Ini topik yang rambang.
Adakah dia macam bulan mengambang? Oh! tentulah tidak. Kalau bulan yang mengambang mana boleh pelempang? Sebab serigala jadian pasti suka. Sebab dia boleh menukar dirinya dari seorang manusia kepada seekor serigala comel macam cerita Twilight SAGA -
Kalau bukan seperti itu...
Adakah dia seperti rambang mata ketika memilih tudung anting-anting mana yang comel? Yang kejap tengok ini cantik, tengok gantung crystal cantik, tengok gantung belalai gajah pun comel, gantung misai kucing pun comel, gantung bulat-bulat macam bumi warna warni pun cantek...aiseh...rambang. Beli dia bukan kerana lain, tapi kerana 'anting-anting' nya. Padahal warna itu sudah berhelai-helai ada. Mak tanya kenapa beli, kau cakap "ini lain..trend lain". Padahal sama saja warna. Ceh!
HAbis? Apa dia yang rambang? Macam hubungan rambang kah?
Hepppppppp...berdosa nyahhh kau buat macam itu. Mak kisah nyahh...hahahha...apa pasal aku cakap ala-ala nyah? Saje je. Tak kira lah kau nyah ke tak nyah...hubungan rambang itu tak elok ok. Nanti kena pergi klinik, kena pergi hospital kena ambil ubat-ubatan. Susah kau nyahh...Auwwww
OK lah....jangan teka-teka. Rambang itu saya maksudkan ialah secara rawak. Rawak itu apa? Kau pernah belajar Sains cakap "Molekul Udara/gas bergerak secara rawak"? (apa betul kah aku belajar di sekolah ini?). Yang penting entry ini adalah entry rawak. Mahu imagine macam mana? Kau tengok asap rokok kau bergerak macam mana. Rawak lah tuh. Entry main petik saja secara tiba-tiba. Kira macam tiba-tiba Cikgu Biologi kau buat test mengejut. Lepas itu kau cuak.
Eh...tak..tak...perumpamaan perasaan rawak yang di atas macam tidak mencerminkan apa yang bermain-main dihatiku lah! (merepek)
Rawak membawa "tiba-tiba" di hatiku. Macam mahu cerita tentang sesuatu.
Semalam dekat kedai, ada satu customer order makanan. Bungkus. Lepas itu sibuk mahu mengorat pekerja. Padahal pekerja aku dah kahwin. Dan aku pasti customer ini pun sudah kahwin tengok pada gayanya. Eh..bukan aku mahu jeles pun kalau dia tidak mengorat aku. Tak bagi iffek pon. Tak terjejas.
OK..alkisahnya...masa dia hendak membayar...boleh pula dia nak main pegang-pegang tangan pekerja parents saya. Lepas itu boleh pula dia lalu-lalu kan tangan dia macam mahu sentuh dada pekerja. Iskkkkkkk..sikap yang tak budiman langsung! Dia ingat semua perempuan sama agaknya ye? Ingat perempuan mana-mana boleh main petik-petik suka hati agaknya.
Walau ada segelintir perempuan begitu, tapi hormat lah sedikit, Kau ke kedai makan sahaja. Bukan ke kelab malam atau apa. Yang kau boleh suka-suka boleh sauk pegang dan sebagainya yang kurang sopan. ah tu. So please lah...agak-agak lah sikit. Kalau kau fikir perempuan Indon kebanyakan begini, kau silap lah. Perempuan tetap perempuan. Kau perlu hormati semacam mana dia hormati/layan kamu sebagai pelanggan di kedai makan...
OK..untuk kamu-kamu yang budiman. Jika kau mungkin ada hati untuk mengorat gadis kedai makan ke apa ke. Ngorat la sopan-sopan sikit...hahahaha...jangan kau balun macam kau ngorat dekat clubbing ke apa...
Jadi kalau yang macam tak semenggah...layak dapat pelempang ke tak? Meh lempang sikit meh..meh la.."pelepekk"
Weh...mahu cakap ni, Nasi Ambang juga menyelerakan tau...saya suka...isk..isk..lapar pula...
Chow!
* Entah apa-apa...cerita lain kau ending Nasi Ambang...
No comments:
Post a Comment