Tuesday, December 14, 2010

Grab Peluang Yang Ada Untuk Lepas Gian


Hi there!

Gua gian ni..ada stok tak?
bagi RM2 boleh?

Tak mau bagi? Ok lah...Gua blah...

Eceh! bajet macam samseng yang kalau orang tengok muka kau semua orang kecut ketar kepala lutut semua bulu roma tertanggal...

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (OK...aku mahu tarik napas lega yang berpanjangan umpama sepurnama tidak melepaskan napas...asyik main tarik napas aje). Saja buat font hijau sebagai tanda nyaman. Boleh gitu?

Nyaman nya udara. Alhamdulillah boleh bernafas lagi. Lega betol untuk seketika.

Aku tengok blog ni macam sudah tak ada tuan. Padahal tuan dia suka bercakap-cakap. Bercerita. Ada lah sikit-sikit cerita yang boleh dikongsi. Tapi jari tidak ada kudrat mahu menaip sebab tuan badan macam tiada mood.

Beberapa hari (since last week) aku rasa saaaaaaaaangat lah sibuk. I mean tahap suasana "Sibuk" di sini tidak seperti selalu sebelum ini. Sebelum ni ada lah jugak ruang aku mahu menjengok-jengok sana sini. Kira macam aku tak ada terapi la last week. stress I nyahhh..

Walau last week, extra busy like a bee bebeh!

Sampai kawan aku, Mama hantar chat dekat facebook kata susah hendak jejak aku. Sorry lah kawan...aku bukan lupa kamu...nah ambil bunga ini sebagai pengganti diri...

Macam boleh buat cover majalah tak aku? :-P...(OK..ok...tong sampah ada hujung sana, siapa mahu muntah pergi sana...)..hahahaha


Hakikatnya, kalau dibanding kerja dahulu dengan sekarang, sekarang jauh lebih relax. Kalau dulu..Kalau balik tak nampak bulan itu bukan aku lah tuh!

Ada beberapa task perlu di kerjakan dan diselesaikan...Kiri kanan pun mahu. Aku juga masih dalam proses pembelajaran. Dalam proses sedut-menyedut suasana. Mahu study skop kerja, study suasana, study tabiat orang..dan macam-macam study lah...

Eh? aku ada bagi tau tak aku paling muda di sini? Ehem..ehem...untuk di sini lah. Sebenarnya gua sudah tidak berapa nak muda lagi. Tapi di sini, time office hour ada can lah aku pegang title tuh...

Hahahaha...

Actually, sedang aku type-type ini, otak aku duduk putar-putar mahu keluar cerita yang mana. Dalam note pad aku ini, if ada benda terlintas, aku terus jot down key word. Dengan harapan akan keluar entry untuk akan datang.

OK! TING! TING! Ada satu sudah..

Mahu end. Ini warming up jari jek nih..

Thanks untuk sape-sape yang membaca..

Freddy bagi teh ini. Katanya kawan dia bagi. Nanti aku cuba. Tapi aku risau aku mabuk muntah ke apa kalau rasa pelik-pelik...Nanti review balik kalau ingat...aku tak cuba lagi...


Zasss!


No comments: