Monday, January 3, 2011

Bangun! Cuti Sekolah Dah Habis lah!



"Bangun...bangun...siap pergi sekolah. Dah pagi ni" Ibu tersayang mengejut kan diri dengan penuh kasih sayang.

Ah...rindu saat itu. Rindu saat dijaga dan dipeduli bagai menatang minyak yang penuh. Rindu saat kepala "kosong" memikirkan masalah yang berselirat. Masa itu kepala digunakan untuk menyimpan segala macam yang berkaitan dengan sekolah, dengan pelajaran, dengan mainan apa mahu main time rehat. Macam-macam lah. Saya rindu.

Saya masih ingat lagi, sejak ibu bapa membuat keputusan berniaga makanan selepas Abah ambil keputusan bersara menjadi Tentera (TUDM), kami adik beradik memang dibiarkan untuk hidup secara berdikari. Memang mengatur hidup sendiri. Saya yang besar sudah boleh faham. Adik-adik saya masa itu masih kecil. Seorang 5 tahun beza umurnya dengan saya, seorang lagi 9 tahun bezanya dengan saya. Jauhkan? Cukup jarak antara kami untuk mendapat kasih sayang ibu-bapa.

Sejak itu, saya mengambil tugas menjaga adik-adik. Walau hakikat aku sebenarnya tidak perlu memasak pun. Sampai ke besar aku tak pandai memasak sebab Abah akan pulang membawa bekalan makanan yang di-order oleh anak-anaknya setiap hari. Anak-anak cuma perlu pergi sekolah, pergi mengaji, buat kerja sekolah membasuh kain, melipat kain, membasuh pinggan mangkuk dan tolong kemas rumah. Cubaan pertama aku memasak kuew teow goreng menemui kegagalan dan jadi bahan lawak adik-adik. (OK, takpe ye adik-adik, Kak Long masih sayang kamu). Nostalgia yang memang mereka boleh ingat sampai sekarang. Bayangkan.Huhuhuhu

OK, selalu beremosi saya ini bila mengenang perkara sudah lepas. Itu yang rajin tersasar bila bercerita.

Dan salah satu tugas yang saya sukarela pikul ialah apabila mahu bermulanya musim persekolahan. Saya akan menemani adik-adik membeli buku sekolah. Saya yang akan pilihkan buku. Bila adik-adik sudah besar, saya akan tandakan dalam senarai buku-buku mana yang harus dibeli. Adik-adik saya boleh diharap walau kadang-kadang membuat hati geram.

Selain membeli buku, hal-hal yang berkait dengan baju sekolah dan kasut perlu saya setelkan. Maka akan saya heret adik-adik saya berjalan-jalan sambil membeli barangan sekolah. Dari baj hingga ke alat tulis dan sebagainya. Masa itu saya heret mereka ke Subang Parade dan Carrefour Subang Jaya.

Mereka akan memilih apa yang mereka mahu. Saya yang akan cakap "Boleh/ Tak boleh". Tahu tak, menjadi kanak-kanak, mendapat sesuatu yang baru itu menyeronokkan dan mengujakan? Bersemangat sakan! Masa itu saya sudah sekolah menengah. Tidak berapa saya kisahkan sangat tentang saya, Asal cukup, sudah. Saya masih boleh bergembira bersama rakan.

Tidak lupa, saya juga akan ke sekolah setiap kali ada "hari mengambil report kad" untuk adik-adik. Saya tidak boleh cakap "tidak" sebab saya tahu, sebagai kanak-kanak yang masih kecil, pasti sedikit sebanyak mereka sedih dan kecewa tiada siapa mahu mengambil report kad mereka. Mereka pasti iri hati melihat ibu bapa rakan-rakan datang. Kan? Saya tak mahu mereka rasa macam tidak dipedulikan. Hakikatnya adaik-adik kena tahu dan faham yang parents sibuk kerana baru bertatih berniaga. Tanpa kenderaan yang sesuai pula tuh! Mereka perlu tahu yang ibu bapa ada semangat yang kuat untuk mencari rezeki untuk anak-anak walau serba kekurangan! PERLU!

Dan Saya mula sedar yang saya ini FAMILYWOMAN.

OK..sekarang jadi rasa sedih pula saya. Emosi. Srot! srot!

(Saya sebenarnya sekarang mulai cemburu melihat orang-orang yang sudah membina famili. ADa tanggungjawap dengan anak-anak. Saya cemburu untuk merasai pengalaman semacam mereka juga...)

Kepada:

Adik-adik -
Selamat Menaiki Alam PErsekolah Semula. Belajar Rajin-rajin demi masa depan kamu.


Ibu-ibu dan bapa-bapa -
Selamat Menjaga Anak-anak kamu dengan baik. Aaminn.


Cikgu- cikgu -
Selamat menjadi pendidik walau mungkin sakit kepala dengan pelbagai karenah...


Selamat ke Sekolah Semua.

(Google bagi gambar ni...
)


No comments: