Monday, February 28, 2011

Jangan Menipu, Walau Kau Rasa Lebih Mudah


Ye anak-anak (yang bernama KITA)...hari ini Cikgu (yang bernama KEHIDUPAN) nak cakap dekat kamu...

Masa kamu kecil-kecil juga ibu-bapa sudah ajar jangan menipu kan? Kalau kau kantoi kena tipu, kau kena la rotan ke bebel ke apa. Mungkin sampai berjuraian air mata kau. Hingus keluar-keluar.

Tapi kadang-kadang, main -main tipu-tipu menyakat kawan ke menyakat adik ke tak ape. Itu nama dia "have fun". Tapi jangan keterlaluan tau. Bahaya! Contoh macam kau buat prank call kat kawan kau...lepas itu dia tiba-tiba stok yang gabra. Dia terus lari tak tentu arah, kemudian tiba-tiba dia kena langgar time melintas jalan. Ha! amacam? "have fun" ke tak kau? So agak-agak lah..

Sebenarnya, kadang-kadang berkata benar itu susah untuk diungkap. Kelihatan menipu itu lebih mudah. Well..lidah tidak bertulang, rite? So sebab dia takda tulang, sukahati dia aje la ye nak cakap eh? Oh!

Sebenarnya, kenapa lidah tidak bertulang? Itu adalah gambaran hati. Kau ingat tiba-tiba saja kau boleh cakap kalau kau takde gerak hati nak bercakap? Betul? Hati di mana tersimpan niat. Lalu dizahirkan di mulut/perlakuan.

Ya, menipu itu juga kadang-kadang perlu. Yang perlu itu dipanggil tipu sunat. Tapi bukan boleh selalu dipraktik sewenang-wenang.

Menipu untuk menjaga hati. Ya...menjaga hati seseorang adalah satu sifat terpuji. Tetapi menipu itu bukan terpuji.

Menipu tanpa kantoi = tahniah untuk kau untuk masa ini sebab menggembirakan orang Mungkin bersifat SEMENTARA.

Menipu tapi kantoi = tahniah untuk kau juga, sebab berjaya mengguris hati. Mungkin kesan yang bersifat KEKAL.

Menipu mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik? Mungkin.


See? See? Senang jek kesan menipu ini.

1) Kebaikan,
2) keburukan

And the worse: DISASTER (bencana, eh?bencana alamkah? mungkin jugak!)



Kalau yang berkata bohong itu Pinochio, tak apa. Kau boleh kesan dari hidung dia yang makin panjang lepas itu kau boleh sidai kain tuala kau. Betul?

Tapi sekarang makhluk yang ada bukan perciri Pinochio Si Hidung Panjang.



Menipu itu bukan seenak kacang Pistachio yang banyak kebaikan.


Mungkinkah memerlukan Pistol untuk membanteras?

Ah...pakai pistol mana comel kan?

Sekarang kau pilih, kau mahu menipu atau berkata benar?

Kalau kau mahu menipu, aku nak tanya kau kenapa? Atau kau plan mula-mula menipu dulu sebagai pendekatan berkata benar? Tapi macam mana sampai sudahnya kau menipu saja?

Berapa kesan menipu kau nak cipta? Sampai macam penuh kesan paku di dinding yang telah ditanggal?

Sebab itu lah, kecik-kecik pergi sekolah , Ustazah pesan

" TIPU ITU BERDOSA. MASUK NERAKA"

Then time main-main dengan kawan, lepas itu kantoi, kawan ramai-ramai cakap sambil goyang jari dan cakap"

"Aiyok tak tayok! Tipu berdosa...masuk neraka"

Lepas itu kau ketar lutut...menangis sebab takut masuk neraka. Lagi teruk lepas itu semua kawan-kawan kau menjauh diri kau. Sebab depa tak suka kawan dengan penipu.

Then, kau pun perlu betulkan keadaan. Kebetulan nak raya, kau bagi kad raya (alahai...rindu zaman dapat kad)..cakap "MAAF".

Sebab raya-raya tak baik gaduh, kawan kau maafkan. Then korang pun jadi kawan semula. Then kau pun jadi budak baik.

Ok! bye!

Kesimpulan:

1) Jangan tipu
2) Cakap benar walau pun susah. Cari pendekatan terbaik sewaktu meluahkan.
3) Jangan malu meminta maaf, jika kamu bersalah. Sebab lepas itu kau tenang
4) Jangan ego. Nanti perkara yang kau tak nak kenang akan follow belakang kau
5) Jangan simpan dendam, nanti kau tak tenteram
6) Baiki diri. Jangan pencil diri sebab kesilapan kau. Percaya yang diluar sana masih ramai yang sudi. Cuma jangan nak ulang tebiat lama.
7) Hargai orang yang hargai kau. Mereka bukan minta duit kau, tapi kejujuran kau.
8) Kalau kau ditipu, kau redha sajalah. Roda kan bulat? Berputar? Ini masa kau. Nanti ada masa dia. So dia tak payah la rasa sakit jiwa bajet terluka dalam. Sebab dia kena tengok dalam diri dia, apa silap dia dah buat. Dan kau janga ketawa pulak ya. Lihat dalam diri kau. Mungkin kau terkena balik. amacam? Sentap!


OK..nak cepat..babai!

* bajet "beautiful liar" eh?


No comments: