Wednesday, December 1, 2010

Mari...Mari Ku Seru


Salam...

Haloha everybody! Give me 5!

Pap!pap!

Memandangkan 2010 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi, maka dengan itu, saya merasmikan untuk membuat draft awal tirai 2011 yang bakal terbuka tidak berapa lama lagi. Tinggal sepurnama saja lagi sebelum ia mengambang bagai kan mambang di laut sedang bertandang sambil makan pisang.

Aik Apa pasal kau cakap laut?

Sebab laut ada ombak. Ombak menggelombang. Hujan juga rintik-rintik.

Erti kata lain, kita tidak tahu bila Ombak datang. Ombak yang berbentuk masalah yang bergelombang terumbang ambing ditimpa badai. Eceh! Merapu sikit. Atau masalah kecil umpama hujan rintik-rintik.
Err...mencelah..mencelah..."Ombak saya tidak tahu bila, tapi Ong Bak sudah datang hari itu"

Ahhhhhh..boleh blah dengan Ong Bak! Aku tak mahu tahu. Pergi sekarang! Nyah!

Contoh bajet (confirm akan dipinda-pinda nih). Ada lagi tak include.

So..Mari ramai-ramai buat bajet agar tak terbabas? Amacam?
Lepas buat bajet, simpan elok-elok dalam file ke..bawa dalam wallet ke, simpan dalam beg ke..tampal dekat dahi untuk peringatan sendiri.

Kau masuk la segala bajet. Kau mahu tukar spek ke tukar tayar ke mahu melancong ke...kau buat semua..kau tengok lah, dalam setahun kau perlu berapa banyak.

Ni bole juga buat reference untuk suami-suami atau bakal suami tentang belanjawan isteri/bakal isteri/makwe supaya tidak pening kemudian hari. Ukur baju badan sendiri..eceh!

Bukan untuk orang lain, untuk kamu juga kan. Sama lah macam isteri jaga badan, bukan untuk dia saje, untuk suami juga kan (umpamanya lah)...

Take care.

No comments: