Wednesday, March 28, 2012

(4) Memang Lain Macam Update Hari Ini.


Assalamualaikum. Memang galak sangat akak hari ini. Galak mengedit dan menempek. Sungguh tak sangka. 

Mari lah kita terus ke edisi terakhir dalam menjelajah PPAS RATU ini.

Saya kenalah selesaikan apa yang saya mula. Jika tidak, maka hanya usha kosong sahaja menaip sekian lama tanpa jemu. Ewwahh!

 Akak nak mulakan perihal surau di PPAS RATU. Jangan khuatir ya ibu bapa dan anak-anak sekelian. Sebab memang terdapatnya surau di dalam ini. Yang best nya juga, setiap kali masuk waktu, akan berkumandanglah pengumuman yang berbunyi lebih kurang macam ini kot:

"Perhatian kepada pengunjung PPAS RATU, sekarang jam menunjukkan waktu 121pm, telah masuk waktu Zuhur. Sila semua pelawat ke surau yang terletak di level sekian--sekian.."

Macam itu lah lebih kurang. Saya mana ada hafal kan. Saya tak ambil photo pun. Tapi percayalah, selesa suraunya.

OK, Next:-

Saya nak cakap pasal caca marba sikit.

Sini pun ada cafeteria. Dekat belakang bangunan perpustakaan ini. Yang ini saja den tangkap time beli mineral water...


Cantik gak kan? Kerusi rotan bagai...

Lepas itu nak cakap pasal masuk dalm balik. Hahahah! PPAS RATU kalau nak pulang buku pinjam tak payah susah-susah. Jumpa sahaja dengan Anis.

Dia akan kutip semua buku kamu.


Ini lah Anis. Panggil dia Kakak kot..comel sikit kan?

Selain itu, kalau nak bantuan ke atau nak cari info, boleh lah juga belek-belek mesin ini.

Kau klik-klik je pakai jari tuh...bowse la apa patut...

Erm..OK, sini ada dua pintu keluar. Keluar depan atau keluar belakang. Kalau keluar belakang boleh nampak tasik yang tak seberapa lagi lah. Saya fikir kalau dia buat walkway keliling harus ada yang datang berjoging tak pasal-pasal. Comel juga. 

Tapi keselamatan perlu ditingkatkan pulak, mana la tau ada lari-lari tersadung masuk tasik lemas. Dah dapat aduan ada lembaga putih la hitam main kat kolam. Susah pulak..kan?

 Pintu keluar belakang. Kalau turun tangga belok kanan jumpa la suraunya. 

Nampak sikit bumbung masjid (Masjid Shah Alam)

Ada juga yang ambil angin duduk dekat rumput. Maklum lah redup-redup..

OK nampak lah juga PPAS RATU nak mewujudkan "hijau" Ada green wall sikit-sikit dekat parking bahagian bawah.

Baiklah anak-anak, harap dapat membantu kamu untuk mencetuskan semangat ke perpustakaan. Ibu-bapa boleh la galakkan anak-anak pergi, bukan nya apa, budaya ilmu itu kan sesuatu budaya yang bagus. Anak-anak pun tak berpeleseran. Tapi tak tahulah kalau dia pergi mengorat orang ke kan. Tapi Insya-allah dalam kawalan. Kalau mereka nak access yang tak patut pun tak boleh sebab wifi coverage yang full da bomb memang terkawal...

Nampak lah semangat Sultan mewujudkan perpustakaan yang walla ini sebagai satu langkah memupuk dan menarik minat rakyat untuk mencintai ilmu. Insya-Allah.

So selamat beramal semua.

"Ummi, ummi, jom pergi library..nak baca buku"
- aku ingat sejuk hati aku kot...

Lepas pergi library, boleh la singgah Giant ke pasaraya HEro beli barang. Ok la tuhh..

Assalamualaikum buat semua. Harap dapat berkongsi dengan kalian.

* tentang PPAS Shah Alam - RATU lebih lanjut klik sebelah kanan nun ya. TQ

No comments: