Wednesday, February 16, 2011

Sekarang Kau Pilih, Kau nak Mengorat Siapa?



Minat ape weh? Minat ape? Agak-agak Abang David (Bukan David Arumugam lah..apatah lagi David Beckham...tapi David Teo) nak tak ambil kite-kite belakun filem dia? untuk filem terbaru dia? Dari post untuk Pak/Mak Pacak sampai la level Hero/Heroin. Lepas itu dapat pulak yang kite-kite berlakun tuh filem nyer box-office. Agak-agak ada can tak? Fuh!

Kalau tak jadi pelakun pun tak apa lah. Asal belakang tabir ke buat air sirap ke, lap meja ke, clerk ke..driver ke pun tak apa. Asal ada nama tokei kite "David Teo".

*Pangg! Jangan nak berangan kuat. Tapi tak apa. Tapi sikit-sikit saja lah. Kalau banyak-banyak nanti ikan dalam kuali pun boleh rentung, baju kering di ampaian pun boleh basah terkena hujan. Sebab busy berangan. Jangan ye rakan-rakan. Tak elok tuh.


Sebenarnya, Ni aku baca lama dah. Tapi tak tertulis entry nya. Ni pun aku tulis lepas tengok note dekat henpon 'canggih' aku.

Dia untung lebat habis sampai sangat bermurah hati nak share RM4.5juta hasil sebahagian untung yang memang besar gila (RM73j) dengan pelakun-pelakun dan pekerja dia. Fuh! WoW! dan Wow! Dan tak lupa pihak media yang tolong promot.



"Ehem..ehem...boss nak apa. Saya boleh jahitkan baju melayu dekat boss" (# tetibe jek! apa kes kau?).


Fikir-fikir balik, memang patut pun, sebagai penghargaan untuk kakitangan. Kakitanga bersemangat, maksudnya bawa untung akan datang. Ye tak? Itu nama dia motivasi ye tuan-tuan dan puan-puan.

Lu bagi gua untung besat, gua bagi lu besat laaaa. Kilija kuat-kuat lagi ha...this year kasi pecah panggung semua. Wa untung, lu untung, Wa lugi, lu tak lugi...wa sudah buat full payment suda. Wa nak garu kepala...

Mula dengan filem pertama - Syukur 21. Time tuh orang tak pandang dia. Siap gelak-gelakk kan style dia cakap ada lah kan? Kan? siap ejek-ejek kan?

Tup-tup filem dia Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit (memang sempit ah!isk!). Sampai la ke Ngangkung yang kow-kow...sampai Shaheizy Sam glamer meletup memang da bomb (eh?). (Padahal aku tak tengok pun Ngangkung lagi, tunggu Raya mesti masuk TV..kehkehkeh!)

--Semua filem dia aku takde tengok dekat panggung! Aiseh! Da tipis da can aku David nak ambik belakun, kan?

Okeh...gua nak buat liputan macam Melodi Basi tak guna. Kau tengok aje gambar. Siapa nak bagi? Gulp!


Oh Abang David...Auuwww
(Style nk lobi dapat kerja filem dia ah ni)


OKeh..Hi Sam, boleh berkenalan?
(ha..nampak gedik ke tak gadis-gadis tibe-tibe nak dekat dengan dia? hahaha)


Hi LIsa..I minat betul U. Berkarisma la u nih
(Tiba-tiba ramai puji ye? Bodek eh?)


Banyak lagi yang dapat. Semua senyum

* Cikai0cikai David bagi RM1K dekat orang-orang terlibat..


Senarai Bonus:

Sam-
Rumah berkembar dua tingkat dan pakej umrah untuk tiga orang bernilai RM30,000

Pengarah
Ismail Bob Hashim - Alphard 3.5 seketol..

Pengarah Eksekutif MIG Sound, Brian Ng - banglo di Saujana Putra

Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam MIG, Azahari Abdul Hamid - Mercedes-Benz (taun lepas kot dia dapat rumah dah)

Farid Kamil - RM30K

Ahmad Idham - Sijil penghargaan (dia nak maintain low profile sebab taun sebelum tuh dia dapat Merz

Intan Ladyana - RM15K

Lisa Cantik - RM15K

Nora Danish - RM10K

Pihak Media yang hadir - telefon bimbit BlackBerry Touch, TV LCD, set teater rumah serta pelbagai alat elektrik lain.




Semua confirm dapat. Yang tak dapat siapa?

Yang kau tukang tecongok tengok tuh...heheheh...tapi kau dapat hiburan kan? Kan? :-p

So..aku nak tanya kau sekarang, kau jawap:

Kau ada rasa nak mengorat siapa sekarang?
hahaha

Bye!

p/s:

Hari-hari tolong practice berlakon..auuwww.

Lepas ni mak pak mesti lagi ramai gila galak anak jadi artis. Huhhuu..Glamer uuuu...


No comments: