari aku tunjuk muka pengapit yang dalam kehappy-an ituhh


Siap pakai duit berkat lagi ko...eh 1st time pakai seumur hidup nih..

 
Masa akad nikah..

3 serangkai... Aku-Haf- Zue...patut ada Shu tapi Shu di Australia waktu ini.

Walau dia (Shu) dekat Australia...anak dia jadi wakil - Raisha

Bole tahan bulat gak pengapit tuh...cess~~!

Pasangan pengantin Alhamdulillah dan tahniah.

 
OK..ini masa selesai akad nikah...

Sekitar majlis...

Oh mawar..

Pelamin...cantik kan? Saya suka...bunga-bunga besar dalam pasu tuh...

Masa persembahan artis jemputan....Ainan....err... blueekk!


Buat rakan ku - Hafni dan suami, semoga perhubungan suci yang terjalin ini akan berkekalan dalam keadaan bahagia (walau ada pasang surut nya) hingga hujung nyawa kalian dan terus bersambung hingga ke Jannah. Aaamiin.



No comments: