Monday, December 13, 2010

Hoh! Kau Mesti Bangga Ada Wife Cun Kan?

Jangan nak tipu eh...kompem mesti punya lah...Cepat ngaku! Cepat! Aku samseng ni. eceh! Takot tak?

Hahahaha..OK...OK...

Apa pasal aku cakap macam ini?

Pagi-pagi, dengan mood ala biru bebiru, pagi-pagi yang ala-ala "boss" duduk sebelah aku tunjuk HP dia...

"Ini tengok...my new HP punya Wallpaper" sambil gelak-gelak senyum tunjuk kat aku.

"Waaa...macam Hong Kong actress lah. Siapa ini? Your wife ka boss?"

"Ya...this is her face with touch-up. Wait i show you without touch-up"

Aku ingatkan keluarlah muka nyonya mana ke mana. SEkali? Aku compare macam sama aje muka touch-up tak touch- up..

"Waa..u got a pretty wife la boss. How old she is?"

" She's 51 old"

Aiyokkk! aduh...stress aku macam ini. Letak muka aku dengan muka bini dia..rasa macam orang akan cakap umur kami dua tidak jauh beza! Isk...patut lah sekarang-sekarang ini gadis-gadis mempunyai saingan sengit dengan "ibu-ibu". Sebab diorang lagi vouge. Gadis-gadis pulak macam budak hingusan. Padahal era hingu-hingusan lama dah expired!

Stress makcik macam ini. Macam mana mahu jadi beauty-beauty pretty-pretty ni. Mahu pakai Sheep Placenta kah? Botox kah? Vitamin C kah? Fair & Lovely kah? Temulawak kah? Temuduga kah?

Atau...SUSUK kah? Astaghfirullahalla'azim....Berdosa nyah! Auww

"Boss" aku ini 60 tau!Tapi kalau kau tengok muka dia, kau pun percaya lah dia 60. Siap dengan pakej perilaku dan perangai, kau boleh faham lah sebab dia sudah 60. POP. Kau tau ke apa POP? (Persatuan Orang-orang Pencen". POP kadang-kadang memiliki perangai yang pelik. Kadang-kadang comel. Kadang-kadang macam annoying.

Hep! Kau cakap banyak-banyak ye? Kau jangan lupa nanti kau tua juga. Entah apa karenah kau ada.

OK...skip..skip..tak baik aku mengutuk.

Sejujurnya, memang kalau tengok gambar, cakap umur 50-an, tak nampak lah auntie tuh. Macam too cun to be 50. Eceh!

Lupa aku mahu tanya bulanan maintenance Wife dia berapa...

Apa aku tulis aju-laju ini? Ini angkara aku tiada ruang bergebang-gebang detail.
Tapi gatal jari ini untuk menaip walau untuk 10 menet.

JAp! Kau Paham ke aku mahu cerita apa ini?

Aku cuma nak cakap yang walau macam mana-mana pon kau...kau mesti berbangga kalau kau dapat pasangan hidup yang kau rasa kau boleh banggakan.

At least kalau kau tak kacak...contoh nama kau MEON, orang ackap.. "Wife MEON cun siott.Hot beb"...

See..see..siapa dapat nama? Kau jugakkan? Siapa? MEON tuh lah...

* Ini Kalau kau jadi laki lah..kalau kau perempuan macam mana pulak?

No comments: