Monday, February 14, 2011

Ini Kamera Digital Punya Pasal

Membuatkan saya "miskin" photo kenangan. Serius!. Gambar simpanan saya yang terakhir adalah sewaktu saya belajar. Kasihan kan?

Sejak menjejak kaki ke alam kerjaya, walau pun sifat gila menyelit dalam setiap photo masih ada, tetapi malang, hanya diabadikan secara "salinan lembut" sahaja. Eh...apa betul ke panggil macam itu? OK lah..bahasa yang lebih mudah dipanggil di zaman sekarang ialah softcopy.

(ah Nozie, kau saja nak buat complicated kan? :-P)

Betul...berasa sangat miskin kerana kena on PC/Laptop/Pasang CD untuk view photo dan sengih sorang-sorang. Yes, senyum seorang diri sambil menatap photo adalah tabiat aku. Aku akan meneliti hujung ke hujung gambar. KAdang-kadang orang di latar belakang photo aku boleh perasan apa dia buat. Hahahaha..

Nilai sentimental untuk photo kenangan tiada di situ. Melainkan dia berbentuk "salinan keras" (hard copy). Yang boleh dipegang di tatap 18juta kali sebelum waktu tidur ke. Agak-agak mamai, kau boleh peluk album. Eceh! Macam cerita hindustan bila hubungan di sekat keluarga dan hanya gambar sebagai pengganti diri je kan? Hahahaha. Merepek!

Ini Album yang berjaya di selongkar...berbentuk hardcopy...Oh! Rinduuu

Sejak berkamera digital ni..

OH! lupa nak perkenalkan kamera tersebut. Di beli sendiri untuk kegembiraan sendiri di hari jadi. sendiri (sound like...ermm, nevermind). Time tuh penggunaan Digimon...eh..Digital camera adalah sangat popular dan sangat lah up-to-date berbanding kamera yang kene load film roll dan kena hantar kedai untuk cuci tuh. Hahahaha. Time itu mana famous SLR ke DSLR ke ape kejadah semua itu. Yang pakai pekakas tuh yang pro saje. Berganda-ganda mahal. Mana MAkcik mampu waktu itu. LAgipun memang tak pro. Tapi kalau orang bagi sebijik, aku amik jek... :-P

(So? sekarang mampu dah ke? Errr..kalau mampu pun, bukan lah keutamaan saya sekarang ini. Cukup dengan yang ada. Masih berfungsi, cuma baterinya manja sangat. Letak saja, habis...dah tukar ganti tapi still berperangai begitu, tapi tak apa, saya tak marah dia * ada kecewa di situ sebab sedang syok-syok ambil gambar, dia bunyi warning "tit tit tit" - bateri low...huuhu)

Ini hadiah hari jadi, mungkin tahun 2006 atau 2007 mungkin. Lama kan?

Walaupun antik, saya suka dia. Sebab? dia mempunyai wide screen. Dan...errr..lain-lain tak apa lah. Malas nak cakap. Beli dia kerana itu sahaja selain dari peruntukan bajet ketika itu. (sekarang murah dah dia ni, dulu...erm...mahal youuu...hahaha)

Sebenarnya saya sudah tersasar cerita. Saya nak bagi tahu kamu-kamu semua. Jangan malas cuci gambar untuk simpanan kenangan. Ianya PERLU. Betul...sebab kau akan terimbau-imbau. Ohhh...bestnya kan?

Ini sebenarnya juga mahu mengatakan yang malas mencuci gambar itu adalah saya sendiri. Sebab? lepas snap jek dah boleh view, dah boleh muatnaik (upload) atau muat turun download). Tak gitu? Itu yang kadang gedik snap 2-3 keping terus nak view. Agak-agak muka macam dinasour terus boleh delete cakap taknak kenang. Hahahaha...

Kalau guna kaedah tradisonal pertengahan (kamera kene load film roll), kita mesti cuci di kedai gambar, baru boleh tengok hasil. Sebab kan tak sabar-sabar nak tengok hasil lah aku rajin bukan main hantar cepat-cepat ke kedai. Lagi pun nak elak film roll masuk angin (keluar asap). Hahahaha

Selain itu, dengan rajin mencuci gambar, kamu takkan rasa frust yang amat sangat sampai meratap-ratap jika simpanan kamu hilang. Contoh macam kau punya pendrive rosak ke..hardsik rosak ke...laptop kene curi ke...adik terdelete files ke..ape-ape aje lah. JAdi macam itu, kau gigit jari lah nampaknya. Memori tidak boleh dijual beli bebeh! Lainlah kaedah lama pakai roll, nanti tokei kedai bagi kite copy film.. Huhuhuh

* Yang best Digital ni...boleh edit-edit..agak muka gelap kasi cerah..agak-agak ade taik lalat yang taknak nampak ke..jerawat ke..bole kasi buang...lepas itu boleh tempek segala macam bagai..ceh! (banyak cekadak kau!)

So...sebagai penutup entry, saya berasa sangat kesal sekali kerana mengabaikan tanggungjawap untuk mencuci gambar. Dia mana ianya terkumpul sejak 2004 lagi. So imagine la..berapa banyak nak cuci? Dan berapa banyak saya nak kumpul balik. Damn! Orang malas memang selalu sengsara nampak gayanya.

JAdi kesimpulan sebenar ialah:

Bukan kamera digital itu punya pasal TAPI..aku sendiri punya pasal yang MALAS..

Sekian...babai... * malu



1 comment:

mizzura said...

memula ada camera digital..aku adalah dalam 2 3 album cuci..pastu tak koser ah..hehhe..