Tuesday, December 14, 2010

Eh? Macam mana boleh disiplin buat blog nih?


Hi murid-murid, saya Cikgu Disiplin baru kamu. Siapa nakal saya mahu kamu ketuk ketampi sambil makan kacang cap Ngan Yin sebanyak 3 bungkus. Kalau tak habis 3 bungkus itu, kamu jangan berhenti ketuk ketampi.
(tak semasa (up-to-date) lah cikgu ni...zaman sekarang tak best la ketok ketampi)

Tiada alasan, OK? No option...

Siapa saja-saja buat tumbang, memang saja dia cari nahas. Mahu tahu apa hukuman, sila buatlah dulu, baru tahu....

Uaargggh...garang cengengnya Cekgu ni? Sudah la rendang-rendang...suara nyaring-nyaring besar pulak itu. Boleh buat mimpi ngeri malam-malam kalau imagine muka dia...

Full Stop!

OK...sebenarnya hari itu terima sms dari rakan yang berbunyi lebih kurang macam ini (aku malas nak buka enset, tengok mesej balik macam mana gaya tulis, tapi bunyi macam ini lah sikit-sikit):

"Nozie, macam mana kau boleh disiplinkan diri update blog hari-hari?"

Aku senyum. Hahahaha! Rasa macam jadi pakar disiplin pula. Hakikatnya tak pun. Saya bukan lah orang yang disiplin sangat. Tapi lebih kepada "ikut suka". Kalau macam ada time, ada modal, aku layan. Kalau tidak...takde maknanya.

Tengok aje lah entry untuk bulan ini (Dec), Hari ini sudah 14 haribulan, tapi entry berapa ketol aje.

Kawan tanya aku buat macam mana ada entry. Dia cakap banyak betul idea. Hahahahaha..Comel kawan aku ini. Jangan lah macam puji-puji, I malu tau. Walau hakikat orang bukan suka nak baca...

BUT, Hey! This is my blog! Aku boleh ikut suka mahu cerita apa. Memang sangat ada kuasa mahu menaip dan published entry. IF ada yang cakap:

"OH! kau ni syiok sendiri. Cerita dah lah macam bosan. Lepas tuh poyo nak cerita dekat orang. Macam kau aje ada cerita"

BUT, AGAIN! This is mine! :-P...buekkk....hahahaha...ada aku kesah?

So..makna kata lain, kau punya blog, kau punya suka kau mahu buat apa, letak apa. Then untuk orang lain, ikot suka dia orang lah mahu membaca atau tak. Memang tiada paksaan. Cuma kalau boleh janganlah menyentuh sensitiviti...nanti sampai surat saman kau 300JUTA...haaaaa..nganga kau...lepas itu masuk akhbar "Seorang gadis comot tetapi comel disaman 300j tanpa rela"

Menulis blog ini macam hobi. Macam terapi sebenarnya. Macam pusat mahu berkongsi ilmu atau berkongsi kisah. Hatta cerita kau buat karipap pusing tapi tak jadi pon kau boleh muat dalam blog. So siapa-siapa suka mahu tahu pasal karipap, boleh baca. Siapa tak minat, boleh berlalu pergi. Tiada pak guard mana-mana pun tahan tiba-tiba mintak matriks kad kau atau tiba-tiba dapat surat saman. Sebarang resit atau toll pun tidak diperlukan. Mudah kan?

Blog juga macam medium pelepas stress. Betol..i tell u...kau cuba lah. Tapi jangan lah kau ingat macam "Diary Muslimah" kau yang boleh tulis segala macam. Sampai PIN number ATM, password yahoo mail kau, gmail kau pun kau letak dalam blog, memang nak kena la kau nih! :-P...dush!

Bukan apa, kalau kau tulis diary dalam buku, kalau ada orang busy sebok mau tau tentang kau, dia kena lah curi diary kau. Lepas itu kau punya diary ada pulak mangga comel-comel. Siap ada password pulak tuh! Lagi punya lah nampak macam rahsia, kau pasang 5 mangga dekat diary kau. Password lain-lain pulak tuh. Fuhhhh! berpeluh pencopet kau nak break the password. Seksa. Last-last give up. (apa tiba-tiba aku cerita macam ini nih?)

Banyak diary comel-comel. Beli boleh, tapi nak tulis, malas. Sebab tak ingat bila jadi....hahahaha
(Psssst: Yang hijau itu nampak cantik kan?)

Anyway, aku tak suka tulis diary. Sebab kena tulis. Sebab kena pegang pen. Aku malas tulis, sebab tulisan I Ya rabbi...ikut mood! buruk. Nanti nampak macam buku hutang pulak. conteng-conteng. Silap-silap keluar peta minda. Pendek kata memang tak rajin menulis lah! Menaip tak apa, lain...sebab boleh pilih font...hahahahahah!

OK, jap! Cuma bila kau ada blog, then kau glamer ke...memang stok hot babe macam artis-artis ke...macam awek cun yang digilai ramai yang masing-masing sebok nak tau siapa boyfriend kau, berapa kali kau clash, macam mana nak tackle kau sebagainya.., kau kena lah hati-hati dengan "Stalker". Sebab stalker dia divided by two groups. One - Dia suka kau, second - Dia benci kau. Tapi sebok mahu tahu mahu baca. (Ni jadi macam blogger tegar lah...blogger macam aku yang tiup-tiup lalang ni lain lah...siapa pun takde mahu peduli.hahahhaaha).

OK lah..malas mahu cerita...blank pulak

Berbalik pada asal punya titik (Main point).

Biasanya kalau ada idea, saya buat macam ni je sebenarnya:

Tengok tulisan, buruk...Just jot down point je. lepas itu goreng Point yang di jot kan bila time kau buat-buat kerja, tiba-tiba kau terfikir...atau ada something happened dekat keliling kau...atau kau bace paper...kau rasa macam mahu bagi pandangan..atau kau rasa macam mahu komen tentang sesuatu situasi...Mudah kan?

.
.
.
.
.
.
Daaaaaaa


No comments: