Thursday, December 16, 2010

Pembahagian Waktu Demi Kasih Sayang...100%, hakikat tinggal 35.07% Sahaja...

Photo by Incek Google lah

Masa terus berlari..berlari..berlari...
Aku pula terus mengejar...mengejar...mengejar...
Masa terus terbang..terbang..terbang...
Aku pula tiada sayap...untuk terbang seiring bersama-sama...
Masa tidak perlu mata untuk berkelip-kelip...
Tapi aku pula berkelip-kelip mata macam tidak percaya...
Masa sudah berlalu pergi meninggalkan aku yang terkial-kial menyusun hidup...


Ceh! ptuih!ptuih! tajuk...
Siap bersajak-sajak bagai... (sajak ke nih?taram aje lah Mak Limah Balik Rumah Oooii)

Errr....tapi betul lah weh. Memang nak cakap pasal itu. Jangan la ptuih!ptuih dulu...
Tapi Abadi kah? errrrmm...

Tak mengapa. Itu serah pada yang Maha Esa. Jika Abadi pasti lah sangat indah. Tapi inikan duniawi? Mana ada kekal abadi, ye tak?

Aku dah cek dah...hahahahaha (belom apa-apa, aku gelak siap-siap)

Tak tahu lah kalau lepas ini ada perli-perli. Tapi tak apa, kasi can..kasi can..

Kau dah tau ke apa aku cek kan?

Aku cek nih lah:

Kalendar 2011 lah...cess..! Ingatkan apa...huhuhuhuhu..saja buat love-love dekat JUNE tuh! (Saje suruh orang tengok lah tuh! tak malu!)

Kau dah tau ke apa aku cek kan?

Setahun : 365 hari = 100%

[ Hissssssshh! boleh terpergi published entry tak siap 10saat tadi... time kerut-kerut muka buat kira-kira math!Cess ]

Okeh...again kira...

Pada 2011, kita semua mempunyai hari yang sama, bulan yang sama, jam yang sama, Diri masing-masing sahaja yang lain. Rambut sama hitam, hati lain-lain (aik?tibe-tibe jek terpesong)


Setahun :365 hari (100%)

Sebab kan I bekerja, bukan surirumah yang di rumah sepenuh masa (bestnya siapa jadi dia...tunggu suami dan anak-anak sahaja, tapi mungkin kebosanan kalau seorang diri di rumah ye? Takpe, kucing ada..ala kuci-kuci..)

Weekdays: 261 hari (71.51%)
Weekend: 104 hari (28.49%)

* Public holiday yang jatuh pada weekdays: Lebih kurang 12 hari sahaja kot (3.29%)

Jadi..Jika hari biasa ditolak dengan public holiday,Maka:

Jumlah hari bekerja adalah: 249 hari sahaja, menjadikan ianya merangkumi 68.22% dari masa setahun kehidupan di muka bumi. Kalau di Marikh berapa lama pulak? Errr...kau kira sendiri lah...Kau kira saja la untuk semua planet di cakerawala ni...

So katakan cikai-cikai busuk annual leave korang ada 12 hari setahun, maka jumlah hari kerja tinggal:
237 hari (64.93%)
- kehidupan setahun adalah digunakan untuk bekerja ye puan-puan - membanting tulang memerah peluh di bawah mentari (eceh)

Kelihatannya kita LEBIH dari separuh hari-hari dalam kehidupan untuk bekerja..huhuhhu

I got time...i got time... (Iklan astro, siapa tahu?)

Jadi hari cuti yang kau konon-konon ada dalam setahun ialah:

= Week end + Public Holiday + Annual Leave
= 104 hari + 12 hari + 12 hari
= 128hari setahun

* Itu belom kira kau M.C lagi...hahahahaha!

Jadi? agak-agak kau lah yang 128 hari itu kau mahu urus macam mana eh?

Untuk family?
Bawa ibu ke klinik?
Bawa bapa appintment doc?
Bawa adik-adik bersiar-siar?
Bawa keluarga berjalan-jalan?
untuk pakwe makwe kau?
Untuk suami?
Untuk Anak-anak?
untuk pergi holiday? Buat family day?
untuk melepak bersama rakan kongsi gelap?
Atau untuk apakah?

Walau nampak macam banyak harinya, tapi kadang-kadang masa tidak pernah cukup untuk memenuhi kehendak kan? betulkan? Sebab itu kalau boleh rancang masa betul-betul supaya semua dapat belaian kasih sayang kau...hehehe... (habis? macam mana kasih sayang untuk diri sendiri?ada yang bagi tak?ada yang paham tak eh?)

Kalau salah rancang, mungkin ada yang kecil hati sebab kurang perhatian..lepas itu kau juga yang susah hati...Ini aku cakap bagi orang yang masanya padat..ada saja benda mahu buat. Tapi untuk kau yang banyak masa tidak tahu buat apa, aktiviti apa..lain lah kan...Ini untuk yang jadi YB ke PM ke...kehkehkeh...Tapi yang tak jadi cam depa pun tak mengapa...still kena planning juga...

OK? Apa lagi?

JOM PLAN untuk 128 (tanpa M.C) hari PERCUMA itu...

Yeayy!

* ini belum break into hour lagi...lagiii lah kau boleh tengok penggunaan masa kau berbaloi ke tak...efisen ke tak...huhuhu

* BEKERJALAH KITA UMPAMA KAMU HIDUP 1000 TAHUN LAGI, BERIBADATLAH KAMU UMPAMA KAMU AKAN MATI ESOK HARI...


No comments: