Wednesday, March 28, 2012

(2) Macam Duta PPAS bukan Duta SO7


Assalamualaikum. Bertemu kembali kita wahai sang kamu-kamu yang baik hati.

Bertemu lagi kita dalam sesi ke (2) sebagai Duta RATU. Wahahahaha! Tak malunya dia declare cakap dia Duta. T__T. Ya la, kan dah cerita part 1?

Saya bukan dapat apa pun kan, saya cuma dapat kepuasan nak share tentang sesuatu dengan you all sahaja. Mencukupi sudah. Eh? Bahasa Sabah ke nih? Sudah mencukupi lah oi!

Seandainya ada bancian/survey di manakah tempat paling kerap saya boleh kelihatan? Jawapannya:

1) Anika Selera
2) Pejabat (kan hari-hari kerja 5 hari seminggu?)
3) Rumah
4) PPAS- RATU
5) Giant Stadium (ini akan singgah tanpa sebab musabab jika ada ruangan waktu tengok-tegok)
6) Pasar Malam Isnin, Rabu, Jumaat & Pasar Pagi Ahad.

Baiklah. Kalau konon-konon saya hilang tak ditemui boleh lah cuba cari di tempat yang dinyatakan di atas ya?

Memang patut tak boleh dinobat sebagai duta sebab  cakap huru hara caca marba habis! 

Jom tengok PPAS RATU lagi.

Kali ini kita masuk dalam. Aras bawah. Groud level.

Hari itu, last entry dah cerita sampai buka kasut masuk beg. Sekarang masuk dalam. Jom!


Ada satu pentas yang belum tanggal lagi sempena hari perasmian. Tapi Tak mengapa lah. Budak-budak boleh berangan buat persembahan pentas sikit-sikit.

Macam best kerusi ini kan? Saya pun tak cuba lagi ni.


Ruang sofa-sofa di tingkat bawah. Look comfy kan? 
 Boleh duduk-duduk buat kerja perasan Star buck ke coffee Bean ke J-Co kot? Hahahah Tapi tak boleh bawa makanan tau kat sini!

Yang sofa coklat tua itu ada banyak cushion tau. Cushion dari kulit dan bulu-bulu. Biasa saya choose yang cushion bulu-bulu bawa tepi dinding ke tiang. 

Kalau jenis datang berkumpulan, sesiapa duduk dekat sofa coklat ini sure bergelimpangan duduk macam rumah sendiri. Santai!

Selain duduk sofa-sofa bagai, ada juga duduk lantai lepas tuh ada macam table cushion love-love. OK gak ni. Tapi kalau sakit belakang elok kau cari dinding ke tiang je la...hahaha..Tak pun kau cari meja study berkumpulan macam meja makan tuh jek!


Pelbagai lapisan masyarakat yang datang memeriahkan suasana. Ada budak-budak, uncle-uncle makcik-makcik, Melayu Cina India Mat Saleh semua lah

Di aras bawah ini tiada rak-rak buku. Kira memang ruangan santai macam nak buat kerja sendiri sahaja. Masa saya tanya Pak Guard, dia cakap laptop boleh masuk ruangan ini sahaja. Atas-atas tak boleh katanya. Tapi saya usha ada je 2-3 kerat orang bawa. Entah lah...

So apa je ruangan aras bawah ini ada?

Ha....let me show you...let me show you..meh..meh!

Kita ada ruangan computer. Computer best cap Apple dengan screen mantap besar lagi lebar sampai nak masuk dalam je rasanya. (poyo!)


Deretan Apple yang boleh deipetik-petik papan kuncinya. Tidak boleh dimakan...
Tak sure kena bayar ke tak lah. Tapi yang pasti hari teretntu bila kita bawa laptop dan nak cas kena bayar RM1 dekat kaunter bahagian ruangan komputer ini. Kemudian baru boleh main sukahati cucuk plug.
- Mungkin kena bayar sebab guard ronda-ronda tak nampak ada resit bayar plug kot. Kalau guard-guard tak ronda kamu selamat la pakai dengan free..heheheh..layan je la... 

* nasihat: anda digalakkan bawa extension sendiri sebab rasa kadang-kadang plug tak cukup la...

Kita ada bilik diskusi segala dekat bawah ini.

Kaedah nak pakai? Tanya kaunter lah kan. Akak bukan tau sangat walau dah jadi duta.. :-P

Kita juga ada bilik tayangan...Kalau nak masuk ada waktunya dan kena beli tiket ya wahai ibu-ibu dan bapa-bapa sertacikgu-cikgu serta para hadirin dan hadirat sekelian. Tayangan cerita pula jenis tayangan 6D. eh? Sampai 6 ke?



Ada dua jenis bayaran satu RM10 (XD) satu lagi RM7 (3D). Setiap hari ada cerita tertentu bukan suka-suka nak pilih buat Ombak Rindu jadi 6D ke 8D ke ..takde takde...kau kena halau nanti kalau buat macam itu..nak?


Kerusi macam ini dalam panggung. Google je ni...

Apa lagi ada? Ohoo!! Sometime ruang legar bawah ini dia pamerkan sesuatu. Kira bagi inspirasi dekat budak-budak dan anak-anak kita suruh cakap "Wow"  - kagum..

Eh bangga juga la mak-mak kan tengok muka anak dia ada dalam pameran. Cikgu pun bangga sebab nampak muka terpampang dan of coz sekolah pong bangga juga. Boleh jadi contoh untuk anak watan kita kan?


Bangga tak mak? Cikgu? Sekolah?



OK...OK..bangga nak....uhuk! (sambil usap kepala anak) 

OK lah..apa lagi? Sila keluar naik tangga bergerak untuk ke level seterusnya. Level seterusnya untuk budak-budak umur 12 tahun ke atas..

Gambar Google jek...

Ruangan ini ada LCD TV 42inci kot. Tapi tak pernah buka pun aku tengok. Sebenanya boleh buka kot tapi orang takut nak buka atau tak terfikir nak buka. Kalau buka mungkin akan ramai-ramai berkeumpul tengok Sinetron! Hahaha! Tak ah...tengok TV pendidikan kot... T___T..alah...sporting la sikit kan..ewwah kau! Keluar dari perpustakaan ini sekarang!

Baik lah.

Kita jumpa entry nombor (3). Jangan lupa janji kita...

Chow!




No comments: