Kau katakan hi! hi! hi!, ku katakan bye!bye!bye!
Hep! itu lagu Ezlynn yang kirim salam terakhir untuk boyfriend, cakap macam "OK, lepas ini kita tidak jumpa lagi. Tidak payah cari aku lagi. Sebab ada bergelen-gelen lelaki menunggu ku. Ada apa-apa hal, kau tunggu aku dekat simpang trafik light sanea, ok?"
(Wuishh! Lelaki itu bergelen-gelen ke eh?)
Ah...tidak mengapa. Bergelen-gelen ke berbatu-batu atau bergumpal-gumpal itu tidak penting.
Sekarang mahu cakap pasal lain.
Saja nyayi-nyayi sikit dekat atas tadi. Lama tidak tunjuk bakat I yang WOW menyanyi ini. Eceh! (kau claim suara kau lemak merdu ke? bajet kau boleh masuk dalam top list carian tertinggi dalam Google Zeitgeist macam HNSZLKH ke? udah-udah lah tuh..kekekekeh)
OK..abaikan. Dan yang penting tidak usah percaya yang saya ini memiliki suara merdu. Kalau kau mahu juga aku menyanyi, kau akan menyesal sampai air mata berlinangan dan bergenag-genang menahan gegendang telinga kau. Koklea kau terpaksa bergetar2..kau mahu?
Sewaktu entry ini di draft, tinggal kurang dari separuh hari lagi untuk masuk ke "tahun baru" kalender Mat Saleh. Lagi ummphh...esok isytihar curi umum sempena Malaysia Menang Piala Suzuki. 14 tahun menunggu..kini piala sahih di tangan Malaysia. Fuhhhhhh..macam suami isteri menanti kelahiran cahaya mata dengan sabar tahu? boleh kau faham? 14 tahun menunggu? Boleh kau imagine?
OK..dah..dah...sudah masuk ke beberapa topik sampingan, tapi topik utama tidak muncul. JAdi! Ayuh kita ke puncak utama. Naik lift, tekan tingkat 21 (?)
OK
1) saya mahu 5A dalam UPSR
2) Saya mahu dapat 8A dalam PMR
3) Saya mahu dapat straight A dalam SPM
4) Saya mahu dapat CGPA: 4.00 Flat dalam setiap exam saya di universiti
5) Saya mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
6) Saya mahu dapat biasiswa dan ditempatkan tempat untuk bekerja setelah tamat pengajian
7) Oh! sebelum habis belajar, saya mahu pakai braces, betulkan gigi saya
8) Saya mahu naikkan tinggi saya beberapa inci.
9) Saya mahu jadi gorgeous person..hahahahaha!
10) OK...masih nak pk apa nak buat...
* OK...cita-cita memang tinggi melangit....hahahahah...
Sebenarnya saya mahu yang ini kot....
Nak buat yang terlintas untuk azam:
1) Jadi anak yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik (eceh! padahala tak kahwin lagi)
2) Masuk segala pertandingan yang menawarkan hadiah cash/percutian/menang henset (kononnya)
3) Mengatur hidup dengan lebih baik
4) Berusaha menjadi umat dan hamba yang baik. Kurangkan lalai. Kurangkan leka. Tingkat pengetahuan.
5) Semoga orang-orang sekekliling saya gembira.
6) Belajar masak, jahit, buat kek, menganyam ketupat, etc la. Saya bosan lah...
7) Semoga saya dipertemukan dengan seseorang yang benar-benar boleh menerima diri saya seadanya tanpa rasa BOSAN. Jika BOSAN dia perbetulkan saya dengan cara baik sehingga tidak terdetik pun rasa kecil di hati saya. Malah saya rela berubah sendiri tanpa saya sedari. Yang menghargai saya tanpa perlu saya menjadi orang lain atau dibanding-banding dengan yang lain. (nak bandingkan saya dengan gadis Lebanon kah? Sila lah...kau boleh apply mahu kahwin dengan mereka kalau kau mahu...sila bawa cermin juga, OK? )
OK...beres
OOOOOOOpppSS!
Boleh tak masukkan azam klise budak perempuan?
1) Nak turunkan berat badan
2) Semoga muka tak kedut...
kahkahkahkah!
Lagha...lagha..lagha...yang lagha memenag mengujakan...tahu?
Sebenarnya, cukup lah sekadar aku buat yang terbaik untuk diriku, keluarga ku, masa depan ku, agama ku, negara ku..generasiku...
I'm really wish that the happiness is mine. Can I?
Aaaamiiinn... :-)
No comments:
Post a Comment